Kalau exam, memasing sibuk nak kejar A kan. Cuba kalau bab solat? Ramai yang sambil lewa. Kan bagus kalau dalam solat pon kita cuba dapatkan Gred A jugak. Self remind untuk diri sendiri juga nih. Masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Jom semak solat anda dalam Gred apa.
Gred E
Bila azan, buat tidak tahu. Tengah memasak terus memasak. Tengah berfacebook terus berfacebook. Tengah berwhatsapp terus je whatsapp. Sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya.
Gred D
Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti. Tidak bersedia untuk solat.
Gred C
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.
Gred B
Bila azan, terusberwudhu' dan menuju ke masjid mahupun surau.
Gred A
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu' dan bersedia untuk solat.
Sumber: [SINI]
Dah baca? Apa Gred solat uolls? Aku rasa majoriti dari kita tergolong dalam golonga Gred A. Betul tak? Mengaku jer lah. Makin canggih teknolongi makin buat kita lalai, leka dan bertangguh². Kalau ada yang tergolong dalam Gred A tu...Alhamdulillah.
Ingatlah...SOLAT adalah perkara nombor 1 yang akan di tanya oleh ALLAH di hari perhitungan nanti. Jom muhasabah. Sama² lah kita perbaiki diri dan solat kita.
Note: Senin ni cuti Thaipusam. Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti.