Smartphone Terbaru Meizu Pro 7 Dan Pro 7 Plus Sudah Mula Dijual Di Malaysia
Advertorial Saturday, September 23, 2017
Smartphone Terbaru Meizu Pro 7 & Pro 7 Plus Sudah Mula Dijual Di Malaysia | Telefon pintar atau smartphone memang penjadi pilihan pengguna masa kini. Juga bermacam-macam jenama yang terdapat dipasaran dengan design dan spesifikasi yang lebih sophisticated. Kalau korang masih tercari-cari smartphone yang rekaannya berbeza dengan smartphone yang lain, korang boleh pertimbangkan untuk membeli Smartphone Meizu terbaru Pro 7 atau Pro 7 Plus sebab Smartphone Terbaru Meizu Pro 7 Dan Pro 7 Plus Sudah Mula Dijual Di Malaysia dengan design nya yang lain daripada smartphone yang lain.
Meizu, sebuah syarikat elektronik terkemuka dan pengeluar telefon pintar telah memperkenalkan telefon pintar PRO 7 dan PRO 7 Plus dengan ciri dwi-skrin yang unik dalam pelancarannya baru-baru ini untuk pasaran Malaysia. Penjualannya bermula pada 21 Sept 2017 dan korang boleh mendapatknannya di penjual utama Meizu di seluruh Malaysia. Untuk Meizu Pro 7, harga jualannya RM1,899 manakala untuk Meizu Pro 7 Plus pula harganya ialah RM 2799.
Apa Kelainan Yang Terdapat Pada Meizu Pro 7 Dan Pro 7 Plus?
Sumber gambar [SINI]
Untuk first impression, aku pon tertarik jugak sebab design ni tak ada pada smartphone lain. Untuk bahagian hadapan, memang tak ada beza dengan smartphone lain. Tapi untuk bahagian belakang, terdapat skrin kecil yang comel. Sesuailah untuk kaki selfie sebab boleh menggunakan camera depan dan belakang untuk selfie. Ini lah kelainan Yang Terdapat Pada Meizu Pro 7 Dan Pro 7 Plus.
Spesifikasi Meizu Pro 7
Meizu Pro 7 dilengkapi dengan skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh menggunakan pemproses Mediatek Helio P25 dengan memori 4GB RAM dan 64GB storan. Rear dual-camera 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0, autofokus PDAF dan dwi tona LED Flash. Untuk camera bahagian hadapan 16-Megapixel manakala skrin pada bahagian belakang yang memiliki skrin AMOLED kedua berukuran 1.9-inci dengan resolusi 240×536. Ianya dipanggil paparan Fenetre. Kapasiti bateri pula sebanyak 3000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 3.0. Didatangkan dengan 3 warna iaitu Merah, Emas dan Hitam
Spesifikasi Meizu Pro 7 Plus
Meizu Pro 7 Plus dilengkapi dengan skrin 5.7″ SAMOLED QHD bersama memori sebanyak 6GB RAM dan storan 128GB. Pemprosesan menggunakan Mediatek Helio X30 processor. Kapasiti bateri pula sebesar 3500 mAh dengan pengecasan pantas mCharge 4.0. Untuk model Meizu Pro 7 Plus ni, hanya warna Hitam sahaja yang ditawarkan.
Kalau nak tau detail summary untuk Meizu Pro 7 Dan Pro 7 Plus, korang boleh klik sini [https://www.meizu.com/en/pro7/summary/] . Cuba tengok video ni:
Menarik sangat kan. Kalau korang rasa tertarik dengan Smartphone Terbaru Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus ni dan rasa nak membeli, korang boleh pergi sendiri ke lokasi yang menjual nya di sini [https://goo.gl/3eTbjs]
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai product, boleh terjah:
Meizu website
Meizu Malaysia Facebook Page
Meizu Instagram