Kempen Raya Bersama Traveloka | Pssttt… Raya nanti balik mana? Perjalanan untuk pulang ke kampung nanti dah ada dalam perancangan ker? Iyer lah.. Walaupon kita baru saja mula berpuasa. Tapi kita kena merancang perjalanan dari awal. Macam aku memang anak jati Kuala Lumpur. Suami pun sama juga. Tak ada masalah untuk merancang perjalanan sebab jalan balik ke kampung pon tak sesak. Sebab orang yang duduk dekat Kuala Lumpur semua dah berpusu-pusu balik kampung kan. Ni untuk mereka-mereka yang merantau di bandar besar atau di mana-mana sahaja. Dah ada perancangan ke? Sebab aku nak berkongsi berkenaan Kempen Raya Bersama Traveloka ni.
Macam yang kita sedia maklum. Mana yang nak pulang beraya ke kampung ni ada beberapa pilihan pengangkutan yang boleh dipilih. Sama ada nak balik kampung naik kereta, nak naik bas, naik keretapi atau pon naik kapal terbang. Biasanya yang ada family macam aku ni lebih prefer naik kereta. Tak ada masalah sangat. Lagi pon anak dah berderet macam aku ni memang agak susah juga nak naik public transport. Dengan bag yang banyak lagi. Dengan nak layan karenah anak-anak lah. Dengan nak fikir makanan diorang dalam public transport lagi. Memang tak sanggup lah rasanya. Lebih baik naik kereta saja.
Cuma yang masalahnya adalah kesesakan lalu lintas dimusim perayaan ni lah. Memang setiap tahun sesak kot. Terutama nya yang nak balik belah pantai timur sana. Yang ni memang kena rancang betul-betul perjalanan. Tapi itu lah. Kadang-kadang kita dah merancang pon masih juga tersangkut dalam kesesakan lalu lintas jugak. Memang aku salute lah dengan orang yang balik kampung ni sebab sangat tabah menghadapi kesesakan lalu lintas yang berjam-jam lama nya tu.
Manakala yang memilih untuk naik keretapi dan bas ni selalunya memang kena booking tiket awal-awal. Kalau booking lewat memang tak dapat balik beraya di kampung lah jawabnya sebab tiket dah habis. Yang aku tahu, tiket bas dengan keretapi ni memang cepat habis awal. Kesian juga dekat orang yang tak dapat tiket tu. Dia ingat dia lagi awal booking pada hal ada yang lebih awal dari dia.
Tapi kalau naik bas pon kita masih tak boleh lari dari berhadapan dengan jalan yang sesak juga. Bezanya korang tak rasa penat sebab orang lain yang memandu kan. Cuma kalau nak elak kesesakan jalan raya, ada alternative lain yang korang boleh naik iaitu keretapi atau kapal terbang. Yang ini memang tak ada masalah kesesakan lalu lintas. Kalau ada pon keretapi/flight delay jer… hehehe… Ni nak bagitahu, Kalau korang dah merancang nak balik kampung naik kapal terbang kan. Apa kata korang melanggan/subscribe newsletter Traveloka sebab ada tawaran yang sangat istimewa untuk pelanggan Traveloka yang tersayang.
Kempen Raya Bersama Traveloka
Kalau korang nak tahu, Traveloka nak bagi pelanggan mereka 10% diskaun tambahan untuk hotel dan penerbangan bagi semua laluan, semua destinasi untuk semua tarikh perjalanan melalui kempen Kod Kupon Traveloka. Ini bermakna, korang kena membuat tempahan lebih awal sebab kod kupon ni adalah terhad. Biasalah… Bila musim perayaan ni kan. Permintaan dijangkakan meningkat. Macam mana nak dapatkan Kod Kupon Traveloka ni? Ada lah syaratnya. Tak susah pon. Korang cuma perlu melanggan/subscribe newsletter Traveloka sahaja untuk melayakkan korang dapat kod kupon itu.
Yang istimewa nya lagi, Kalau korang mendaftar awal untuk melanggan/subscribe newsletter sebelum 21 May 2018 @ 3.00 petang, korang akan mendapat kod kupon pada pagi 21 Mei 2018. Lagi menarik, korang dapat menikmati akses awal 48 jam antara tarikh 21 – 22 Mei 2018 untuk promosi yang ditawarkan. Jadinya… Sila lah daftar cepat di link ini www.traveloka.com/en-my/promotion/rayabersama sebelum tarikh yang korang nak tu dah habis.
Tapi kan, kalau terlepas pandang atau terlupa nak register pada tarikh dan masa yang diberikan tu macam mana? Janga risau, Traveloka tak akan menghampakan pelanggannya sebab korang masih boleh menikmati promosi yang ditawarkan dengan mengakses pada tarikh 23-29 May 2018 melalui akses untuk awam/ public access. Tapi kalau korang lambat register, maka lambat lah korang dapat kod kupon promosi tu. Sebab itu lah korang kena download aplikasi Traveloka dekat Smartphone tu. Mesti tak akan terlepas pandang punya lah.
Lagi pon, kalau korang download aplikasi Travaloka tu kan, lagi banyak penjimatan nya disitu sebab banyak diskaun katanya. Harga yang ditawarkan untuk penempahan bilik hotel di aplikasi Traveloka lebih rendah daripada penempahan di laman Web. Tersangat menarik ni. Bagi aku pon lebih senang kalau ada aplikasi Traveloka ni sebab kita boleh buat tempahan walau dimana saja kita berada sebab semuanya dihujung jari kan. Korang boleh layari www.traveloka.com kalau nak tahu lebih lanjut.