Siapa tengok citer nih? Geram tak? Meluat pon iyer gak kan. Geram dan meluat tengok watak Norish Karman tu. Memula tak layan sangat. Tapi bila dah pertengahan episod tu, macam...best gak citer nih, layan wei.
Tapi tu lah, bila dah terlepas episod tu, rasa macam tak puas hati plak. Macam mana Julia bley bernikah ngan Azwan sedangkan dia bercinta ngan Amir. Kenapa Azwan ceraikan Julia sampai talak 3? Kenapa mak Azuan tu tak suka ngan Julia? Haissshhhhh...nak kena cari episod² lepas gamaknya nih.
Tak sabar plak nak tunggu petang nih, nak tengok JULIA...ekekeke...Tapi tu lah, terpaksa berebut remote control ngan anak lah plak. Anak bujang nak nengok cartoon. Mak budak plak nak nengok drama...acaner tu? Maka dengan ini, 30 minit untuk anak nengok cartoon, 30 minit lagi untuk mak budak layan drama.
Sinopsis Drama Julia Tv3-
Amir (lakonan Fizo Omar ) seorang yang agak nakal di sekolah, Amir telah
ditangkap kerana merokok dan dikenakan hukuman rotan di hadapan
guru-gurunya.
Amir juga ada hati dengan seorang gadis bernama Sofia lakonan Izreen Azminda, tetapi Sofia dengan selamba menolak cinta Amir, dan mengatakan dia tidak ada hati dengan Amir.
Sementara itu hubungan Amir dan Julia (lakonan Nabila Huda) semakin rapat, Julia berjaya merubah diri Amir dan Amir mulai menumpukan pelajarannya di sekolah.
Julia lakonan Nabila Huda, Fizo Omar dan Izreen Azminda ditayangkan utk Slot Akasia di TV3. Menjalani pengambaran di KL dan juga Korea. Antara pelakon lain yang menjayakan drama ini ialah Iqram Dinzly, Fauziah Ghaous dan ramai lagi.