Anger Management, cara untuk mengatasinya.....

Tuesday, January 19, 2010


Bagaimana menghilangkan Marah


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair:

'Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau"

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatunnafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang,ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

"Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar
api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya
sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap
dan wap yang menambahkan panas..
Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara
Meskipun diusahakan menyiram..
maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah
menambah kerasnya api."

Berbanyak-kanlah beristighfar, itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam.


You Might Also Like

11 comments

  1. thanks for the info.
    minum air masak pun boleh sejukkan hati ;)

    ReplyDelete
  2. thanks for the info...
    lady kalau marah lady lebih suka diam...
    lama2 benda tu akan heal... kalau meluahkan takut nanti mengaibkan org kan...

    ReplyDelete
  3. dulu aku suka gak marah2.. sampai aku ckp aku nih pengGarang orgnye sbb kadang bleh marah tak tentu hala.. patu aku selalu ingatkn diri marah itu kawan setan.. sbb xmo jadik kawan setan aku dh xmarah2 dah :p

    ReplyDelete
  4. saya klu marah masuk toilet hahahahahahahaahha

    masa kat opis le dulu slalu buat..atleast lepaskan marah dlm toilet dari termarah org hahahaahh

    now nie selalu amalkan marah jek amik wudhuk..mmg berkesan..then terus peluk anak2 yg buat kita marah..huhu...

    ReplyDelete
  5. kadang2 tu...
    ssh juga nak kawal kemrahan tu...
    akan kun cuba juga..
    good info..

    ReplyDelete
  6. hmm.. marah pun kena juga bertempat, kalau tak marah nanti org pijak kepala..
    Sebenarnya kena control rasa marah tu dan cakap baik2 tapi kita hanya manusia biasa..
    Thanks for sharing fiza

    ReplyDelete
  7. bila mrh sy lbey suke duk sorg2 xmo org kaco..
    sbb tkut tlepas plk geram kt org kn hee~

    ReplyDelete
  8. HAS: Sama²

    LL: Samalah kita, klo tak tahan sgt, air mata jadi peneman.

    ReplyDelete
  9. ELY: Bagus3x...ada perubahan.

    SISDEE: Masuk toilet nangis erk...ahaks...

    ReplyDelete
  10. MIE: Betul sgt tu mie, agak susah nak mengawal kemarahan, smoga kita berjaya mengawal kemarahan kita bila dah baca info ni (^_^)

    NAD: Sharing is caring. Btul tu nad..marah kena bertempat gak, tapi kekadang susah nak control.

    ReplyDelete
  11. Suraya, hehehe...tu yg takot tu, eloklah dok sesorang dulu, biar kemarahan tu reda.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive