Finally...ke klinik jugak

Thursday, January 28, 2010


Bila batuk dah makin teruk, dada dah terasa berat, hidung dah mula tersumbat dan tekak mula sakit, barulah terhegeh2 nak jumpa dr. Tiga hari aku bertahan tak nak gi klinik, masuk hari ke 4 dah tak bley tahan. Padan muka. Aku malas nak gi klinik sebab aku tak suka makan ubat dan klo boleh aku nak penyakit aku ni baik sendiri, bley tak macam tu. Memang dari kecik aku cukup terkenal sebagai seorang yang penakut makan ubat dalam adik beradik aku. Masa zaman sekolah dulu, kalau demam aku akan mintak dr. bagi ubat air dari bagi ubat biji. Kalau aku dapat ubat biji aku akan potong 2, sbb aku rasa klo telan sebijik tu rasa mcm ubat ru tercangkut kat tekak...ahaks...yang tak bley lupa, aku pernah buang ubat. Makan ubat dalam bilik, bila mak tak der aku buang ubat kat tingkap, bila mak tanya...aku cakap dah makan, padahal dah selamat keluar tingkap. Punya penakut aku makan ubat.

Tapi tu dulu, skang dah ok dah. Berbalik pada cerita kat klinik plak. Punyalah lama menunggu, pergi plak malam. Aku nyer turn jumpa dr. pukul 11.15 pm. Penat iman tunggu (^_^). Dah check suma dr. tanya soalan cepumas...

Awak pregnant ker? sbb ubat yg saya nak bagi ni agak kuat (DR.)
Erk...tak, tapi peyod saya day delay 2 hari (AKU)
Awak sure ker? Bila last day period (DR)
Hhmmmm...jap nak tgk calendar...bla..bla.. (AKU)
Kalau macam tu nak buat pregnant test tak? (DR)
Hhmmm...tak yah lah Dr. sbb peyod saya slalu lari2 (AKU)
Betul tak nak test ni (DR)
Ha'ah tak payah (AKU)
Ok lah klo awak dah confident tak pegnant (DR)

Sebenarnya aku malas nak test, nanti lama plak nak menunggu, lagi pon aku tak der rasa nak kencing pon (^_^). Biarlah aku buat test sendiri. Sampai skang aku blom makan ubat lagi, nak buat pegnant test dulu. Dr. bagi 5 jenis ubat, termasuklah ubat cair kahak. Eeeeiii...tak suka makan ubat.


You Might Also Like

4 comments

  1. kita seropaa..tk suka makan ubat :)

    ReplyDelete
  2. salam...saya 2 hari demam...akhirnya kena cucuk...baru ok badan ni...hehe

    ReplyDelete
  3. so pegnen tak? hehe sila update .. aku menunggu...

    aku dulu xkesah mkn ubat tp xbape suka ubat air.. pil 100bijik buleh telan.. air? sori.. smpai skang ubat batuk paling la aku malas...

    cpt baik eh..

    ReplyDelete
  4. ZARIN: Yeay...ada geng tak suka mkn ubat (^_^)

    EQBALZACK: W'salam, teruk demamnya tu, sampai kena cucuk.

    ELY: Akan ku update :). AKu suma jenis ubat pon tak suka.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive