KESIHATAN: Amalan mandi

Friday, January 08, 2010

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah... Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


You Might Also Like

12 comments

  1. ya, mandi selalu nanti busuk and penyakit
    nanged u....nang this to read about sweet wedding with cupcakes....

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Mandi ni mmg banyak khasiatnya. :)

    ReplyDelete
  3. aku tgh pening ni..nak jek rendam kaki..

    ReplyDelete
  4. betul tu...suka mandi, suka berendam air panas...best!!

    ReplyDelete
  5. lady tatau nape kalau mandi air sejuk badan cam terkejut.. lepas tu terus selsema.. tapi kalau mandi air panas mmg suka sangat.. time kena senggugut teruk lady mesti mandi air panas, siram byk2 kat badan.. lepas setengahjam mandi ngan air panas, senggugut pun beransur hilang... :)

    ReplyDelete
  6. ada org kata mandi air sejuk or rendam kaki pki ais adalah merangsang darah terus mengalir dari terus lesu..wallahualam..tp saya selalu amalkan rendam kaki pki ais klu bdan lesu..mmg segar pastu :D

    tp saya suke mandi tak kira air pns n sejuk...hehehehe

    salam kenal..
    i follow u ek :)

    ReplyDelete
  7. ya.. mandi jgn tak mandi.. ade juga bangsa yg tak suka mandi pagi.. konon2 nak jimatkan air... LOL!!

    ReplyDelete
  8. IyouweBlog.com: Btul tu ☺☺

    oktant: Ya, byk khasiatnya.

    ReplyDelete
  9. Sharinginfoz: Tak tahan plak klo sejuk sgt :)

    Hada: Ko rendam badan ko trus...ahaks...

    ReplyDelete
  10. Zarin: Best..best mandi air panas :)

    Lady: Sama lah lady, mandi air panak gak yg best.

    ReplyDelete
  11. Sisdee: Bley cuba ni :). Salam kenak juga, i follow you too (^_^)

    Kak yong: Hahaha...saya tahu, sbb jimat air ker atau takut mandi pagi kak yong...LOL..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive