Ladies' Coach - Ladies' only at all Times

Wednesday, April 28, 2010

Bukan handbag Coach yer kawan², tapi perkhidmatan baru yang di perkenalkan oleh KTM iaitu gerabak khas hanya untuk wanita sahaja. Koc wanita pertama di Malaysia memulakan operasinya hari ini @ 28 April 2010, tetapi hanya untuk laluan Sentul - Pelabuhan Klang sahaja. Hopefully akan diadakan jugak untuk lain² laluan, tak aci lah kan.


Pagi ni aku dapat merasa naik ladies' coach. Best jer sebab hanya di kelilingi oleh kaum wanita sahaja. Dengan tema "Wanita sahaja sepanjang masa, Ladies' only at all times". Tak perlu bersesak², bergesel² montot, berlaga² bahu dengan orang lelaki dah. Tapi pagi nih ada gak orang lelaki yang sesat barat kat dalam coach wanita nih. Tak perasan kot atau pon buat² tak perasan, yerlah...pemandangan menarik kan dalam coach wanita nih...ahaks...

Macam mana nak tahu coach wanita yg mana satu? Senang jer, coach wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas coach wanita yang berwarna merah jambu (pink).

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:

- Koc Hadapan - Koc Biasa (lelaki dan wanita)

- Koc Tengah - Koc Wanita (wanita sahaja)

- Koc Belakang - Koc Biasa (lelaki dan wanita)

Terpulang pada anda nak naik koc yang mana satu. Untuk maklumat lebih lanjut pasal Ladies' Coach nih, boleh layari website KTM kat sini (^_^)



You Might Also Like

5 comments

  1. bagus2..suka dgn cara cenggini..:)

    ReplyDelete
  2. wah besnya..tak penah naik train huhuhuhu...tp nk gak le one day :)

    syok le tp budak2 lelaki leh naik tak :O

    sape le jantan yg sesat tu :(

    ReplyDelete
  3. hehe... best gituh. Tak perlu bersesak2..

    ReplyDelete
  4. kotak bawah tu ieda blajar kat cni :

    http://bloggingwithsuccess.net/grab-button-advertise-blog


    nnt coding tu, fiza tukar url blog ngan image location kepada fiza punya :)

    ReplyDelete
  5. hehe camno leh ada lelaki yang sesat masuk situ kan hehe

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive