GERAMnyaaaaaaa!!!!

Wednesday, June 26, 2013


Geram dengan budak ni:

Muka tak bersalah ☺☺

Kalau dalam entry [INI], qhalif tak lepas nak turun kalau dah panjat grill. Tapi skang dah expert. Pandai panjat dan pandai turun dah. Siap nak capai kunci yang tergantung kat grill tu. Ok...panjat turun grill, kerusi, katil suma dah lepas. 

Skang ni bakat memanjat dah berkembang. Kita panjat meja pulak. Tengok lah tu...muka bangga dapat naik atas meja atas usaha sendiri. Dan dah selamat jatuh malam tu. Gara² si abam kimi tak sempat nak sambut. Kimi pon dah pandai. Bila dok asyik tengok ibu amik gambar, pastu upload dalam IG, dia pon suruh amik gambar qhalif yang dah pandai panjat meja tu. Aku tengah bancuh susu anak dara tu. Si kimi plak...'cepatlah ibu...cepatlah ibu', tak perasan adik dah kat hujung meja. Hurmmmmm...dah selamat jatuh. Tak per lah...anak jantan kan. Kena lah tahan. Kejap jer pon nangisnya.

Jenuh lah ibu macam ni qhalif yang bijak. Asyik nak memanjat jer kerjanya. Aku nak solat pon rasa tak tenang sebab dia asyik memanjat katil. Kalau aku dah masuk bilik, ImanQahirahQhalif pon sama masuk bilik. Tak der makna dorang nak tengok tv tanpa ibu dorang ni. Ntah apa yang ditakutnya. Cuma pesan kat abang kimi jerlah tengok² kan adik.

Note: Bila teringat keletah anak², bley tersenyum sorang² dibuatnya. Ni tengah taip pon senyum² ni ha. Dah macam orang tak betul senyum depan PC...hehehe...




You Might Also Like

22 comments

  1. hehe...comel..tak sabar tunggu anak saudara yam pulak...

    ReplyDelete
  2. sokong sangat...seronok bila tgk atau teringat keletah anak2 ni

    ReplyDelete
  3. lasak qhaliff ni..tkpe esok besar kuat sikit..hehe

    ReplyDelete
  4. Saya pun ikut senyum gak bila ada perkataan tersenyum sendrik tu hihi
    Qhalif boy ok lagi nak panjat panjat
    Nayli ni ha... Lagi advance dr abang dia
    Hmmm peningggg

    ReplyDelete
  5. Hahahahaha! A`ahlah...anak jantan katanya. Klu tak de experience mcm ni, tak best tau! Hehehehe...aydin pun bru pas benjo dahi sbb lari2 dlm kedai. Hah!

    ReplyDelete
  6. ank buah ati pengerang jntung kan..tp adakalanya angin juga ga siit diorg..itu la ujian y harus dihadapi :)

    ReplyDelete
  7. hihihi dah mula lasak dia ya...kuruslah mama dia pasni..

    ReplyDelete
  8. Makin aktif yer.. hehehe biasalah anak boy hehehe... lasaklah..

    ReplyDelete
  9. semakin aktif dah dia yea , hehe :)

    ReplyDelete
  10. ANAK SAYA YANG SETAHUN TU PUN DAH PANJAT MEMANJAT..

    ReplyDelete
  11. Masa kecik-kecik inilah best Fiza. Bila dah besar kelak rindu saat-saat ini.

    ReplyDelete
  12. ni boleh dah geng dengan anak buah moon tu..si aqil...

    ReplyDelete
  13. comel hero tu,..:) yg keberapa eh

    ReplyDelete
  14. Besela kak anak anak kecik memg lasak...tak jatuh memg xsah

    ReplyDelete
  15. gelagat mereka yg mncuit hati kan kak.

    ReplyDelete
  16. Ok!! Dah tau dah rahsia ko kurus mcm mana...hehe

    ReplyDelete
  17. Mmng yer..biler anak memanjat..kite solat pon tak khusyuk..haaiihhh

    ReplyDelete
  18. Kekeke.. Dah panjat meja tu buat muka seposen pulak.. Ihiks! Budak2 tengah seronok nak explore.. =)

    ReplyDelete
  19. memang betul pun fiza...
    kalu teringat kerenah anak2 bole buat senyum sorg2

    ReplyDelete
  20. saya x ingt dah drop komen ke blm. huuuu tapi sangat geram tgk si kecik tue duduk ats meja cm tue

    ReplyDelete
  21. skang ni izzat lom memanjat lagi. mengesot sebuah rumah aje. kakak2 la yg tukang tgk kalau aida buzzz kat dapur...

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive