KOPIESATU vs STARBUCKS

Monday, June 03, 2013



Siapa pernah dengar atau minum ice blended dari jenama KOPIESATU? Rasanya jenama KOPIESATU ni dah lama muncul. Cuma aku tak berkesempatan nak membeli dan merasa. Blogger CIKMOT @ IZAN salah seorang penggemar KOPIESATU ni. Kebetulan smalam gi jalan² cukur poket *cukur lah sangat kan* kat Kenanga Wholesale City *next entry yer*. Terjumpalah stall KOPIESATU ni. Apalagi...mari kita menguji tekak >_<.


Aku pilih Ice Blended Caramel *my favourite*. Cuba nak membandingkan kesedapan ice blended caramel Starbucks dengan ice blended Kopiesatu. Kita minum dulu...Perghhhhhh...ice blended caramel Kopiesatu memang sedap. Berebut dengan anak² ko *buruk perangai ibu..hehe.. ☺*. Tak rugi beli. Setanding dengan ice blended dari starbucks. Yang bestnya, harganya murah dan berpatutuan kalau nak di bandingkan dengan starbucks yang mahal tu. Lagi pon ianya produk dari Malaysia. Sokonglah barangan buatan Malaysia...cewahhhh...

Sedikit info mengenai KOPIESATU:

 Objektif Projek
  • Menjadi peneraju bagi usahawan kecil dan sederhana di dalam industri berkaitan kopi
  • Memenuhi pemintaan di dalam usaha memajukan industri kopi dan juga membantu mempromosikan industri asas tani.
  • Untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kopi jenama Malaysia yang berkualiti tinggi.
 
Jangkaan Penerimaan Daripada Orang Ramai
Projek ini bertujuan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan seperti:
  • Memberi penjenamaan baru kepada industri kopi tempatan.
  • Menjual satu jenama yang sinonim dengan masyarakat, oleh itu ia perlu mudah diperolehi oleh semua peringkat dengan harga yang berpatutan.
  • Menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai.
  • Menyediakan platform perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana.
  • Mewujudkan peluang urusniaga kepada bumiputera melalui kepelbagaian rangkaian pemasaran.
  • Memainkan peranan penting di dlaam membantu mencapai kejayaan bagi "Rancangan Malaysia ke 10".
 Model Operasi
  •  Terdapat 2 cadangan pilihan model konsep jualan yang bersesuaian untuk perniagaan ini iaitu:
    1. Konsep kiosk/lot kedai
      • Di mana model ini sesuai untuk jualan di kompleks membeli belah, hypermarket dan juga kawasan tumpuan pernigaan (pejabat) dengan konsep bungkus dan bawa pulang (take away) supaya dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi dari biasa kerana lokasi yang padat dan sesak dengan orang ramai. Kawasan tumpuan orang ramai dapat menjamin jualan yang tinggi dengan kecekapan pemasaran serta produk yang baik dan berkualiti.
    2. Konsep Agro Bazaar
      • Konsep ini akan mengambil pelbagai lokasi di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan. Memandangkan jualan di lokasi ini bermusim, maka konsep kiosk sangat sesuai. Perbincangan dan hubungan baik 2 hala di antara Kopie Satu dan pengurusan PLUS akan menjadi peneraju dan pemangkin kepada jualan kerana jualan Agro Bazaar juga mempunyai peminat tersendiri.

Note: Kat Bangi tak der ker stall KOPIESATU? Yang aku tau kat KWC tu jer. Terjebak dah ni...ahaks...



You Might Also Like

25 komen

  1. kt pasar malam putrajaya ni selaloo ada ngan lori tu....

    ReplyDelete
  2. sedap nampaknyer tu.. maaf lambat terjah, busy sgt2 lately ni

    ReplyDelete
  3. pernah dgr jugak. tapi takde lagi sekitar danau kota ni.

    ReplyDelete
  4. murah tapi rasa lebih kurang je baik beli yang murah. ada apa dengan jenama kan kak? :P

    ReplyDelete
  5. x pernah pula akak dgr ..
    hurmmm startbuck tu sekali je pi layan .. x tahan mahal huhu

    ReplyDelete
  6. selalu minum kopiesatu yg kat depan semua house tu..hihihi..

    ReplyDelete
  7. first time dgr pasal kopi nie..nnti ble2 leh try la..

    ReplyDelete
  8. Org melayu punya ke kak? Ok la kan, kita support!

    ReplyDelete
  9. rasanya akak berkenalan ngan kopiesatuni kat Jln TAR.. dulu kat pasar tani sini pun der tapi cam sekalijer dia dating.. mungkin promosi kot..

    ReplyDelete
  10. menarik jugak kopi 1 ni,....

    mohon vote saya disini http://alinmarlini.com/tips-buat-duit-dengan-blog-dari-seminar-denaihati/

    ReplyDelete
  11. alamak! bila akk kata sedap mula lah terliur..adehh awat jauh sgt smpi KWC sana..tkpenh jejak pon lg.

    ReplyDelete
  12. pesal la kat tmpt akak takdek eks..sedapnye tp kat blkg umah akak ada budak juai ice blended..akak ske kiwi :)

    ReplyDelete
  13. 1st time dengar Kopi Satu ni...:)

    Nak gi try la...kalau betul boleh lawan Starbucks punya rasa..berbaloi tu ..;)

    ReplyDelete
  14. menarik
    tanda sokongan kita pd peniaga tmpatan kan

    sy jarang beli kopi.sbb ada migrain.hehe.

    ReplyDelete
  15. waahhh..made in malaysia !
    lya mmg x pnh n tak rasa nk cuba starbuck.. satu lg sbb lya mmg x minum kopi2 ni..

    ReplyDelete
  16. boleh cuba ni :)
    dekat wholesale kenangan ye .

    ReplyDelete
  17. dua dua pun belum pernah rasa Fiza...
    Biasanya anak2 lah yg minum...emak ngendeng sikit sikit je hehe

    ReplyDelete
  18. tak pernah rasa lagi kopiesatu ni...

    ReplyDelete
  19. Lokasi tetap kopiesatu adalah di Semua House Jln TAR, Kenanga, Central Market, Jalan Ipoh River Walks. Pasar Tani Shah Alam, Pasar Tani Putrajaya, UIA, UPM dan event2 . berminat untuk membuka perniagaan francais Kopiesatu boleh hubungi pejabat kami. 03-5882 4172.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, boleh saya tahu di mana lokasi di UPM. saya tertungu-tunggu bila dia akan datang. tapi sampai ke hari ni tak muncul-muncul. ngidam sungguh ni. hehe

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page