REBRANDING Launch Dinner!!!

Friday, June 21, 2013



Inilah tujuan utama aku ke JB hari Sabtu tu. Seterusnya ke USS hari ahad. Rebranding Launch Dinner untuk staff. Meraikan dan memperkenalkan penjenamaan baru syarikat. No more UEM LAND. Sekarang dah dikenali sebagai UEM SUNRISE...lagi gah dan mantop katanya. Siapa tak kenal kawasan Mont' Kiara tu kan kalau bukan SUNRISE yang bangunkan. Siapa tak kenal NUSAJAYA, PUTERI HARBOUR dan juga  PUSAT PENTADBIRAN BARU KERAJAAN NEGERI JOHOR (JSNAC) kalau bukan UEM Land yang bangunkan. Bila kedua² syarikat hartanah ini bergabung, makin bertambah kukuh, berkembang dan mantap lah kan. in shaa allah. 

Berbalik kepada cerita. Mengikur jadual, semua staff kena berkumpul pukul 6.30 am. Nasib bas direct gi Cyberjaya. Kalau tak nak kena berkumpul kat Mercu, KL Sentral sana. Pagi yang kelam kabut. Boleh plak aku bangun lambat. Lagi lima minit nak pukul 6.30 am baru terjaga. Ya! allah...hati dah berdebar tak hingat. Kalau qhalif tak nangis minta nenen memang aku tak bangun. Mekasih nak sebab kejut ibu...ahaks...Terus call member office soh tunggu. Sepantas kilat aku bersiap. Anak² plak masih tido lagi. Plan asalnya nak bagun pagi² bergerak skali ngan mr.mama dan anak². Lepas hantar aku gi office, Mr. mama nak balik gombak. Minta tolong adik jagakan anak² skali. Tapi bila dah lambat, terpaksalah hantar si isteri dulu. Kesian anak² terpaksa bagun pagi  sebab nak hantar ibu. On the way tu aku susukan qhalif puas². 


Sampai² jer suma dah naik bas. Apa lagi...kena bahan lah kan sebab lambat. Bas bertolak dalam pukul 7.15 am. Sedih plak rasanya sebab 1st time berjauhan dengan anak². Nasib dorang tak nangis masa ibu naik bas. Nampak lah si Qhalif tertinjau² dari car seat dia tu...huhuhu...On the way tu rasa lapar sebab tak sempat nak breakfast. Bas berhenti rehat kat R&R Air Keroh, Melaka. 

Posing depan LEGOLAND pon jadi lah

Cute tengok signage toilet ni

Sampai Johor dalam pukul 11.00 pm. Kami di bawa ronda² sekitar kawasan² Nusajaya Centre, Puteri Harbour dan juga Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor. Banyak juga bas rombongan. 13 buah bas. Siap escort  dengan polis bantuan. Berhenti lunch dekat Medini Mall. Dapat coupon KFC. Tu yang sempat bergambar depan LEGOLAND. Sebelah menyebelah dengan Medini Mall ni. Tapi cuaca dia...masy'allah...panas terik. 



Masa untuk check-in. Sampai dekat The Zone Hotel dekat pukul 4.00 pm. Terus amik kunci. Bilik hotel plak mengadap laut. Memang penat lah. Rehat² kan diri sebab pukul 7.00 pm nak kena turun dewan. Tapi tak tidur pon. Sibuk baca novel sambil pam susu. 

Gambar 1st tu nampak aku mcm budak skolah plak ☺

Dinner paling sempoi. Tak payah nak pening² kepala pilih baju sebab company dah bagi t-shirt. Senang kan. Tapi kena pakai dengan black pants. Bila dah pukul 7.00 pm tu masing² dah mula turun. Sesi bergambar, sesi sign sambil buat ucapan dan macam² aksi lagi lah. Lautan merah dalam dewan tu. Sampai alas meja tu pon kaler merah ko. Dah macam Red Hot Chili Pepper...Merah garang uols. 


Acara kemucak malam tu dan acara yang di nanti² kan. AMY SEARCH buat persembahan. Memang hysteria dalam dewan tu...terpekik². Kecik jer Amy Search ni. Bila dah start nyayi, semua berkerumun kat depat termasuklah haku. Nak amik gambar kan. Dah tak kira depan tu meja Tan Sri ngan Dato'. Semua dok berdiri belakang meja tu sambil nyanyi. Sampai kena halau dengan event management sebab orang belakang tak nampak...hehehe...Memang happening lah malam tu.

Amy Search nyayi 4 buah lagi kalo tak silap. Bila tiba lagu yang last, makin hysteria jadinya, Lagu apa lagi kalau bukan lagu ISABELA. Dewan bergema bila semua nyayi sekali. Suara AMy Search memang mantop lah. 1st time tengok secara life kan. Haruslah excited. Tan Sri dan Dato pon sporting malan tu. Naik pentas skali menyayi. Tapi lupa lirik...ekekekeke...Memang puas hati lah. Yang tak puasnya sebab tak dapat bergambar dengan Amy Search...huhuhu...

Overall malam tu memang best. Makan pon sedap. Cuma aku tak puas hati dengan house keeping service. Aku tumpang ice pack dalam freezer dorang tapi kan...tunggu next entry yer...hehehe...

Note: Perghhhhh...jenuh nak mengarang entry ni wei. Tu belum entry USS lagi...haishhhh...



You Might Also Like

25 komen

  1. bestnyeee!

    kitorangnye team building dah cancel tahun ni isk iskkk

    ReplyDelete
  2. amy search..harus la ko histeria kan..hehe..best gak kan keje ngan company yg besa2 camni...ada vacancy tak?? ngeeee

    ReplyDelete
  3. aik..event mgmt marah? kalau opis dee kan..mmg kitorang jelah kat depan stage tu masa dinner..bos ke event mgmt ke tak pernahlah marah..ok je..

    btw..oklah UEM dah merge ngan sunrise..i ada lah 2 org kawan keje kat UEM tu..hehehe..

    ReplyDelete
  4. Jangan kata susu terpaksa dibuang plak...
    Tak kan?
    Debar2 tggu next entry

    Fewwwiitttt!
    Abg amy tuuuu heheh

    ReplyDelete
  5. best best best. ni baru tgk gambar. mmg meriah!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum fiza....oh keje kat UEM yer ingatkn UEM johor rupa2nya kat kl yer...;)

    ReplyDelete
  7. amboi seronoknya... :D

    *tak sabar lak nak baca apa jadi dengan ice pack tu...*

    ReplyDelete
  8. wah! gah je majlis ni...
    sempat juga jalan2 ke Lego land..msti seronok..:)

    ReplyDelete
  9. ala..sayang nya tak dapat bergambar dengan Amy...

    ReplyDelete
  10. pernah sampai kat The Zone yg bebas cukai tu..tak tau pulak ada hotel jugak

    ReplyDelete
  11. seronoknya, memula mmg berat nak tinggalkan anak kan fiza, tp pastu seronok sebab dapat berjimba heheh

    ReplyDelete
  12. Seronoknya orang tu kat Singapore.. Betul nampak macam anak dara la.. Hehehe.. Macam budak skolah tu memang betul.. Hehehehe..

    ReplyDelete
  13. kite pun tumpang seronok baca entry fiza

    ReplyDelete
  14. Hoh! Keje dgn UEM ke? Heheheheh...takde keje kosong ke kat situ? Hehehehe...

    ReplyDelete
  15. Mesti rasa lain bila dah selalu dgn family tetiba kena berjauhan plak.

    Syok la dpt tgk amy secara live. Saya pun minat dia. Tpi apsal tak dpt amik gmbr dgn dia?

    ReplyDelete
  16. alamak!! ada sambungan ker?? apa yg dibuat dgn ais pek tu.. dia cairkan ker... gegegege

    ReplyDelete
  17. Wow ada Amy Search lah...mesti mantap suara dia dengar secara live kan....ok aku tunggu kisah housekeeping tu...

    ReplyDelete
  18. lepas ni makin mantop la gaji staff.. :)

    ReplyDelete
  19. wah mesti bestkan jd sebahagian dr org UEM.. tahniah :)

    ReplyDelete
  20. bestnya
    sngkn .xpyh nk pikir bju bagai.mmg sempoi la

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page