Bread Pudding with Sauce Custard...Again!!!

Thursday, October 03, 2013



Sejak dah pandai buat bread pudding ni kan, asyik nak membaking jer. Tu blom pandai buat kek lagi. Kalau dah pandai sok?..hehehe...Ini sebenarnya nak menghabiskan stok roti yang ada kat umah tu. Terlebih beli plak. Si isteri dah beli, tapi si suami ni tak perasan agaknya, dibelinya lagi. Mau muntah roti ko.


Daripada expired macam tu jer, rugi kan. Nak buat bread crumbs, jarang sangat pakai. Yang ada tu pon tak habis2 lagi. Jadinya...kita buat bread pudding jer lah. Bread pudding klo makan sejuk2....perghhhh...memang nikmat :-)


Pagi ni berbekalkan bread pudding. Satu bekas utk anak2 dan satu bekas lagi untuk mak budak. Bapak budak? Biasalah...org lelaki ni ikut mood kalau nak bawa bekal kan.


Note: Hari ni ada pasar malam. Gantung kuali lah malam ni :-)

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

5 comments

Popular Posts

Labels

Blog Archive