Bertabahlah Wahai JIWA

Tuesday, January 27, 2015

Jiwa yang lara dan terseksa dek kerana terpaksa menghadap traffic jammed setiap hari without fail. Ada 3 kesesakan yang perlu aku tempuh...aarrggghhhhhhhhhhhhh....


Setiap pagi dan setiap hari di Tol Sungai Ramal yang sememang nya tak perlu diramalkan lagi sesak ker tak sesak sebab tiap² hari stuck kat sini dekat 10-15 minit. Pucanya sebab nak masuk laluan kontra tu jer. Kekadang sebelum tol dah sesak. Sampai lah ko nak masuk laluan kontra. Sesak nak mamps sampai kereta ko pon boleh kena himpit kalau ko tak nak megalah. Signal jangan cakap lah. Kalau signal tu boleh bercakap, dah lama dia menjerit kot sebab dah penat blinking. Dah lama bagi signal tapi kedekut nak mati punya orang tak nak bagi jalan...ppffttt....

Setiap petang dan setiap hari lepas balik kerja. Kekadang dah start sesak depan IOI Mall Putrajaya tu. Lagi heaven pernak sesak lepas SHELL SKVE. Pergghhhhh...tak tau nak cakap apa dah. Istighfar jer lah. 


Tak habis lagi kisah #makbanyakanak dengan traffic jammed. Baru tempuh 2 kesesakan. Ni kesesakan ke 3 plak. Setiap petang dan setiap hari kecuali Khamis sebab khamis bebudak keluar pukul 6.00 pm. Masa nak amik anak sekolah. Siapa yang amik anak kat sekolah petang² tau tau lah macam mana keadaannya kan. Kiri, kanan, bahu even tengah jalan pon berderet keta. Ibarat jalan ini aku yang punya...hahahaha...gittew lah gamaknya. Tapi meyusahkan orang. Iyerlah...suma orang nak cepat dan nak balik khenn. Terpaksalah jadi selfish.

Kimi kan transit. Pepetang amik dia kat tempat transit. Transit plak depan sekolah kebansaan. Skolah habis pukul 6.35 pm. Memang kena hadap lah hari². Kalau cepat, aku amik qhalif dulu kat nursery. Pastu amik qahirah. Last skali Kimi. Kalau jalan sesak nak mamps, aku amik qahirah dulu. Sebab tu kalau boleh aku kena cepat sebelum bebudak habis waktu. Kalau lewat macam ni lah jadinya. Stuck dekat 10 minit jer kat depat skolah. Traffic light plak ada kat depan tu. Lagi satu hal bila traffic light pon kejap sangat nyalaan hijaunya. Rasa nak bako jer. Lagi rasa terbakar hati bila traffic light rosak. Ya! allah....hazab weiiii.

Tak der jalan lain yang aku boleh lalu untuk elak traffic jammed. Pi mai pi mai tak tu jugak aku kena hadap SETAP HARI, SETIAP PAGI dan SETIAP PETANG. Standard time aku sampai rumah pukul 7.00 - 7.30 pm. Capek memang tak hingat. Nak solat, masak, kerja sekolah anak, anak nak susu, iron baju, basuh baju....sumanya kena cepat. Terkejar² dibuatnya. Memang SUPERMOM kita nih kan.

Tu dia luahan perasaan #makbanyakanak. Konon nak Take a Break. Tak der maknanya. Mesti nak luahkan jugak kat blog.Tetiba bertalu² masuk idea nak menulis. Cuma kekangan masa yang agak terhad telah membataskan untuk aku menulis.  

Note: Jangan risau, aku amik gambar masa jalan tengah sesak tak bergerak tau. Bukan sambil drive sambil amik gambar yerp.


You Might Also Like

25 comments

  1. itulah rutin yang paling tidak digemari...

    ReplyDelete
  2. penatkan akak hari hari nak hadap jammed ni.

    ReplyDelete
  3. huhu... tu la kan.. bila mak yg bekerja, masalahnya lain, bila mak yg dok umah lain plak masalah yg dihadapi.. moga kita semua trus tabah.. semua pun mak-mak yg hebat!

    ReplyDelete
  4. ok lagi la 7-730 tu.. kami sampai dekat pukul 8.. stress mok.. tapi bukan kita la yg drive.. encik somi..huhu

    ReplyDelete
  5. jue pepagi lalu jalan tu jugak.. hat highway depan cibiuk tu.. kul 8 pun still jem..

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya, saya sedih tgk lifestyle kita di Malaysia ni..
    Pagi2 dah stress dengan traffic jem..
    Banyak buang masa atas jalan raya..
    Bila tiba hari cuti, nak pergi jalan jalan , jem jugak di highway sebab semua orang nak pergi bercuti.

    ReplyDelete
  7. huhu bertabahlahh..mudah2an segala penat lelah bekerja di ofis/di rumah, menguruskan anak2, merempuh jem bagai, diberikan ganjaran pahala...doa & zikir bebanyak ya (peringatan untuk diri sendiri juga)..

    ReplyDelete
  8. samalah.. stress kat jalan menghadap jem ni lg stress pikiaq hal kat rumah lg..hadoiii.. me pon sama laa kalau dah nama mrr2 mak aiii..kadang balik pukul 6.30, dekat pukul 8-9 baru smpai rumah.. rasa bazir masa kat jalan, seghupe balik kg kami kat johor.. hahhaa.. pastu merungut, awat laa org kl ni dok sebok beli kereta je.. hahaha..padahal kite memandu pon sorang2..lol

    ReplyDelete
  9. Fiza, hari tempuh jem... kejar masa, dgn anak2 lagi..keje umah lagi yea... faham..faham... moga tabah wahai jiwa.. Me pun tak dpt nak bantu... nnt Me akan lalui juga cam Fiza lalui skrg ni.. smentara anak Me masih kecil ini...takde kalot sgt, heee~ ni nak tambah lagi sowang lagi... haaa..taktau la nnt2 camne lak kan...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah rasa bersyukur sebab keja kat pedalaman, takda jem apa. sedih dan terasa jugak ke-jem-man tu. kalau p kot area penang, memang terasa sangat. rasa mcm takmau p dah. hehehehee

    ReplyDelete
  11. akak..sy amat memahami sbb pernah duk bangi..pernah duk seksyen 7, pernah lalu sungai ramal time pepagi tu, pernah dr puchong nk blik bangi ms petang..mmg hazab.. nsb la sy dh pindah dengkil, paling hazab pun jammed depan sony kt sungai merab tu je.. bertabah kak..

    ReplyDelete
  12. tak pe la..nanti yanak dah besaq ,senang la..tu untung nya #makbanyakanak anak2 ramai boleh antu mak pulak..:)

    ReplyDelete
  13. Salam .Hee seperti jem dengan kaya.

    ReplyDelete
  14. Letih kalau driving asyik jem-jem-jem.
    Kalau jem strawberry tu ok juga ye Fiza hihi...

    ReplyDelete
  15. hurmm peak hours mmg lah sesak babe.. stress je bila aku baca cerita ko..
    nasib baik lah aku kerja dekat ngan rumah.. masuk kerja pkl 9am keluar rumah 8.50am..
    apa2 pun mmg terpaksa bertabah.. demi mencari sesuap nasi.. perrghh ayat aku!! hahaha

    ReplyDelete
  16. traffic jem mmg blh buat otak jem..huhuhu..rasa nk cilok pakai moto je tp laki den plak x bg..kata nye dh ank 2, udoh2 ler naik moto..huhuhu

    Rahsia Pengantin Baru Berseri Di Hari Persandingan

    ReplyDelete
  17. huhu..bertabahlah org2 yang duk kat KL.. mmg kena harung semua ni

    ReplyDelete
  18. Luahkanlah... Jika itu boleh mengurangkan sedikit tekanan.
    Masalah yg akan terus anda akan hadapi setiap hari...apa nak kata lagi, bersabarlah...dan senyum jer :)

    ReplyDelete
  19. farah pernah hadap jammed mcm tue masa keja kt jalan ampang kl dulu.. mmg hari2 stress padahal kalau tak jammed ambik masa 10mnt jer dari rumah ke tempat kerja..tapi akak tahu la jalan ampang jammed nya mcmne kan..huhuhu.. nasib baik la dh dapat tukar blk penang..so buat akak bertabahlah yer..

    ReplyDelete
  20. Fiza, aku membaca pasal jem tu pun dah rasa nak muntah. Apatah lagi ko yg mengadapnya.

    ReplyDelete
  21. Dah bapaknya mana? Tak boleh tukar shift ke? Hehe ... Biasalah Fiza....gitulah kalau namanya duk KL ni

    ReplyDelete
  22. Bako je Fiza traffic light tu kalau menyusahkan sangat. Hahaha...

    Perasan tak bab signal ni. Kalau kita bagi signal nak masuk, mulalah kereta kat lane tu tekan minyak sebab tak bagi masuk. Cuba kalau kita tak bagi signal, slow like a snail je dia gerakkan kereta dia tau....

    Nasib baiklah anak I sekolah pagi. Kul 7 pagi memandu ke pejabat pun hati senang walaupun pak polis dah terpacak mengawal lalu lintas kat bulatan Kg Pandan tu. Tapi takpa, asal sampai cepat boleh pi tinjau kawasan breakfast :)

    Ni nak bagi jealous sikit, makduaanak ni sampai rumah pukul 5 petang tau :)

    ReplyDelete
  23. kalau duduk KL mmg kena redha hadap jammed. xlama penang jd mcm KL akak. hati2 drive kalau bab org suka himpit2 ni

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive