Lesen Memandu dah Expired Setahun | Kena Denda Tak??

Thursday, June 11, 2015

Ingatkan aku sorang jer hilang ingatan bila [lesen memandu rupanya dah setahun tak renew]. Ada jugak gang hilang ingatan rupanya...hahahaha... 


Ada hamba allah ni message kat FB Page. Ni aku citerkan balik kalau dalam gambar tu tak boleh nak baca. Kes macam aku jugak lah. Ingatkan expired tahun ni, rupanya tahun lepas dah expired. Dia tanya sama ada kena denda tak masa nak renew lesen memandu tu. Sebab dia tak der apa² denda dari JPJ ataupon polis. Kiranya pemandu berdisiplin lah ni yerp.

Macam pengalaman aku renew lesen yang dah setahun tak renew last year tu, tak der plak kena bayar denda. Lagi pon aku buat kat pejabat pos. Kalau renew kat tempat lain tak tau lah plak kena denda atau tak. So far tak pernah dengar plak kalau tak renew lesen dalam tempoh yang lama akan didenda.

Note: Jadinya...sila semak tarikh luput lesen memandu memasing yerp. Perhatikan betul² tarikh dan tahun keluputannya. Jangan jadi macam aku ni.


You Might Also Like

16 komen

  1. mak aiii setahun expired?..hehehe..kite paling lama 3 minggu..sbb tuh skang nie tarikh lesen mati dh ikut date birthday..

    ReplyDelete
  2. hahha tak kena denda cuma kita kena bayar lebih la..kan sebab sekarang ni semuanya tamat pada hari kelahiran kita kan..biasa la pompuan urat byk dh putuihh sedia terlupa :)

    ReplyDelete
  3. haha... kita pun sama.. kat setahun gak tak direnew. tapi takde pulak kena denda.. hihi

    ReplyDelete
  4. huhuhu..sekrg ni lesen memandu mati ikut tarikh lahir..hehe.. tu pon takut lupa jugak kan

    ReplyDelete
  5. mmg kena semak bebetoii la lepas ni yee

    ReplyDelete
  6. wah...banyak termakan semut nih..jahahahah

    ReplyDelete
  7. huiyooo...maknanya setahun tak sedar lesen dah mati? hahaha

    ReplyDelete
  8. heheheh tu jue buat 5 tahun teruihh

    ReplyDelete
  9. camne boleh terlupa ni kak??aiyoorrkkk...hihihi

    ReplyDelete
  10. BULAN 7 NI SAYA PUNYA LESEN EXPIRED.. INGAT PASAL SAMA DENGAN TARIKH LAHIR.. :)

    ReplyDelete
  11. has 25jun ni. sib baik baca post ni. hehe

    ReplyDelete
  12. waaa bahaya nie..
    kalau kena buat roadblock kan kena saman...

    Blogwalking sini.. Jom baca artikel baru

    Travelog: Water Rafting Di Sabah

    ReplyDelete
  13. Kadang kadang tak perasaan tlesen dah expired. hahaa

    ReplyDelete
  14. Hahaha...ni nak cerita versi MD pulak. Saya sebenarnya ingat lesen memandu saya tamat bila.Maklumlah tarikh harijadi kitakan... Memang sebulan sebelum tamat tempoh pun saya dah ingat tanpa mengharapkan bantuan sesiapa *_* Tapi tahun lepaskan tak silap dah ada lesen baru ikut kad pengenalan baru tu. Saya ni tak tukar ID baru lagi. Makanya konon-kononlah, taknaklah pakai lesen fesyen lama gitu. Naklah juga gambar baru. Postpone punya postpone punya postpone, sampai la nih saya tak renew lagi.

    Kiranya saya memandu dengan lesen tamat tempohlah. Nasib baik saya berhemah makanya, takdalah apa-apa. Ni tunggu seminggu sebelum birthday hujung bulan ni baru nak renew katanya.

    Nak sep-sep ke, Fiza? Kah3x!

    ReplyDelete
  15. Salam perkenalan dari follower ke 1478...

    Saya plak lesen sepatutnya expired tahun ni...tapi dok ingat tahun lepas so selamba bawa gi post ofis nak renew...tak tengok pun sebab yakin dah expired...sekali org post ofis cakap "dik belum expired lagi ni" hahaha...lepas tu bila dah betul2 expired lupa plak nak renew..baru minggu lepas gi renew selepas 2 bulan expired...

    ReplyDelete
  16. hehehe..memang kadang2 benda nie boleh terlepas pandang..=D

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page