Resepi Biskut Raya Kellogg's | Jejari Roti dan Biskut Arab

Thursday, June 18, 2015

Amboiiii...baru 1st day puasa dah citer pasal kuih raya yerp. Excited betul nih. Biasalah...bila dah masuk bulan puasa ni mesti lah sibuk jugak nak buat kuih raya kan. Hari Raya dan kuih raya takkan terpisah gittew. Awal² ni lah elok buat kuih raya. Kang dah hujung² puasa takut kelam kabut plak nanti.

Ni nak share resipi kuih raya. Siapa suka Kellogg's Corn Flakes? Pastinya ramai yang suka kan. Kalau breakfast dengan Kellogg's Corn Flakes pon dah sedap, apatah lagi kalau buat biskut pakai kellogg's corn flakes nih sebab kerangupan dan kelebihannya dari segi rasa kerana dibuat daripada jagung sebenar. Memang super duper sedap. Ok...kita mulakan dengan resipi yang pertama dulu. Memang senang sangat nak buat.

JEJARI ROTI KELLOGG'S CORN FLAKES


Bahan²
  • Roti Gandum
  • Mentega
  • * 40g Kellogg's Corn Flakes dihancurkan
  • * 30g Gula Merah
  • * 2 Sudu besar Serbuk Badam
  • * 1/2 Sudu kecil Serbuk Kayu Manis
Cara²
  1. Panaskan oven 160' C. Sediakan loyang dengan kertas baking
  2. Campurkan bahan² bertanda * ke dalam mangkuk
  3. Potong roti ikut saiz yang disukai. Nak buat bentuk apa pon boleh. Jangn lupa buang kerak roti tu.
  4. Sapukam mentega kepada setiap bahagian. Suka hati nak pakai mentega jenama apa pon.
  5. Taburkan bahan² bertanda * ke atas bahagian yang roti yang dah disapukan mentega
  6. Susun roti atas loyang 
  7. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga warna roti bertukar keemasan.
  8. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Close up sket. Saya buat versi mentega dan juga nutella. Pakai roti biasa. Nanti nak buat pakai roti gandum plak ☺

Mudah sangat kan. Kalau tak nak pakai roti gandum pon tak per. Boleh jer pakai roti biasa tu. Lepas tu kan. Boleh gantikan mentega tu dengan nutella. Variety lah sket lah biskut tu kan. Memang sedap. Dah lah roti tu rangup. Topping plak dengan kellogg's corn flakes. Silalah bayangkan kerangupannya.

BISKUT ARAB KELLOGG'S CORN FLAKES


Bahan²
  • 250gm Tepung gandum 
  • 125gm Gula Halus 
  • 125gm minyak sapi 
  • Kellogg's Corn Flakes dihancurkan
  • Paper cup 
Cara²
  1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati
  2. Buat bentuk bulat-bulat kecil 
  3. Masukkan dalam paper cup 
  4. Bakar 180ΒΊC selama 20 - 25 minit atau sehingga masak 
  5. Sejukkan dan taburkan gula halus 

Close up sket. Agak tak seimbang saiz biskut arab kellogg's corn flakes saya nih. Biasalah...buat dengan penuh kasih sayang dengan anak² katakan. Memasing sibuk nak menolong. Rajin anak² ibu ni. Riuh dapur dibuatnya.

Ni biskut arab versi simple dan versi baru. Tak pernah dibuat orang biskut arab campur dengan kellogg's corn flakes. Ko mampu?...hahaha...Sila lah cuba. Sedap tau. Rasa crunchy jer bila makan. Kalau rasa kosong, boleh tambah letak buah ceri kat atas biskut arab tu. Tak pon buat biskut arab colorful. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Pasti letak lah pewarna. 


Ni nak bagitau. Sempena bulan ramadhan ni, Kellogg's ingin memperkenalkan 8 resipi biskut Kellogg's Corn Flakes edisi terhad untuk menggalakkan anda mencubanya pada bulan ramadhan ni. Silalah kunjungi Trak Sample Kellogg's yang akan berada di bazar ramadhan, pasaraya ria dan pasar raya bermula dari 17 June 2015 hingga 10 Julai 2015.

Anda berpeluang menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar pembuat kuih yang berbakat tentang bagaimana Corn Flakes boleh digunakan dengan pelbagai cara untuk membuat biskut istimewa untuk perayaan ini. Sempena bulan yang mulia ini, Kellogg's juga telah bekerjasama dengan pengacara popular program 'Jalan-Jalan Cari Makan', Maria Tunku Sabri untuk menghantar biskut ke rumah anak² yatim dan rumah kebajikan yang terpilih di Malaysia untuk berkongsi kegembiraan yang dibawakan sempena bulan yang mulia ini.

Maria Tunku Sabri akan turut hadir di beberapa lokaso trak sample yang terpilih seperti:

·         Sogo KL, 12 Jun (11pagi-4ptg)
·         Giant Batu Caves, 13 Jun  (1-3ptg)
·         Giant Stadium Shah Alam, 14 Jun (1-3ptg)

Orang ramai dijemput untuk mencuba biskut Kellogg’s Corn Flakes® dan membuat ikrar untuk menghantar biskut kepada anak-anak yatim pada tarikh dan di lokasi berikut:


Jangan lupa tau mencuba resipi² ni dan jangan lupa beli Kellogg's Corn Flakes. Sila terjah juga trak sample Kellogg's nih. 


You Might Also Like

18 comments

  1. amboii.. kuih raya dah.. hehehhe

    ReplyDelete
  2. Kuih raya.. Yuhuu.. Cornflakes sdp juga mkn smbil tgk tv..

    Blogwalking Sini..
    Jombaca artikel baru saya
    Biskut Semperit Sedap

    ReplyDelete
  3. Okayh..cornflakes mmg adr kt umah..boleh try..hehe

    ReplyDelete
  4. wah..fiza, dah de resepi biskut raya... snang je bahannye simple..ni kalo takleh buat gak, tak tau la, hahahaha!

    ReplyDelete
  5. Wahh... Boleh try ni.. Sbb mmg ada pun cornflakes ni...

    ReplyDelete
  6. yg pertama tu mcm sedap & mcm senang aje, fiza.
    ni bukan utk raya, kalau buat mahu nyer abis before 25 ramadhan :) hu hu hu....

    ReplyDelete
  7. kt umh mmg dok ade cornflake..bli semata2 sbb nk bekas dia je..hahaha..skang ni tgh fikir2 nk wt biskut raya cornflake..nmpk sedap tu..ok save dlu resipi..hihi


    miraadzlia.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Mmg menarik laa roti jejari tu.. nie kalau buat, cepat jee habis sebelum raya...

    ReplyDelete
  9. Kakak belum rancang lagi nak buat biskut.
    Tapi yg ini baguslah Fiza. Moga amalan diterima Allah

    Selamat berpuasa dari kakak.

    ReplyDelete
  10. Kalau rumah saya, semua beli rasanya.. Tak buat kuih.. :)

    ReplyDelete
  11. salam .hee rajin buat cornflakes ;p

    ReplyDelete
  12. mcmbest j.
    awal sungguh kak buat sekut.
    sekut arab tu mcm menarik utk dicuba sbb bhn mdah n simple.

    harap dapat la buat sikit. huhu.
    nk beli sekut mahal skrg ni
    zaman gst pulakkan ..

    ReplyDelete
  13. terima kasih kongsi resipi.
    harap dapat cuba bila saya free nanti..hehe

    ReplyDelete
  14. Suka akak..nanti nak cuba.. buat kudap2 lepas berbuka..hehehe

    ReplyDelete
  15. Mudah betul rupanya. Padanlah siang-siang dah siap kuih raya ya, Fiza. Nantilah lepas raya I cuba buat untuk makanan santai di petang hari di rumah. Tengok aje pun dah terliur rasanya mengenangkan kerangupan biskut nih :)

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive