Welcome November | Kereta Oh! Kereta

Tuesday, November 01, 2016


Memang tragedi november betul lah. Dengan harga minyak naik. Minyak masak pon bakal naik. Ni kereta pulak buat hal. Harga minyak tu aku malas nak complain. Kau protes macam mana sekali pon. Ianya tetap naik. Alasan cliche... Harga minyak malaysia masih lagi termurah... Ppfftttt... Minyak masak pon satu hal. Kalau betul lah itu harga baru yang dah tersebar, banyak jugak kenaikannya woihhh. Cekik darah betul.

Itu luahan yan pertama. Ni yang kedua pulak. Kereta problem. Nak kluar beli barang dapur malam tadi. Sekali nak start enjin, bunyi plak enjin. Macam ada benda bergesel. Kuat pulak tu... Adoiiii... Janganlah ada masalah engine. Harap masalah biasa jer lah. Kalau masalah engine mau makan ribu riban jugak nih. Terpaksa lah emergency leave harini. Dah siapa nak hantar gi keja? Berperanglah kau dengan anak-anak harini.

Dalam keadaan anak-anak nak masuk skolah tahun depan. Dengan nak registration tadika. Dengan nak beli kelengkapan sekolah. Time tu jugak lah kau buat perangai yerp kereta... Hurmmmm... Dugaan betul lah.

Note: Bila harga minyak naik. Memang semua harga barang pon start naik jugak lah ni.




You Might Also Like

15 comments

  1. kann. minyak masak naik minyak petrol naik.

    ramailah naik minyak hari ni agaknya. hehehe

    ReplyDelete
  2. Betul Fiza..
    Bila harga minyak naik..
    Harga barang lain turut naik..
    Tapi minyak tu turun..
    Mereka tak turunkan pulak harga barang tu..
    Aduhaiiiiii..

    ReplyDelete
  3. tu la...dengar dah tadi harga barang start naik...adoiii..ape ke naseb rakyat marhaen nii...ermmm...

    amboih semangat betui dak kecik si harraz ni ye

    ReplyDelete
  4. Isu minyak naik ni mudah buat orang naik minyak..part keta buat hal lagi satu. Memang dugaan..

    ReplyDelete
  5. sabar kak ye, semoga urusan kita semua dipermudahkan. Amin.

    ReplyDelete
  6. Dugaan sungguh lah. Moga dipermudahkan semua urusan akak lepas lepas ni :)

    ReplyDelete
  7. bertabahlah kita dgn ujian dan dugaan ni..

    ReplyDelete
  8. hee~ biasa la.. bila 1 naik, benda lain akan effect sama.. sabar ya..

    ReplyDelete
  9. darah pun naik kalau fikir sangat. hmmmm..

    ReplyDelete
  10. Agak-agak dah reda sikit jual cari aje yg baru Fiza
    Kadang kereta kalau dah mula meragam nanti mulalah jangkit yg lain pulak.

    Memang ujian buat kita rakyat marhaen kena tanggung semua kenaikan harga barang.

    ReplyDelete
  11. Alahai kesiannya hang Fiza.....
    Hadap ajelah, nak buat mcm mana dah itu namanya dugaan hidup...
    Doa ajelah moga bukan masalah engin. Moga cuma ada batu terselit hihi

    ReplyDelete
  12. kenaikan harga di sana sini Fiza.. dah malas nak komen..haha.. rasa bertimpa2 juga kenaikan harga ni... sabor jer lah... huhu

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Fiza,

    Saya pernah berada dalam situasi Fiza. Sedih sangat sebab xde transport lain pastu tak tau kos repair mahal atau murah.. Macam-macam fikir, down sungguh..

    ReplyDelete
  14. kita cuma dapat luah dan protes kat fb dan blog jer..orang atas tu tak nak amik kisah pon kan..geram pula semua benda nak naik.

    ReplyDelete
  15. Dugaan ekk bulan ni.
    Pengsan la kita rakyat ni.
    Semua naik oii nanti..

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive