Dapatkan Model Terbaru Telefon Pintar Vivo V7+ Di Senheng/SenQ

Thursday, September 28, 2017

Dapatkan Model Terbaru Telefon Pintar Vivo V7+ Di Senheng/SenQ | Vivo… Antara jenama telefon pintar yang tak perlu diperkenalkan lagi kerana ianya semakin mendapat tempat dihati pengguna masa kini dengan reka bentuk dan spesifikasi yang semakin up to date dan canggih. Antaranya dengan mencipta kejutan untuk pengguna Vivo dengan penggunaan cip audio Hi-Fi di telefon pintar yang pertama seumpamanya serta memberikan kualiti gambar yang jelas dan terbaik untuk pengguna mereka. 


Dan terbaru, Vivo telah memperkenalkan telefon pintar terbarunya iaitu Vivo V7+ dimajlis  pelancarannya yang berlangsung baru-baru ini. Dan untuk pembeli yang ingin mendapatkan telefon pintar terbaru Vivo V7+ ini, harga yang ditawarkan adalah RM1,499 dan anda boleh dapatkannya di kedai Senheng/SenQ berhampiran kerana hadiah percuma menanti pembeli. Sebelum saya bercerita mengenai hadiah, saya nak kongsikan apa yang menarik dengan telefon pintar Vivo V7+ dulu.

Spesifikasi Vivo V7+ Dan Keistimewaannya

Sumber gambar [SINI]

Untuk Vivo V7+ ni, ianya dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.9” paparan FullViewTM (18:9 FullViewTM menawarkan paparan visual yang lebih besar sebanyak 12.5%, 1440 x 720 resolution) dengan menggunakan pemproses Qualcomm Octa-core. Memori pula sebesar 4GB RAM dan storan 64GB (Menyokong kad microSD sehingga 256GB). Untuk camera bahagian hadapan, 24MP digabungkan dengan algoritma Face Beauty eksklusif Vivo. Manakala camera belakang, 16MP berkualiti tinggi, ditambah dengan teknologi PDAF dan algoritma yang dioptimumkan, bermakna anda boleh menangkap gambar yang lebih jelas, terang dan lebih terperinci. Inilah antara keistimewaan yang terdapat pada Vivo V7+.


Kapasiti untuk bateri pula sebanyak 3225mAh dengan Sistem Operasi Funtouch OS 3.2 (Berdasarkan Android 7.1). Untuk telefon pintar Vivo V7+ ini, ianya didatangkan dengan dua pilihan warna sahaja iaitu Black dan Gold. Cepat dapatkannya di Senheng/SenQ dan kenapa anda perlu membelil telefon pintar Vivo V7+ di Senheng/SenQ?

Kenapa Perlu Membeli Telefon Pintar Vivo V7+ Di Senheng/SenQ?

Sumber gambar [SINI]

Sebab Senheng/SenQ sedang mengadakan promosi untuk telefon pintar Vivo V7+ bermula dari 26 September 2017 sehingga 15 October 2017 dimana dengan pembelian telefon pintar Vivo V7+ di promosi ni, anda akan mendapat Voucher Watson sebanyak RM10.00 dan juga Backpack secara percuma.

Pilihan Pembelian Secara Ansuran


Selain daripada barangan percuma, Senheng/SenQ juga membuat promosi kepada pelanggannya dimana pelanggan boleh memilih untuk membeli secara tunai atau secara ansuran. Untuk pilihan secara ansuran, tempoh pembayaran sehingga 24 bulan ansuran dengan bank terpilih seperti Maybank, Maybank AMEX, Public Bank, HSBC and Citibank (akan datang). 


Jaminan Tambahan Selama 1 Tahun 


Untuk skim keahlian PlusOne, anda boleh menikmati jaminan tambahan 1 tahun untuk Vivo apabila anda membuat pre order Vivo V7+ dengan mendaftar sebagai ahli PlusOne sebanyak RM12.00 sahaja. Manakala untuk pelanggan yang sudah memiliki keahlian PlusOne sedia ada, anda hanya perlu log in di www.senheng.com.my atau www.senq.com.my untuk membuat tempahan pembelian bagi membolehkan anda mendapat jaminan tambahan 1 tahun ketika membeli.

Untuk pilihan penghantaran Vivo V7+ pula, penghantaran ke rumah secara percuma akan diberikan dan  penghantaran terbuka di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.   

Trade In Program 


Ini pon tawaran menarik yang ditawarkan oleh Sengheng dimana pelanggan akan mendapat rebate dengan membuat trade in telefon lama mereka untuk membeli telefon yang baru hanya di cawangan Sengheng. Untuk mengetahui lebih lenjut mengenai program Trade In ni, bileh layari www.senheng.com.my/trade-in-rebate 

Menarik sangat kan telefon pintar Vivo V7+ ni. Sebagai pengguna Vivo, saya tak nafikan gambar yang terhasil dari camera Vivo sangat cantik. Tawaran dari senheng/senQ juga tersangatlah menarik. Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki telefon pintar terbaru Vivo V7+ sebab promosi sedang berlangsung dari 26 September 2017 sehingga 15 October 2017 ni sahaja. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai telefon pintar terbaru Vivo V7+ ni, jom tengok kat sini:

http://www.senheng.com.my/v7plus

You Might Also Like

10 komen

  1. wahh kamera depan 24mp , kaki selfie confirm kena beli nie

    ReplyDelete
  2. kualiti pic hp sekarang..setanding kamera dh

    ReplyDelete
  3. Spec vivo v7+ memang terbaik..Harga pun sangat berpatutan

    ReplyDelete
  4. Bestttnyaa kalau dapat seketol Vivo ni <3

    ReplyDelete
  5. Wife saya baru dapatkan smartphone vivo ni ikut program maxis RM1 tu. Errr tapi bukan yang model ni la .. hehe. Model ni mahal ni .. orang ada-ada je leh pakai ..

    Blogzine Peribadi HASRULHASSAN.COM

    ReplyDelete
  6. wahhh boleh dapatkan di Senheng juga yea

    ReplyDelete
  7. Emi pun tgh usha nak beli fon baru ni. Tak decide lg nak beli fon apa. Fon yg sedia ada ni asyik hang je memanjang. Dah 2 tahun pun pakai.

    ReplyDelete
  8. Vivo ini jenama Handphone dari manaya.
    Sebelum ini Nora Danish dutanyakan. Sekarang Dato Siti pula, kedua-duanya adalah Alist artis di Malaysia.

    ReplyDelete
  9. nak cari handphone yang boleh amik gamabr lawa..fuhh

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive