Dengarlah Suara Hatimu ... Dan Minum Minuman Yang Lebih Sihat!

Friday, September 15, 2017

Senyap dan merbahaya, ia merayap didalam anda semasa anda tidak menyedarinya. Dan ia adalah pembunuh No. 1 di negara ini.Apa yang kami maksudkan adalah penyakit jantung, dan kira-kira 20% daripada rakyat Malaysia terdedah kepadanya. Menurut kajian Institute Jantung Negara (IJN), penyakit jantung asalah punca utama kematian dikalangan wanite dan bukan kanser payu sara sepertimana yang dianggap oleh kebanyakkan orang.


Wanita yang berusia 45 tahun ke atas mempunyai kebarangkalian yang sama seperti lelaki untuk mengalami penyakit jantung. Sebelum menopaus, badan wanita mempunyai kelebihan berbanding dengan lelaki, kerana badan mereka menghasilkan jumlah estrogen yang mencukupi untuk mengurangkan risiko serangan jantung berbanding dengan lelaki.

Akan tetapi, selepas menopaus berlaku, bilangan perlindugan daripada estrogen menurun, dan jika ia digabungkan dengan faktor risiko lain seperti diabetes dan obesiti, itulah bagaimana penyakit jantung akan berlaku.Realitinya, kami berada di negara yang mana IJN menyaksikan pesakit lelaki/wanita – semuda 20 tahun menjalani pemberdahan pintasan untuk membersihkan arteri yang tersumbat.

Oleh itu, sempena Hari Jantung Sedunia yang akan berlangsun pada 29 September setiap tahun, Juice Works memperkenalkan “Heartbeat”, minuman bermusim yang si penuhi dengan semua kebaikan semulajadi untuk membantu kami melawan pembunuh senyap ini.


Jus ini diperbuat dari limau gendang, timun, oren, lobak merah dan epal, Heartbeat kini boleh didapati di setiap cawangan Juice Works dan Juice Works2Go. Apa lagi, jika anda seorang ahli VIP Juice Works, anda akan juga mendapat 10% diskaun daripada harga runcit**!

Kenape Limau Gendang? Kerana gabungan nutrien berkuasa serat, lycopene, vitamin C, kalium dan choline di dalam limau gendang ini boleh membantu mengekalkan jantung yang sihat. Satu penyelidikan mendapati bahawan makanan yang ditambah dengan limai gendang merah segar mempengaruhi tahap lipid darah, terutama trigliserida.

Kenape Timun? Rendah kalori kandungan fiber dan air yang tinggi, timun juga adalah kaya dengan potassium yang membantu mengurangkan tekanan darah. Ia juga mengandungi polifenol yang dipanggil lignans, yang boleh mengurangkan risiko kanser tertentu. Bonue: Ia kaya dengan vitamin K yang penting untuk kesihatan tulang.

Mengapa Oren? Para penyelidik telah melaporkan bahawa buah ceria ini mempunyai antioksidan yang dipanggil hesperidin, yang meningkatkan fungsi saluran darah dan membantu menurunkan risiko penyakit jantung seseorang. Hesperidin adalah sebatian yang berasaskan tumbuhan yang dipanggil falvonoid, yang dikatakan dapat meningkatkan kesihatan sel-sel yang halus yang mengalirkan saluran darah.

Kenape Lobak Merah? Lobak merak adalah sumber yang sangat baik untuk antioxidant alpha dan beta karoten, yang diprocess oleh tubuh badan ke retinol (vitamin A), yang baik untuk kulit, paru=paru, sistem kekebalan tubuh dan kesihatan jantung. Ia juda mengandungi antioksidan lutein, yang penting untuk kesihatan mata.

Kenape Epal? Kajian telah menunjukkan bahawa memakan epal setiap hari dapat membantu menurunkan kolesterol jahat yang disebut LDL dalam tubuh badan dan dua penanda lain yang berkaitan dengan plak dan peradang di dinding arteri. Ia seolah-olah epal hidup sehingga pepatah lama membantu untuk menghindari daripada doktor apabila dimakan setiap hari.

Jadi, dengarlah suar hatimu dan dapatkan Heartbeat hari ini untuk menjadi lebih kuat dan sihat!

** Ia tidak boleh digabungkan dengan diskaun / penawaan / baucar yang lain
** Minuman bermusim in hanya boleh diperolehi sehingga 31 Ocktober 2017.
** Sementara stok masih ada
** Juice Works Malaysia mempunyai kata putus terakhir mengenai promosi ini.



You Might Also Like

0 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive