Happy Birthday To You Kakak!!!

Monday, September 25, 2017

Alhamdulillah... Harini 25 September 2017 bertambah lagi usia satu-satunya anak perempuan yang aku ada. Dah 7 tahun rupanya. Kenapalah cepat sangat masa berputar. Kan best kalau jadi baby jer... hahaha... Antara empat beradik nih, qahirah lah yang paling ringan sebab berat masa lahir 2.8 kg jer. Yang lain semua 3 kilo ke atas.


Orang perempuan ni biasalah kan. Pregnancy test pon nak simpan even dah lebih 7 tahun kot. Semua benda kalau boleh nak simpan lah. Kenangan masa lahirkan anak kan. Mana boleh buang macam tu jer. Ada sentimental value gittew. Boleh tunjuk dan cerita kat anak nanti. Macam mana kejadian dia bila ibu dia dapat tahu pregnant lagi dengan ujian pregnancy test tu. Macam mana ibu dia ni menanti hampir 3 tahun untuk dapatkan anak nombor 2. Gambar dia masa dalam perut. Biar dia tahu ☺

To my dear princess Qahirah Binti Husaini, selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 7 tahun. Semoga kakak membesar sebagai anak yang solehah, bijak pandai dan sihat tubuh badan. Dikuatkan iman dan ditetapkan hati dan pendirian dalam apa jua cabaran. Zaman kakak ni zaman yang sangat mencabar. Semoga kakak kuat untuk harunginya nanti. Dan semoga ibu dapat didik kakak jadi anak yang patuh pada perintah dan suruhan NYA.

Birthday girl bad mood pagi tagi. 

Ibu akui yang ibu selalu marah-marah kakak. Ibu pon tak tahu kenapa. Macam kakak dengan ibu tak boleh dekat. Ada jer benda yang tak kena. Orang kata kalau muka anak beranak sama... Panas jadinya. Nak kata muka kita sama, tak jugak. Kakak pon suka cari pasal dengan ibu kan. Tu yang ibu selalu jadi MOMSTER. 

Kakak jer lah satu-satu nya anak perempuan ibu. Smoga kakak dapat menjadi peneman dan kawan setia ibu setiap masa. Maafkan ibu kalau ibu garang sangat dengan kakak. Marah seorang ibu tu tandanya ibu sayang. Ibu akan cuba kurangkan garang ibu dekat kakak. Tapi kakak kena kurangkan cari pasal dengan ibu tau... hahaha...

We 👨👩👦👦👶LOVE 💓 you so much kakak #Qahirah 👧. Nani kita potong kek yer.

Note: Dah lama tak buat kek. 


You Might Also Like

19 comments

  1. Allhamdulillah selamat hari lahir kakak. smoga kakak menjadi anak soleh berjaya dunia dan di akhirat

    ReplyDelete
  2. Happy birthday to you adik Qahirah. Moga menjadi anak yang baik dan kebanggaan ibu dan ayah. Selalu dengar cakap ibu ya.

    ReplyDelete
  3. happy birthday kakak qirah...!! kejap aje besar kannnn...moga jadi anak solehah dunia akhirat...agaknya sebab anak no 2 ke beb? aduiii...ni pun tak larat rasanya nak bergaduh dngan si no 2 ni..tak marah tak boleh...dah marah rasa nyesal + sedih plak..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Eh..sama birthday dengan Dania la.....Happy birthday kakak...semoga membesar menjadi anak yang solehah, semoga berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  5. Selamat hari jadi kakak moga jadi anak yang baik dan solehah untuk keluarga bangsa dan negara..

    ReplyDelete
  6. happy birthday to your sister :)

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday kakak Qahirah

    ReplyDelete
  8. happy birthday kakak! semoga menjadi anak yang solehah dan disenangi ramai serta sentiasa dirahmati ALLAH :)

    ReplyDelete
  9. Happy birthday girl. Moga membesar menjadi insan yang berguna kepada agama, nusa, bangsa dan keluarga. Amin.

    ReplyDelete
  10. Happy birthday gegurl! Ibu jangan marah-marah tau. Apapun, semua demi anak kalau marah pun.

    ReplyDelete
  11. tersentuh baca coretan awak.. sampai ke hati seorang ibu. Moga jadi anak solehah ye adik..dah dah,jangan majuk.

    ReplyDelete
  12. hepi besday dik..moga dengan bertambah umur,kamu semakin matang dalam segala hal.Jaga mama elok2.

    ReplyDelete
  13. Happy Birthday, my dear. Hope you will make your Mom feel proud on you everyday.

    ReplyDelete
  14. Alalala sweet je dua2 ni. Happy birthday kakak! nanti nak potong kek jangan lupa ajak Aten :p

    ReplyDelete
  15. Kek princesss kek princess..hehehkalau adik bongsu saya Ya Allah suke benor besday

    ReplyDelete
  16. Heppy birthday kakak..semoga menjadi anak solehah kakak

    ReplyDelete
  17. Alololo cute nya. Happy birthday kakak.
    Samalah mcm satu2nya anak perempuan kat rumah ni..suka buat mama dia marah2...manja sgt kot..tu jd gitu..hehehe

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive