Lagu Berhantu!!!

Tuesday, September 19, 2017

Lagu Berhantu!!! | Ada ker lagu berhantu? Lagu berhantu tu macam mana? Lagu berhantu tu bila ianya di mainkan tak kira masa... Pagi, petang, siang dan malam mesti lagu tu akan dimainkan. Bila dah dimainkan setiap masa, kau pon jadi terikut-ikut dan secara tak langsung terhafal tanpa tersengaja. Lagi menyeramkan, bila lagu yang selalu menjadi siulan dibibir kau tidak lagi kau nyayikan sebab kau dah tersampuk dengan lagu Lagu Berhantu!!! Mana tak tersampuk kalau dah asyik dengar jer Lagu Berhantu!!! ni.


Siapa Yang Mainkan Lagu Berhantu Tu?


Kalau dah orang dewasa kat rumah ni ada 2 orang jer. Baki lagi 4 adalah budak-budak. Dah tentulah budak-budak punya lagu kan. Asal nak HP ibu jer, bukak lagu berhantu ni. Asal lagu berhantu ni berkumandang jer, mesti dari HP Ibu. Tu lah... Salah siapa sekarang ni? Salah si tukang download lagu ni lah sebab si tukang download lagu ni dah tersampuk dengan lagu berhantu tu... muahahaha...

Apa Tajuk Lagu Berhantu Tu?


Alaaaa... Bukan aku sorang jer yang dah tersampuk dengan lagu ni. Ramai jer yang dah berjangkit dengan virus lagu berhantu ni. Especially parents-parents diluar sana tu. Kalau aku taip tajuk jer pon mesti korang automatik akan nyayi lagu ni. Lagu apa lagi kalau bukan lagu:


Baby shark do do, do do do do
Baby shark do do, do do do do
Baby shark do do, do do do do
Baby shark

Haaaa... Mesti ternyanyi sekali tu kan. Mengaku jer lah... kahkahkah... Serious woih!!! Jebak betul lagu ni. Tak pasal-pasal dok ternyayi-nyayi jer. Kalau dulu lagu Didi and Friends. Sekarang ni lagu Baby Shark. Yang selalu pasang lagu ni si Iman Qhalif lah. Pagi petang siang malam dok ulang-ulang lagu Baby Shark. 

Dah aku pon tersampuk sekali. Sambil buat kerja... Baby shark do do, do do do do.. Sambil mandikan anak... Baby shark do do, do do do do... Sambil main dengan anak Baby shark do do, do do do do.. Kau dah kenapa. Parah woih!!! Tapi time nak tidokan anak tak ada lah nak nyayi Baby Shark. Agak-agaklah kan.

Lirik Lagu Baby Shark 


Baby shark do do, do do do do
Baby shark do do, do do do do
Baby shark do do, do do do do
Baby shark

*Repeat with using appropriate actions

Mommy shark
Daddy shark
Grandma Shark
Grandpa shark
Let's go hunt
Run away
Safe at last
It's the end



Ok... Jom nyanyi sama-sama ☺☺

Note: Lagu-lagu Omar dan Hana pon best jugak.



You Might Also Like

21 komen

  1. memang berhantu..sampai maknya kat office ni ternyanyi2 sesorang hahaha

    ReplyDelete
  2. sha siap buat calleringtone lagi guna lagu ni hahaha comel lagu ni😂

    ReplyDelete
  3. Stress tau saya dengar benda alah lagu ni. Hahahahah sangat laaaa berantu . Dok polo polo dia punya doo doo doo...

    Sudi sudilah jenguk page saya.

    https://itsmirmira.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Wakakakak saya kata lagu Membunuh! Kerana ini membunuh minat pada lagu Didi & Friend waaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  5. Hahaha. Ingat lagu apa tadi. Kawan kat opis fan korean pun nyanyi lagu ni. Adoyai. Fenomena eh

    ReplyDelete
  6. sama lah aku.. kelas aerobik pun buat lagu ni..hahaha

    ReplyDelete
  7. Lagu fav dida ni...SA pun tersampuk kalau dia duk nyanyi lagu ni

    ReplyDelete
  8. Seriously melakat kat kepala lagu ni

    ReplyDelete
  9. SA tiap pagi,pasang di youtube.. lagu warm up utk anak2.. hihihihi

    ReplyDelete
  10. betul. berhantu betul lagu ni. yang dah dewasa pun duk ulang nyanyi lagu ni

    ReplyDelete
  11. Hahaha..Sama dgn budak budak nih kt rumah...asyik nyanyi shark doo doo

    ReplyDelete
  12. Mmg berhantu lagu ni noks .. sampai terngiang2 dikepala 😅

    ReplyDelete
  13. Bukan anak je suka lagu ni, maknya pun sama ;)

    ReplyDelete
  14. Hahahahah tahun lepas dok fikir lagu apa la si anak sellau nyanyi sensorang... rupanya lagu nie... tapi yg pelik, xnampak pula dia tengok dkat youtube...

    last2 baru baru dia selama ini nyanyi lagu nie

    ReplyDelete
  15. budak2 semua lagu dia suka. lagi lagu tu syiok dia dgr.. siap joget2 lagi... hahahah..

    teringat masa anak kecik duku2 suka dgr lagu katun jepun dgn sesame street..

    ReplyDelete
  16. memang berhantu pon lagu ni..anak anak siap hafal step tarian dia..pengaruh besar btulll!! mak mak ni hampir nak terjebak dah haaa..

    ReplyDelete
  17. saya siap buat ringtone tau!
    utk mama, papa and grandpa.

    tak tipu tau!

    ReplyDelete
  18. Hahahaha tak sangka lagu ni boleh jadi viral. Ruby dah dengar 3 tahun lalu. Siapa la yang buat viral siap ada praktis joget. Kiut gila!!!

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive