Makanan Berkhasiat Yang Sesuai Dengan Deria Rasa Anak Saya

Tuesday, September 26, 2017

Makanan Berkhasiat Yang Sesuai Dengan Deria Rasa Anak Saya | Menyediakan sendiri makanan untuk anak merupakan satu kepuasan yang sangat indah kerana ianya datang dari hasil tangan kita sendiri sebagai seorang ibu. Lagi pon, makanan terbaik sebenarnya bermula dari rumah. Dengan memasak sendiri, kita yakin dengan tahap kebersihan dan cara penyediaan makanan yang betul.

Lebih-lebih lagi bila dapat masak Makanan Berkhasiat Yang Sesuai Dengan Deria Rasa Anak Saya sendiri. Biarpun saya sibuk dengan kerja dan aktiviti-aktiviti seharian, saya akan memastikan anak saya ni makan makanan yang berkhasiat. Saya juga ingin memastikan anak kesayangan saya ni, Qhalif mendapat lebih lagi nutrisi supaya dia menjadi lebih lagi bila dewasa kelak.


Cabaran Dalam Menyediakan Bekal Anak


Tapi tu lah. Antara masalah atau cabaran yang saya hadapi dalam menyediakan bekalan makanan untuk anak ialah bila anak saya sejenis yang memilih makanan. Agak susah nak makan sayur. Kalau saya masak nasi goreng yang ada sayur, dia akan asingkan sayur ke tepi. Puas pujuk suruh makan sayur. Tapi tak jalan.


Rasanya tak lengkap kalau makan nasi takde sayur sebab sayur banyak vitamin dan membantu dalam proses penghadaman dan tumbesaran kan. Macam mana nak bagi Qhalif makan makanan yang berkhasiat kalau dia susah nak makan sayur? Haaa.. Sebagai seorang ibu, kita kena bijak mainkan peranan.

Cara-Cara Saya Memastikan Anak Saya Mendapat Lebih Lagi Nutrisi


Sebelum ni saya ada terfikir juga caranya dengan potong sayur kecil-kecil. Tapi qhalif tetap tahu ada sayur. Setelah mencuba beberapa cara, saya cuba untuk memarut atau grater sayur-sayuran macam kentang, kobis atau carrot. Cara ini terbukti adalah cara yang terbaik. Saya cuba cara ni buat pertama kali dengan campurkan dalam cucur atau cekodok. Yeayyyy… Berjaya. Kemudian saya buat dalam nasi goreng. Yes… Mission accomplished bila qhalif dah tak asingkan sayur lagi. Kalau dulu bukan main susah untuk pujuk Qhalif makan sayur-sayuran, sekarang lebih senanglah.


Qhalif juga sedang mengamalkan minuman susu sebagai nutrisi tambahan. Untuk kanak-kanak seusia Qhalif, mereke memerlukan dua gelas susu sehari untuk diet harian yang sihat. Lagi pon susu kan kaya dengan nutrien. Dugro adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang dirumuskan dengan lebih lagi DHA*, 15 vitamin dan minerals dan lcFOS unik berdasarkan 40 tahun kajian saintifik untuk membantu tumbesaran Si Manja.

*berbanding susu tepung rumusan sebelumnya, 9.7mg setiap gelas.

Bekal Berkhasiat untuk Iman Qhalif


Memandangkan Qhalif sudah menerima kehadiran sayur dalam hidupnya… cewahhh… Tak susah untuk saya menyediakan bekalan makanan untuk ke sekolah. Saya juga boleh variety kan menu makanan. Yang pasti, setiap menu mesti ada sayur dan buah sebab pengambilan sayur dan buah-buahan adalah penting dalam pemakanan yang sihat. Macam bekalan sandwich ni.


Tak susah pon penyediannya. Hanya perlukan TELUR, ROTI, MAYONAISE dan sedikit BLACKPEPPER. Untuk menggantikan salad, saya tambah CARROT (steam dan disagat/grater) dan BROCOLI (steam dan dicincang halus). Campurkan semua bahan. Mudah jer kan. Rasanya pon sedap. Qhalif pon tak perasan ada sayur dalam tu. Bagi Qhalif, dia suka sangat dengan apa yang disediakan kepadanya sekarang. Pada satu hari, Qhalif memuji saya. Katanya, apa yang saya sediakan untuk dia sangat sedap. Dia suka dan saya sebagai ibu lagi lah gembira ☺

Memang puas rasanya bila kita dapat sediakan bekal untuk anak. Kepuasan tu berganda bila Qhalif pulang dengan bekas yang kosong. Seronok tak terkata. Semangat nak sediakan bekal untuk anak makin berkobar lah. Selain dari membekalkan makanan yang berkhasiat, susu juga amat penting untuk tembesaran Qhalif.

Dapatkan Bekal Nutrisi Percuma



Cute tak bekas makanan ni. Kalau nak dapatkan bekas makanan yang super duper cute dari Dumex Dugro®, anda boleh dapatkan dengan cara membeli 2 pek 900g Dumex Dugro® tidak kira variasi yang mana dan dapat percuma 1 Bekal Nutrisi. Kalau nak dapatkan kesemua koleksi, belilah lebih lagi pek susu Dumex Dugro®... hehehe... Serious.. Memang cantik Bekal Nutrisi nih tau. Rugi kalau anda tak grab. Kalau korang nak dapatkan lebih info, bolehlah layari laman web Dugro di sini

http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/ncp



You Might Also Like

24 comments

  1. part nak suruh dan pujuk anak-anak makan sayur tu memang payah..

    ReplyDelete
  2. oh beli dugro dapat bekas bekal makananan ye ... menarik ni

    ReplyDelete
  3. Kalo tengok gambo, semuanya nampak sedap.
    Tengah lapo ni.

    ReplyDelete
  4. hebat mommy. bento warna warni memang bagus dalam memikat selera anak anak

    ReplyDelete
  5. seronoknye dia bekal ada macam2 jenis dan berkhasiat

    ReplyDelete
  6. Kalau macam ni punya bento mak budak pun suka kan..hehehe..setuju..kena pelbagaikan nutrisi untuk tumbesaran anak..

    ReplyDelete
  7. kalau sha kan dapat bekas makanan comel macam bekal nutrisi ni mesti seronok nak makan hehe tambah tambah kanak kanak memang bestlah kalau dapat benda cantik kan

    ReplyDelete
  8. yup, anak anak masa kecil kena jaga makanan so nanti masa besar sikit tak takut sakit :D

    ReplyDelete
  9. Woa..bgusnya anak tak picky eater..
    Anak sejak2 masuk skoll ni jadi picky eater palk

    ReplyDelete
  10. Memang sajur tu ke grated baru diorg mkn hehe

    ReplyDelete
  11. 4 sehat 5 sempurna hehe. Tetap sih makanan buatan ibu sendiri pasti enak dan bergizi

    ReplyDelete
  12. Itu la... Sekarang makin susah nak ajak anak makan.. kenkadang makan sikit terus tak nak makan...

    ReplyDelete
  13. Rajinnya awak prepare semua ni..msiyes saya suka portion tupperware camtu. even untuk diet syok

    ReplyDelete
  14. Memang betul Fiza. Bab nak bagi anak-anak mkn sayur ni agak mencabar sikit. Ibu mmg kena kreatif...

    good sharing.

    ReplyDelete
  15. Tips berguna dalam penyediaan makanan bila ada anak nanti.

    ReplyDelete
  16. mmg sayur bagus untuk anak-anak kan kak. Tapi tu lah budak bukan suka sgt. mcm kita pun, masa kecik tak suka sayur. tapi bila dah besar ni actually kita makan sayur yang putih. and certain green vege!

    ReplyDelete
  17. Nice sharing hehe nnt leyh try kat anak buah...hahaa anak sndiri xdak lagi heee

    ReplyDelete
  18. Eh eh. I yang takde anak pun terasa naak dapatkan gak bekas makanan tu. Suka sebab dia ada compartment tu.

    ReplyDelete
  19. Rajinnnya mommy buatkan bekal. Hehe. suka tgk mummy2 yg rajin provide bekal utk anak2.

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive