Pengalaman Anak Ketiga | Senangnya Bersalin!!!

Monday, September 11, 2017

Pengalaman Anak Ketiga | Senangnya Bersalin!!! Dah lama cerita ni duduk dalam draft. Boleh aku terlupa nak publish. Anak dah 5 tahun pon dan dah dapat adik pulak tu. Lama betul kau peram cerita ni yer Pija. Pengalaman berharga yang paling indah tu. Mana boleh tak cerita kan. Walaupon dalam kepala memang tak boleh lupa saat-saat bertarung nyawa tu. Tapi tetap jugak kena coretkan dalam bentuk tulisan supaya anak boleh baca nanti. Ada lagi ker yang sudi nak membacanya? Kisah 5 tahun lepas ni... Meh lah baca Pengalaman Anak Ketiga | Senangnya Bersalin!!! ☺☺


Sebelum aku kongsi cerita kisah bersalin anak ke empat dalam kereta, baik aku cerita dulu kisah bersalin anak ketiga ni. Kesian sangat sebab cerita ni dah terabai lama. Macam mana lah boleh terlepas pandang ni. Yang pasti, pengalaman melahirkan setiap anak adalah berbeza-beza. Meh baca ni. 

Seperti tajuk diatas. Pengalaman bersalin kali ni adalah sangat mudah, pantas dan berjalan dengan lancar atas izinNYA juga. Doctor dan nurse pon seronok sebab dapat pesakit yang bersalin dengan cukup mudah dan tak banyak kerenah. Doctor siap tanya apa rahsia mudah bersalin sebab dari history anak kedua pon mudah juga bersalin. Haaaa… Korang nak tau ker apa rahsia mudah bersalin tu? Tunggu yer. Ok …kisah bersalin anak ketiga bermula bila:

Menjelang pagi… Aku tak boleh nak tido. Kejap-kejap terjaga sebab perut asyik mengeras. Bahagian ari-ari tu pon rasa sakit. Mengiring kekiri tak kena, mengiring kekanan pon tak kena juga. Kejap-kejap mengeras… kejap-kejap mengeras. Yang mana ada pengalaman ni tahulah macam mana rasanya bila baby mengeras dalam perut kan. Bagi mengurangkan kesakitan, aku baca doa nabi Yunus. 

Sampailah ke subuh…rasa sakit mengeras tak hilang. Aku ingat sakit mengeras biasa jer. Ada hati lagi nak pergi office tu. Tengah bersiap nak pergi office lah sambil melayan perut yang asyik mengeras jer.. Tapi kan… Bila instinct dah mula berbicara ‘ko sakit nak bersalin ni’, terus cakap kat husband nak pergi hospital. Tak jadi lah nak pergi keja. Kebetulan hari tu adalah hari untuk check-up, tapi aku tunda kepada hari sabtu. 

Siap-siap kan bag anak-anak. Tak kan nak bawak anak-anak sekali kan. Nasib time tu weekdays . Senang sikit sebab kimi pon skolah dan qahirah dok nursery. Kalau weekend? Memang kelam kabut lah dibuatnya. Family  pon bukan ada kat area Bangi tu. Percaturan allah itu indah kan ☺☺

Bermula Pukul 8.00 am – 8.15 am


Tengah-tengah siap tu rasa dah tak tahan sangat. Ya! Allah… sakitnya. Rasa mengeras on and off setiap minit. Terknik pernafasan sangatlah penting yer bila contraction datang. Mulalah call mak kata nak bersalin dah. Mak terkejut. Masa on way nak ke hospital tu rasa macam jauh jer hospital. Pada hal dekat jer. Bila dak nampak bangunan hospital tu rasa lega sket. Alhamdulillah…parking pon senang dapat. Faham-faham lah parking kereta dekat hospital An-Nur dan Az-Zahrah tu...sentiasa penuh. 

Pukul 8.30 am


Sampai jer kaunter hubs terus daftar. Nurse tanya sakit dari pukul berapa? Aku cakaplah dari subuh tadi. Dan aku cakap aku dah tak tahan. Terus dorang bagi wheelchair tolak masuk labour room. Dan acara seluk menyeluk pon berlaku. Doctor Khamsiah sendiri yang seluk. Sekali…dah bukak 6cm…hamik ko. Nurse bagi uniform hospital. Pastu terus sumbat ubat montot. Bagi keluar segala isi perut dulu. 

Bayangkanlah… Sakit perut memulas nak berak dengan sakit perut nak bersalin bergabung sekali…hebat wei… Tersangatlah hebat… Dah membuang bagai, nurse pasang mesin CTG plak. Time ni aku dah tak tahan dah. Dalam tak tahan tu aku sempat SMS member office dan adik aku. Doctor pulak tak der sebab tengah monitor pesakit kat bilik sebelah. Nak bersalin juga tapi jalan masih belum buka sepenuhnya lagi. Nurse sibuk prepared barang-barang untuk aku delivery.

Pukul 9.00 am


Tengah sibuk nurse buat preparation. Aku rasa aku dah tak tahan nak meneran. Apalagi… Memang kelam kabut lah dorang panggil doctor. Sampai jatuh-jatuh barang. Dengan stand kaki baru jer pasang sebelah. Aku dah tak tahan sangat. Dorang suruh jangan meneran dulu sampai doctor datang. Mana lah boleh tahan wei. Tengah-tengah tak tahan tu, aku dengar bunyi ‘pop’… Air ketuban pecah dengan sendirinya dan doctor pon sampai tepat pada masanya dan bukaan dah buka 10cm. 

Fresh from oven

Ngam-ngam 10cm air ketuban pecah. Maka bermulalah episod teran meneran. Tengah push tu nurse cakap jangan angkat punggung. Erk…. Aku rasa macam aku tak angkat punggung pon… haishhhh... Dengan sekali ‘push’ yang sekuat hati, lahirlah Iman Qhalif Bin Husaini. Amanah ketiga dariNYA. Syukur Alhamdulillah…lega rasanya bila baby dah keluar. Hubs diberi peluang untuk potong tali pusat. Pengalaman pertama buat dia. Next time boleh sambut baby pulak... erkkkk... 


Rasa seronok yang tak terhingga bila doctor letak baby atas dada aku. Sihat sempurna dan cukup sifat. Unexpected baby. Kehadiran yang tak di jangka dan tak di duga. Dah nak masuk 5 bulan baru ibu tahu kewujudan kamu. Selesai jer baby keluar, Doctor mula godek-godek perut aku nak bagi semua darah-darah tu keluar. Pastu mulalah episode jahit menjahit. Sakit tu tetap sakit. Tapi rasa sakit bersalin mengatasi segala-galanya. Alhamdulillah… Tak banyak koyaknya. Dalam 3-4 jahitan kot. Selesai semua, doctor khamsiah menghadiahkan pelukan, ciuman dan salam tahniah. Memang best lah doctor Khamsiah nih.

Dr. Khamsiah (Hospital Pakar An-Nur)... Memang the best doctor.

Dah selesai semua, barulah SMS adik beradik, kawan-kawan dan juga member office. Memasing terkejut sebab dah bersalin… Cepat katanya. Mungkin sebab aku banyak berjalan dan naik tangga turun tangga itulah penyumbang kepada mudah bersalin ☺☺


Note: Draft bersalin anak ke 4 dah ada. Bersalin dalam kereta tu ☺



You Might Also Like

22 comments

  1. nak tipssss plssss...senangnya bersalin..jeles..hukhukhuk

    ReplyDelete
  2. seronok baca....comeynya baby...tak sabar nak baca yang bersalin dalam kereta tu

    ReplyDelete
  3. lama dah aku tak bersalin..
    lupa dah rasa..
    doakan aku mengandung lagi..huhu..

    ReplyDelete
  4. Adoi..tgok gambar ni terasa ngilu plak SA...

    ReplyDelete
  5. mmg best kan....dulu bersalin anak 1st pun dengan Dr Khamsiah ni, yg adik xsempat sbb Dr Khamsiah pergi buat umrah masa tu...time tengah sakit datang, ckp lemah lembut sambil urut2 tangan...dh bersalin siap peluk cium...She's the best..Tali pusat pun dia yang potongkan....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...tunggu kisah seterusnya...excited.

    ReplyDelete
  7. Aduhhh ngilunya bila baca pengalaman melahirkan anak. Haha. Tapi tak sabar nak baca yang seterusnya. Dalam kereta tu! Macam movie dah. Hihi

    ReplyDelete
  8. Hope you are doing well after giving birth to your newborn ❤❤❤

    ReplyDelete
  9. lama betul perap kak..sampai dah ade adek dah pon..kenangan nih.

    ReplyDelete
  10. Wah seronok mama baca.. semoga anak seterusnya pun mudah juga. Bila nak cerita bersalin dlm kereta Pula ye

    ReplyDelete
  11. Tahniah, saya awal tahun depan insyaAllah anak pertama

    ReplyDelete
  12. Pengalaman masing-masing kan.. Ada yang senang ada yang susah..

    ReplyDelete
  13. bestnya.. alhamduillah dipermudahkan bersalin.. nanti boleh la baca tips kat sini nanti.. hehe.. nak tau gak..

    ReplyDelete
  14. Bestnya ada tangkap gambar moment2 bersalin, boleh buat kenangan or tunjuk dekat anak-anak esok2. Kali ketiga mungkin dah tahu cara kan. hehehe Iday ni mengandung pon boleh, takut. Hahahaha

    ReplyDelete
  15. Pakcu tak pernah ada pengalamn, tapi nanti suatu hari akan melaluinya juga. thks yer, entri yang baik.

    ReplyDelete
  16. Takpalah simpan draft lama-lama, janji keluar blog. Boleh juga dibuat kenangan. Mudah juga ya Fiza bersalin tapi bab sakit tu memanglah sakit walaupun mudah aje bersalin katanya.

    Ni yang ketiga. Draft untuk yang keempat belum publish lagi. Ada hati ke nak prepare draft untuk yang kelima? Hahaha!

    ReplyDelete
  17. Alhamdullilah, dah 5 tahun dah anak ke 3 tu... Lama betul simpan cerita ni ek. Apa2 pun tahniah pengalaman seorang ibu yang melahirkan anak memang pengalaman manis dan berjaya diceritakan dalam artikel ni

    ReplyDelete

Popular Posts

Labels

Blog Archive