Pilihan Kasut Menarik Di Hypershoe KIP Mall, Bangi

Friday, October 20, 2017

Pilihan Kasut Menarik Di Hypershoe KIP Mall, Bangi | Iyer… Dekat Hypershoe. Kalau nak cari kasut, boleh cari di Hypershoe. Rupanya Hypershoe ni dah ditubuhkan sejak tahun 1996 lagi tau. Menawarkan kasut yang berkualiti dan terbaik untuk pelanggannya. Antara koleksi kasut yang terdapat di Hypershoe ialah Kasut Wanita, Kasut Lelaki, Kasut sukan, Kasut Kanak-kanak, kasut sekolah dan macam-macam lagi lah. Bukan itu saja, beg sekolah pon ada jugak. Kalau nak beli kelengkapan sekolah macam kasut, bag dan stoking, boleh terjah Hypershoe ni. Memang banyak Pilihan Kasut Menarik Di Hypershoe KIP Mall, Bangi.


Kalau korang nak tahu, terdapat 32 cawangan kedai kasut Hypershoe yang terdapat di sekitar  Lembah Klang dan baru-baru ni, saya diberi peluang untuk menghadiri majlis pelancaran kedai kasut Hypershoe untuk cawangan terbaru yang terletak di KIP Mall, bangi. Memang meriah betul lah. Sampai-sampai jer dah ramai orang. Semua rambang mata tengok kasut-kasut yang terdapat di Hypershoe ni sebab harganya yang berpatutan dan murah. Design pon cantik-cantik tau. Sampai tak tahu nak memilih kasut yang mana. Anak pulak sibuk nak beli beg sekolah.

Jenis Kasut Dan Sandal Yang Terdapat Di Hypershoe

Mix Point Dan MP Sport (Men)



Memang banyak jenis dan pilihan kasut yang terdapat di Hypershoe. Antaranya Mix Point yang katanya menepati cita rasa lelaki untuk segenap usia. Dengan rekaannya yang terkini dan selesa, kasut Mix Point Men ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mudah dipadankan dengan sebarang fesyen pakaian. Terdapat juga MP Sport untuk Lelaki dan MP Sport untuk Wanita

Antara sandal lelaki yang terdapat di Hypershoe. Banyak jugak pilihan tau. 

Bukan setakat kasut casual dan sandal jer. Kasut MP Sport (Men) atau kasut sukan untuk lelaki pon ada. Kalau husband, boyfriend or adik lelaki yang sedang mencari kasut sukan, boleh cari dekat Hypershoe. Banyak pilihan warna dan harga pon berpatutan.

MP Sport (Women)  

Pilihan kasut sukan untuk wanita. Siapa yang tengah cari kasut sukan tu. Silalah terjah Hypershoe. Menarik tau kasut sukan kat sini. 

Vetini



Vetini pulak kasut dan sandal untuk wanita dengan aneka warna dan rekaan. Setiap pasang kasut Vetini dilengkapi dengan lapik kasut yang lebih tebal untuk memberi lebih keselesaan pada tapak kaki. Dengan jahitan yang kemas dan kuat, koleksi baru Vetini lebih tahan lama, berkualiti dan berbaloi lah kalau korang beli.

Memang cantik-cantik koleksi kasut Vetini ni. Sampai tak tahu nak pilih yang mana sebab dah rambang mata sangat. Rasa selesa bila di pakai. Kalau nak cari kasut ke pejabat atau kasut casual, boleh beli dekat Hypershoe. Cari je Vetini.

MP Kids


Cute kan ☺

Banyak jugak pilihan sandal budak kat sini.

Kasut untuk budak dekat Hypershoe ni pon semuanya menarik tau. Ada pelbagai pilihan warna dengan gaya yang berlainan. Fesyen terbaru kanak-kanak yang 'trendy', selesa dengan aneka warna dan rekaan buka/tutup yang memikat hati si manja. Daripada kasut budak sampai lah sandal budak. Semua cute-cute. Kasut sekolah pon ada.

Kasut Pilihan Saya?


Memang tak tahu nak pilih yang mana sebab semua kasut dekat Hypershoe cantik-cantik. Tengok kasut tu, rasa nak. Tengok kasut ni, cantik jugak. Rasa macam  nak beli. Tapi kena pilih satu jer. Acaner ni? Pilih punya pilih, maka ini lah pilihannya


Ada anak kecik ni susah kalau nak pakai kasut tinggi. Susah nak kejar anak nanti. Maklumlah... Anak tengah melasak. Jadinya kita pilih kasut sarung ni. Sedap pakai sebab rasa selesa dan lembut jer. Harga pon tak ada lah mahal sangat. Cuma RM69.90 jer. Tapi berkualiti tau.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Hypershoe atau nak buat pembelian kasut secara online, Silalah layari laman web mereka di:
Website 


Facebook


Address

Hypershoe KIP Mall Bangi 
Lot M-02, M-03, M-04, M-05, G-05/2, 
KIP Mall Bangi, No 1, Jalan Medan Bangi, 
Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Cawangan Hypershoe lain 




You Might Also Like

16 komen

  1. wow..cuti2 jjck...tapi gaji bln ni dpt awal, x leh enjoy..uwaaa...bli kasut pun tunggu yes nnti sbb sekolah dah nak cuti, bli nnti2 utk thn depan plak..

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada banyk pilihan, xpe lah sementara anak nak besar pakai kasut flat jew tapil still cantik kasut fiza pilih tu

    ReplyDelete
  3. Mcm mcm jenis kasut yg ada. Geram tgk

    ReplyDelete
  4. seronokkan dapat shopping kasut. rasa macam nak pergi selalu. lagi-lagi kalau ada size hehe

    ReplyDelete
  5. Kita pun suka shopping kat sini memang banyak pilihan kasut semua best dan trending sangat sesuai dengan citarasa kita..

    ReplyDelete
  6. SA berkenan dengan 2-3 jenis kasut kat sini....rasa macam nak terjah sekarang je

    ReplyDelete
  7. Best kan - banyak pilihan pula masa pergi aritu. Nasib ada saiz yang sesuai plak. hehe

    ReplyDelete
  8. Makin jeles tgok ramai yg dah gi Hypershoe ni, nanti nak gi jugak lah...;D :D

    ReplyDelete
  9. bestnya...banyak pilihan...kalau saya kompem pening2 lalat nk pilih yg mana satu

    ReplyDelete
  10. Cantiknya semua kasut tu. Harga pun berpatutan. Kinah kalau cari kasut memang kat hypershoe je

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum Supermom, dah sampai Hypershoe di KIP Mall Bandar Baru Bangi ya. Dari gambar macam-macam kasut ada. Ada kesempatan ke arah Diamond Complex boleh singgah jenguk Hypershoe.

    ReplyDelete
  12. Menarik tengok koleksi kasut-kasut ni. Boleh jugak usha-usha nanti mana tau berkenan.

    ReplyDelete
  13. Cantik kasut fiza pilih tu..Saya pun tak suka heels2 bagai..sakit kaki..

    ReplyDelete
  14. Kedai kasut keluarga bermula dari kanak2 hingga dewasa.

    ReplyDelete
  15. Wowww banyaknya pilihan, rambang mata dibuatnya... Nak sepasang la kalau macam nie

    ReplyDelete
  16. pemilihan kasut yang sesuai memang penting untuk keselesaan nak pakai.. banyak jugak patern yang menarik ye..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive