Project Congo Bar

Friday, August 03, 2018

Project Congo Bar | Haritu Brownies Kedut, Harini kita cerita pasal Congo Bar pulak. Ni lagi satu antara resipi paling simple dan paling senang nak buat. Juga antara resipi yang dah lama terperam… hehehe… Bila mood mem baking dah datang kan. Mohon jangan di persia-sia kan mood. Terus masuk dapur dan ambil bahan-bahan. Kebetulan bahan-bahan pon semua ada. Tunggu mood on saja. Ni pertama kali juga nak buat Project Congo Bar. Dengan harapan semoga menjadi Congo Bar nya. Ok… jom kita mula:


Project Congo Bar

Bahan-Bahan


2 1/5 cawan tepung gandum (dua setengah cawan)
2 1/5 setengah sudu kecil baking powder (satu setengah sudu)
150 gm butter
1 1/5 cawan gula perang (satu setengah cawan)
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Chocolate chips dan kekacang
Kepingan badam (tak letak pun tak apa)

Cara-Cara


  1. Ayak tepung bersama baking powder dan asingkan
  2. Dalam bekas lain masukkan gula perang dan butter.
  3. Mix sampai sebati dan masukkan telur sebiji demi sebijik serta putar sebati dan masukkan. Ni pakai whisk pon boleh. Nak pakai mixer pon boleh. Ikut suka hati. 
  4. Masukkan tepung, baking powder serta garam yang sudah di ayak dan kacau rata
  5. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang
  6. Gaul sampai rata dan tuangkan adunan congo bar ke dalam loyang yang sudah digris pakai butter serta dialas dengan kertas minyak
  7. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam serta chocolate chips kalau anda suka sebagai hiasan
  8. Bakar dalam oven pada suhu 160’c selama setengah jam (30-40 minit) guna api atas bawah atau sampai masak
# Bergantung atas kepanasan oven masing-masing. Selamat mencuba

Untuk percubaan pertama ni... Menjadi kejadian Congo Bar ni... Alhamdulillah. Tapi tu lah, Terlebih rangup kat atas tu. Lepas tu tak berapa moist sangat sebab terlebih bakar. Nak tahu tak sebab apa terlebih bakar? Ada budak bertuah sorang tu pergi main timer oven. Di pulas nya bagi tambah lagi masa. Hairan juga sebab masa tengok timer tu dah nak habis masak. Sekali tengok... erkkk... Dah kenapa berubah kedudukan timer oven ni?


Memang tak syak lagi ini mesti kerjaan anak soleh Iman Harraz. Sebab dia memang suka main pulas-pulas button oven tu. Nasib baik lah ibu dia ni perasan. Kalau tak mau rentung my Congo Bar. Walaupon terlebih bakar. Tapi rasanya tetap sedap. Memang sedap Congo Bar ni. Makan pulak panas-panas. Anak-anak pon suka. Memang sekejapan jer habis. second time buat masa mertua datang. 

Kali ni rasanya much better dari yang lepas. Tak terlebih bakar. Rasa nya pon moist. Adik ipar pon kata sedap. Memang dok perati timer oven tu takut ada tangan kecik yang memulas lagi... hehehe... Bila dah pandai buat kek ni kan. Perasaan nak buat kek lagi tu membuak-buak tau. Nasib lah bahan-bahan dah habis. Kalau tak... Mau tiap-tiap minggu buat ni, Puas hati bila buat kek sendiri sebab kita boleh letak banyak mana bahan dan kekacang yang kita nak. Nak kena top up barang-barang baking. Bila teringin nak buat kek senang. Semua dah ada. Mana tahu lepas ni boleh meniaga kek.. hehe...

Note: Dah lama tak buat Carrot cake *wink*

You Might Also Like

7 komen

  1. wow... sedap sis fiza... thanks for sharing resepi... ada can nak buat... hehe

    ReplyDelete
  2. entah bilalah gaknya kita nak buat congo bar ni..tengok orang buat macam sedap je

    ReplyDelete
  3. sedapnya kalau makan petang petang ni

    ReplyDelete
  4. nak try laaa next week! selalu pandai makan jee, tak pena buat sendiri hehe

    ReplyDelete
  5. wahhhh cedap nie congo bar... tq fizah share resepi

    ReplyDelete
  6. fizq!! ni feveret aju ni, bolehla cuba nanti, sedapnya!!

    ReplyDelete


Baju Muslimah Kanak-kanak

Labels

Instagram

Facebook Page