Aneka Resipi Muruku Untuk Di Cuba

Wednesday, October 23, 2019

Aneka Resipi Muruku Untuk Di Cuba | Siapa yang tak suka muruku. Semua suka kot tak kira bangsa. Bila hidup dalam masyarakat yang terdiri dengan pelbagai kaum ni kan, uniknya dari segi makanan sebab ianya tak tertakluk pada satu bangsa sahaja. Masakan india, orang melayu pon makan. Masakan melayu, orang China pon makan. Masakan China, orang melayu dan India pon boleh makan. Tapi untuk kita orang Islam, kena lah pastikan makanan tu halal kan. Begitu lah uniknya kita. Bila tiba musim perayaan, kuih lah antara yang menjadi perhatian.


Tak lama dah lagi ni perayaan Deepavali akan di sambut. Mesti anda yang nak sambut Deepavali ni sibuk buat kuih kan selain sibuk buat persediaan lain. Tak lengkap Deepavali kalau tak ada Muruku. Kalau jenis rajin, memang buat sendiri je. Tapi kalau yang tak ada masa tu, beli saja lah. Saya tak pernah lagi buat murukku. Buat kuih raya saja lah pandai. Kalau ada yang terinign nak buat murukku sendiri, anda boleh tengok Aneka Resipi Muruku Untuk Di Cuba ni. Ada macam-macam versi resipi. Mana resipi yang senang tu, boleh lah try.

RESEPI MURUKKU


MURUKKU MELAYU

Ini tepung Murukku. (Sumber pic. by Google)

Bahan-Bahan

500g tepung muruku(1 kampit)
500g tepung ubi
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar biji lemuju(kat kedai india ada jual)
1/2 biji kelapa diambil 3 cawan santan (dimasak sehinggan terbit minyak dan sejukkan) 
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
acuan muruku

Cara Membuatnya

Satukan tepung muruku+tepung ubi dan rempah-rempah tadi, masukkan garam dalam santan kacau hingga larut..pastu masukkan kedalam adunan hingga jadi doh yang paling lembut. Panaskan minyak. Tekan acuan muruku kedalam minyak tadi Jangan kacau dulu biar seketika sebab takut patah. Goreng sampai kekuningan. Kalau nak pedas letak cili kering pun boleh.

MURUKKU MELAYU 2

Bahan-Bahan 

350gm gram flour - kalau kat Malaysia guna tepung murukku
200gm tepung beras
2 camb sesame seeds
2 camb serbuk cili (chillie powder)
2 camt serbuk kunyit
2 camt jemuju (caraway seeds)
2 camt garam
6 camb minyak masak
300ml air atau secukupnya
acuan muruku
minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya

Satukan semua bahan sehingga menjadi adunan yang lembut. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan muruku dan goreng dengan minyak yang banyak (terendam) sehingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Kemudian biarkan sejuk dan simpan ke dalam bekas kedap udara

Jemuju. 1st time dengar (Sumber pic. by Google)

MURUKKU 3

Bahan-Bahan

1 cwn tepung kacang kuda
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
2 sudu besar minyak sapi
3-4 sudu besar serbuk rempah tandoori/serbuk kari
Sedikit bijan
Sedikit jintan manis
Sedikit garam
Sedikit udang kering (dikisar menjadi serbuk)
Air suam secukupnya

Cara Membuatnya

1) Tepung kacang digoreng tanpa minyak sekejap dgn api perlahan dan diayak.
2) Panaskan minyak sapi hingga cair dan tuangkan ke atas tepung dan rempah-rempah tu. Gaul hingga rata. Barulah masukkan air secukupnya.
3) Uli hingga adunan boleh dipegang. Jangan terlalu keras sebab nanti susah nak guna acuan tu.
4) Panaskan minyak. Pastikan betul-betul panas barulah tekan adunan ke dalam minyak.Goreng hingga betul-betul masak dan garing. Kalau tak cukup garing, murukku kurang rangup dan tak sedap dikunyah. Simpan dalam bekas kedap udara.

MURUKKU 4

Bahan-Bahan

1 1/2 kg beras
1 paket tepung kuda 500g (cap Babas)
1 biji Kelapa (santan)
bijan
Omam
Planta 4 sudu besar
Garam

Cara Membuatnya

1) Rendam beras selama 2-3 jam.Toskan air beras sehingga menjadi kering kemudian blend beras sehingga menjadi tepung (gunakan blender kering)
2) Ayakkan tepung beras yang telah diblend tadi
3) Ayakkan tepung kuda juga
4) Sangai tepung beras yang telah diayak sehingga naik wangi gunakan api yang pelahan.
5) Sangai tepung kuda yang telah diayak sehingga menjadi panas sedikit
6) Sangai bijan & omam sehingga menjadi merah( jgn sangai sampai menjadi hitam nanti rasanya akan bertukar menjadi pahit)
7) Ayakkan sekali lagi tepung beras dan tepung kuda yang telah disangai tadi.
8) Masukkan tepung beras,tepung kuda,bijan,omam,planta dan garam secukup rasa dalam besen dan gaul rata.
9) Panaskan santan sekejap sahaja sehingga menjadi panas jangan sampai mendidih.
10) Masukkan santan sedikit demi sedikit ke dlm bahan2 yang telah digaul tadi dan uli sehingga menjadi doh.
11) Masukkan adunan doh muruku ke dlm acuan muruku
12) Panaskan minyak dlm kuali dan goreng muruku yang telah dibentuk tadi dgn menggunakan api yang pelahan.
13) Goreng muruku sehingga menjadi warna keemasan tapiskan minyak dan siap utk dimakan.😋

RESIPI MURUKKU MAK SAYA! (sumber MAHN)


Bahan-Bahan

500gm Tepung Muruku Babas
500gm tepung pulut
2 biji telur
2 biji bawang besar
2 sudu besar marjerin (cairkan)
Santan
Garam dan ajinomoto (optional) secukup rasa.
Daun kari

Cara Membuatnya 

1) Satukan tepung muruku dan tepung pulut.
2) Blend kan telur, bawang dan garam.
3) Satukan semua termasuk marjerin yang telah dicairkan..
4) Tuang santan sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli sehingga tidak lekat di tangan.
5) Masukkan ke dalam acuan dan goreng sehingga warna bertukar ke golden brown. Masa menggoreng masukkan daun kari.

Amacam? Agak-agak boleh buat tak? Mana yang simple tu boleh lah try. Tapi semua resipi ni macam senang je nak cari bahan-bahan nya. Teringin juga nak mencuba buat murukku ni. Tengok lah macam mana nanti. Kita simpan resipi kat sini dulu. Selamat mencuba semua ☺

Note: Happy Deepavali in advance ☺


You Might Also Like

0 komen


Labels

Instagram