MESIR Makin Bergelora

Wednesday, February 02, 2011

Malam smalam tengok berita TV3, memang makin bergelora kiris kat Mesir nih. Antara perbualan telefon ngan pelajar Malaysia kat sana mengatakan pelajar dari negara lain dah di bawa balik oleh kerajaan negeri masing². Pelajar Malaysia bila lagi? Ada ibu bapa mempertikaikan...takkan nak tunggu keadaan bertambah teruk baru nak bawa balik pelajar? Kerisauan ibu bapa nih juga bertambah bila penempatan pelajar nih dekat sangat dengan penjara. Takutnya...banduan banyak yang terlepas dan berkeliaran kan.

Bukan ibu bapa pelajar jer yang risau, seluruh rakyat malaysia pon risau juga. Semoga pelajar² Malaysia di sana berada dalam keadaan selamat dan di bawah lindunganNYA.

Info:
  • Keadaan di Mesir terus bergelora selepas ratusan ribu rakyatnya mengadakan perhimpunan raksasa mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.
  • Tentera mula berlembut apabila memberi jaminan tidak akan menembak penunjuk perasaan.
  • Kebimbangan ibu bapa lebih 10,000 pelajar Malaysia semakin memuncak apabila keselamatan anak mereka di laporkan semakin terancam.
  • Pelajar terpaksa bergelap mengelak sasaran penembak curi serta kejadian pecah rumah. Stok makanan dan kad prabayar semakin berkurangan untuk menghubungi keluarga di tanah air.
  • Kerajaan putuskan membawa keluar semua pelajar Malaysia di Mesir menerusi laut dan udara selepas keadaan bertambah meruncing.
Source: Utusan Online

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke?

Kalau nak tau lebih detail pasal krisis sebenar di Mesir, bley basa kat SINI

You Might Also Like

7 komen

  1. kerajaan kita tengah sibuk dgn pilihanraya kecil waktu itu...ahaaha...nampak sgt pentingkan diri sendiri, pemimpin akhir zaman.

    ReplyDelete
  2. kesian kan ddorang...moga dilindungi

    ReplyDelete
  3. AS: Tu lah. Dorang nak tunggu keadaan bertambah truk baru nak bertindak agaknya.

    ILA: Kesian kan.

    ReplyDelete
  4. moga dorang semua selamat la harapnya

    ReplyDelete
  5. kesian sangat dengan diaorg kan..mudah2an cepat kembali ke sini..

    ReplyDelete
  6. cpt2 laa k'jaan bawak mereka balik sini...

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive