Awas...E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar

Tuesday, March 22, 2011

Buat pembayar² cukai di luar sana, harap berhati² dengan email palsu yang di keluarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Macam² cara nak menipu orang skang nih.


Kalau tak bley nak baca surat tu, ni aku Copy and Paste.

E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin membuat penafian mengeluarkan email (HASIL refund-payment@hasil.gov.my) kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak di berikan bayaran balik sejumlah RM700.00 lalu mereka di minta klik kepada http://62.23.69.2/hasill.gov.my/index.php.htm yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka.

Di sini LHDNM ingin mengesahkan bahawa e-mail tersebut adalah PALSU dan merupakan aktiviti pfishing oleh pihak tidak bertanggugjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai.

Orang ramai yang menerima e-mail tersebut dinasihatkan untuk tidak membukanya serta menghapuskannya san dilarang memberikan sebarang maklum balas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.

Bahagian Keselamatan ICT, LHDNM telah bertindak pantas memaklumkan hal ini kepada Suruhanjaya Keselamatan ICT Malaysia bila mengesan aktiviti bermula semalam dan laman tersebut telah di pintas dan ditutup. ini adalah merupakan cubaan ketiga untuk menipu pembayar cukai.

Harap maklum bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin selamat dalam simpanan LHDNM. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan hal ini boleh di ajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mail callcentere@hasil.gov.my

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh : Mazlan Wan Chik
Pengarah Komunikasi Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 14 March 2010
Nombor Telefon : 03-6203 1380
Nombor Faks : 03-6201 2434
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
www.hasil.gov.my



You Might Also Like

4 komen

  1. memacam cara orang nak menipunie kan...

    ReplyDelete
  2. tq for the sharing... thanks dear singgah blog saya. nati tinggalkan link erk. senang nak singgah. blog list panjang sgt dah. salam kenal

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive