Dulu...Senang, Sekarang...Susah

Wednesday, February 15, 2012

Kalau sebelum nih selalu dengar kawan² dok citer pasal perihal anak yang susah betul nak bagi makan ubat. Skang ni kena kat batang hidung sendiri. Semalam terpaka Emergency Leave. Anak dara tak sihat. Hari senin petang orang nursery dah SMS, badan qahirah panas. Alahaiiiiii...aku kalau bab² anak demam ni memang lemah sket lah.

Balik kerja petang tu trus gi klinik. Sora qahirah pon dah start serak² ngan batuk lagi. Malam tu start...asal batuk jer muntah, banyak kali gak lah. Tido pon tak lena. Esoknya kesiangan. Nak hantar nursery tak sampai hati...EL jer lah. Anak is priority kan. Yang tak bestnya...demam nya on and off. Kejap² ok, pastu kang tetiba panas balik.

Time nak bagi makan ubat adalah sangat mencabar. Kalau dulu senang jer nak bagi, skang ni bukan maik susah lagi. Banyak kluar dari yang masuk. Nak kena pegang tangan, kaki dan kepala. Nangis² di buatnya. Semalam betul² mencabar emosi aku, susah betul nak bagi makan ubat, aku handle sorang smalam. Apalagi...psychology lah kan, buat tak tau jer...dia nangis guling² pon aku buat tak heran. Sedih pon yer gak, tapi hati kena kering lah kan. Dah lelama tu baru pujuk. Alhamdulillah...petang tu masa nak bagi makan ubat senang jer. Pagi ni pon ok dah. Tak de lah melekit² lagi.

Maafkan ibu yer sayang. Ibu marah sbb ibu nak awak cepat² sembuh. Tak senang ibu nak kerja kalau awak masih tak sihat. Pagi ni pon rasa berbelah bagi nak gi kerja. Semoga anak dara ibu cepat² sembuh.

Nota: Vitamin apa yang sesuai untuk budak setahun ke atas yer selain dari susu ibu. Madu boleh bagi ker? Qahirah pon dah start campur susu. Nanti aku citer sebab apa, sedih sangat². Lepas campur BF + FM nih dia agak kerap tak sihat lah...huhuhuhuhu...

You Might Also Like

23 komen

  1. Aduh! Mmg la Fiza. Sy klu nak bg mkn ubat kat Aydin, selalu pujuk mcm tu. Mommy syg awak. Bukan saje2 nak pakse bg ubat kat awak. Adehh!

    ReplyDelete
  2. dulu kecik2..kaki kene pgg dgn abh..mak kat pale smbil suap ubt..haha

    ReplyDelete
  3. Nieza lebih percaya cara org dulu2 iaitu bagi madu, zulaikha mmg tiap2 pagi bagi madu khaula sblm pi nursery, tak leh makan direct bancuh dalam botol. Sekarang ni derang dah masuk tadika bagi jus tok guru jerk.

    ReplyDelete
  4. yang si alisha ni pulak.. sk makan ubat.. bkn setakat ubat.. minyak kelapa dara saya tu pun dia boleh minum.. hari2 dia mintak nak minum.. adoiiii....

    btw, moga ank dara fiza tu cpt sembuh.. emmm sy pun xtaulah vit apa yg sesuai..

    ReplyDelete
  5. @Bitt (double IS): TU lah masalahnya, klo mkn buah & sayur ikut mood.

    ReplyDelete
  6. @Pok Amai-Amai: Kan fara, geram tau, kita nak dia cpt sembuh. Skang ni dah tau mcm mana nak buat dah, senang sket ☺☺

    ReplyDelete
  7. @CIK MAY: Qahirah bley gang ngan cik may ☺☺

    ReplyDelete
  8. @Nieza Ishak: Nak kena beli madu khaula lah. Mkn ubat pon tak elok sgt kan.

    ReplyDelete
  9. hahahha, aku paksa je. kalau letak dalam susu, dia boleh rasa, sama juga. silap2, susu pun terbuang ke sinki.

    so kena paksa. sorang pegang kaki tangan dia. sorang bukakan mulut dia dan masukkan ubat.

    tapi tu dulu la. sekarang nie dia tadah mulut je kalau terpaksa makan sebab dia pun tau tak selesa bila dah sakit

    ReplyDelete
  10. @IntaNBerliaN: Hehehe...klakar lah alisha ni, sampai ubat ibu pon nak minum yer. Senang nya mkn ubat.

    ReplyDelete
  11. hehe..bebudak mmg payah nk makan ubat..tp kalo ubat air ada yg ske jge kan :)

    ReplyDelete
  12. amboi qaira susah jugak nk bg makan ubat ye, tak padan ngan tecit heheheh, try tgk minyak ikan qod yang liquid tu, vitamin gak tu fiza...pastu fiza pon kene makan vitamin tau, nnti qaira BF khasiatnya dpt kat qaira gak, susu lebih berkualiti

    ReplyDelete
  13. ekkeke memang mencabar dik
    nak2 skrg nie musim demam dan selesema nie .. sian kat budak2 kan .. kena banyak bersabar lah ye dik ..

    harap qhahirah cepat2 sembuh ..

    ReplyDelete
  14. Salam,
    Anak2 kecil susah makan ubat , boleh jugak difahami. Tapi kalau yang dah besar ni, macam mana ? Ubat Antibiotic mesti dihabiskan.

    ReplyDelete
  15. dulu time sami kecik susah gak dia nk mkn ubat.. dia xnangis la tapi dia cm xmo layan sgt.. ropenye baru pasan ubat tu simpan kt peti es so sejuk.. tu yg dia xsuka tuh.. skang ok aje mkn ubat ermm siannye qaira!!

    ReplyDelete
  16. taktaula advice apa nok..tp ahmad selalunya kitorg bagi makan buah la..okla sket.,.pastu kalo selsema tu bagi byk2 minum air oren atau buah oren.ahmad lagi azab nak makan ubat.kena kepit ngan kaki dek bapaknya..maknya tukang sumbat ubat..kalo dah jgn harapla dia nak mkn sensenang gitu..

    ReplyDelete
  17. hello, who would win in the Champions League? Barcelona or Real Madrid?
    [url=http://medsonlinenoprescription.net/category/anti-depressants]buy antidepressants[/url]

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive