Dugaan lagi...ACCIDENT Petang semalam

Thursday, August 16, 2012


Kemek...sedihnya nengok :-(

Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya kan. Alhamdulillah...saya bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas dimuka bumi ini. Semuanya berlaku dengan pantas. Saya pon tak dapat nak describe macam mana bley terjadinya accident tu.

Kejadian berlaku dekat tol Sungai Ramal. Masa tu on the way nak amik anak². Sebelum tu dah rasa macam tak sedap hati. Ntahlah kenapa. Tak lama lepas tu, masa nak sampai tol tu...'kebabom'...saya dah langgar kereta MYVi depan. On the spot saya tersedar. Kalimah Allah memang tak lekang dari mulut. Perasaan saya masa tu...hanya DIA jer yang tahu. Berdebar²...badan menggigil/menggeletar. Ya! allah...apa aku dah buat ni? Tetiba jadi blank.

Myvi yang cedera

Berhenti kat tepi jalan. Settle apa yang patut. Owner MYVi tu pon ok. Tak der lah nak melenting ker apa kan. Berkali² aku minta maaf. 1st time accident sepanjang saya memandu nih. Rasa seriau nak memandu pon ada ni. Malam tu, si dia jumpa owner tu sebab nak hantar keta dia gi bengkel.

Apa² pon saya bersyukur sangat² sebab masa kejadian tu anak² tak der dalam kereta. Alhamdulillah, saya, owner MYVi dan isteri tak cedera. Rupanya wife dia tengah pregnant 2 bulan. Ya! allah...pasti saya akan rasa bersalah kalau terjadi apa² kat kandungan dia. Alhamdulillah juga, even keta kemek, tapi masih bley berjalan lagi.

Peringatan buat diri sendiri dan kawan² diluar sana. Berhati² dijalan raya. Tak boleh nak jalan jauh lah raya nanti. Nak hantar bengkel macam tak sempalt pulak. Iyerlah...orang sibuk nak raya kan. Kelam kabut plak nanti. Kang hasil tak memuaskan. Si dia cakap nak hantar lepas raya. Hantar kat bengkel kawan dia. Ada gak org bengkel datang masa accident semalam. Biasalah...org² macam ni, klo ada accident cepat jer dorang dapat tahu. Katanya sebelum raya boleh siap. Kos plak dalam RM800.00. Tu belum campur kos untuk kereta MYVi lagi. Hurmmmmm...

Duit boleh dicari, tapi nyawa...tiada galang gantinya. Mungkin ini ujian dan dugaan dariNYA.

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Note: Rasa sedih nak sambut raya. Hilang segala mood. Gone with the wind.



You Might Also Like

24 komen

  1. MMG LA TAKDE MOOD LAGI NAK RAYE..RM MELAYANG..KETE KEMEK....

    ReplyDelete
  2. itulahkan..pasti ada hikmah..
    kty pulak accident awal ramadhan aritu..
    kalo ikut kan mmg fobia nak bawak kete.tp kalo tak bawak.mcm2 urusan nak kena buat..

    selamat hariraya fiza..

    ReplyDelete
  3. sabarla fiza...dugaan di bulan puasa...alhamdullilah semua selamat....betul kata fiza setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..Insyaallah...

    ReplyDelete
  4. dugaan nie akak, sabar byk2.. nasib baik xde yg buruk berlaku..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah semua xpape.. btl kak, nyawa xde gntinya.. pasni akak kena lbh berhati²..

    ReplyDelete
  6. nasib baiklah tak pape.. kereta jer kemek ... nak raya ni kene hati²...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah Fiza, macam mana boleh accident nie? Sabar la ye. Semua tu dugaan. Alhamdulillah semua yang terlibat tak cedera

    ReplyDelete
  8. alahai, dugaan penghujung ramadhan, yg penting fiza dan org tu tak ada apa2

    tulah kan, lepas ni kena lebih hati2 ye bila memandu, selamat hari raya * maaf zahir batin ye sepanjang perkenalan kita

    ReplyDelete
  9. Ya Allah, mujur tak serius..lepas ni kena lebih berhati-hati..

    apapun, selamat hari raya dan maaf zahir batin ye..

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, terkejut baca... huu huu. Bab-bab eksiden nie mmg buat rasa seram sejuk je mendengarnya.

    Alhamdulillah, yg penting Fiza dan driver Myvi tu selamat. Sabar ye Fiza...dugaan di bln Ramadhan, ada hikmah di sebalik nya, insya'Allah.

    ReplyDelete
  11. sabar ye. semua dugaan pasti ada hikmahnya. semoga awk tabah hadapi dugaan. baru2 ni pun saya ada mengalami situasi yg sama, tp org calarkan kereta sbb dengki. tu pun dh kena dekat 200. sedih sbb duit melayang mcm tu je. huhuhu

    ReplyDelete
  12. sabarlah fiza..ada la hikmah nya tu...jgn takut nak bawak lg nanti susah ko nak ke sana ke mari..tenang2kn diri, jgn nk salahkan diri ko sgt, bukn kita mintak benda nak jadi. so happy2 ye, jgn sedih2..enjoy ur raya

    ReplyDelete
  13. memang seriau eksidenni.. kalau dah selamat semua ok tapi lepaihtu fikir pasal duit lak...

    ReplyDelete
  14. Dugaan raya..mmg xde mood nk beraya klu kete kemek, budget raya lari..huhu..apa2 pun nyawa lg penting dari segalanya

    ReplyDelete
  15. Salam Fiza,

    Kereta kemek sket, tak apa. Mujur Fiza takde ape2. Same goes to the couple. Allah melindungi.

    =D

    Kenapa takde mood nak raya? Tak pe, raya tu pasti datang jua utk thn2 mendatang. Yg penting, Fiza dan anak2 di sisi.

    Walau apapun, Fara nak ucapkan byk2 tq sbb msh igt Fara walau dah lama sgt tak update blog. Heeee~ Salam Aidilfitri utk Fiza dan keluarga. T sampaikan peluk cium utk anak2 ya?

    =D

    ReplyDelete
  16. tumpang bersimpati. syukur x de pape yg serius. salam aidlifitri & salam syg utk anak-anak fiza.

    ReplyDelete
  17. Syukurlah tak ada yg serious.. Sedih juga sebab nak raya kan fiza...

    Selamat Hari Raya dari kakak ye:)

    ReplyDelete
  18. Takpe Fiza... Yang penting semua selamat... Rasa berdebar2 baca coretan awak ni... Moga ALLAH lindungi sentiasa... ameen...

    ReplyDelete
  19. simpati..dugaan yg menambah kekuatan diri kita...take care

    ReplyDelete
  20. x perlah dikk
    dugaan nie
    semoga kuat ok ..
    x per .. duit yg kuar akan diganti dgn rejeki lain .. insyaallahhh ;))

    ReplyDelete
  21. dugaan beb..insya Allah, ade rezeki lain tu..

    nasib baik ko & derang tadek ape2.. and owner myvi tu pun tak melenting ape kan.. aku kalau accident ni, mintak 1 jek, janganlah ade tercedera atau pun terkena dgn org yang melenting tak tentu pasal..seriau laa kan? ko take care k beb

    ReplyDelete
  22. dugaan... tu la, duit blh cari kan.. nasib xda pe2..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive