MAMEE CHEF – MELAKA FACTORY VISIT

Saturday, June 14, 2014

MAMEE…Siapa yang tak kenal dengan produk mamee ni kan. Jenama produk yang terkenal dan telah lama bertapak di Malaysia. Antara produk yang ditawarkna adalah Mamee, Mamee Monster, Mr potato, Cheers, nutrigen dan macam² lagi lah. Dalam penyelidikan data yang dilakukan oleh Kantar WorldPanel baru² ini telah menunjukkan bahwa daripada 5.7 juta jumlah isi rumah, mamee instant noodle telah manjadi pilihan 4.2 juta pembeli di Malaysia…wow…

Geng² blogger yang terpilih. Kita bergambar dulu sebelum masuk kilang MAMEE

Seperti yang diwar² kan dalam entry [INI] dan [INI], baru2 ni aku telah berpeluang melawat sendiri ke kilang mamee yang terletak di Melaka. Menyaksikan sendiri bagaimana produk mamee seperti snacks dan instant noodle di proses dari awal hinggalah proses pembungkusan. Bukan itu saja, dapat jugak tengok proses mee Tarik secara live. Daripada doh sampailah di uli jadi mee tarik. Meh tengok nih:

Camera dari Samseng TAB saja
Tukang buat mee Tarik ni memang datang dari China. Ianya di panggil [Teknik La Mian]. Dikatakan bermula di China pada abad ke-15 iaitu daripada etnik Hui yang ada di bahagian barat laut China, iaitu Xinjiang, Ningxia, Shaanxi, Gansu, dan Qinghai. Secara etimologi, ia bererti menarik atau meregangkan dan mian ialah mi. Keistimewaan cara pembuatan mi ini adalah dengan cara diadun, diregang, dilentur dan ditarik bagi menghasilkan untaian serta ukuran halus dan kenyal. Memang agak rumit nak membuatnya.

Memandangkan cara pembuatan mee tarik yang agak rumit dan mustahil untuk dihasilkan dengan kuantiti yang banyak dari sepasang tangan manusia…cewahhhh ayat haku. Mamee Double-decker telah melabur sebanyak RM80 juta untuk sebuah mesin yang boleh menaghasilkan mee tarik yang prosesnya sama seperti teknik la mian. Mamee Double-decker percaya dengan teknologi yang serba canggih, tak mustahil teknik La Mian dapat dihasilkan dari sebuah mesin yang dapat meningkatkankan lagi rasa mee dan menjadikan tekstur mee menjadi lebih kenyal.

Lepas tu ada demo masak memasak plak. Bau dia…perghhhhh…manusuk hidung. Sedap betul baunya.


Ok…skang kita tengok proses penghasilan snacks mamee dan juga instant noodle:

Proses demi proses:

1. Mixing
2. Rolling
3. Slitting
4. Steaming
5. Cutting
6. Seasoning Shoe
7. Frying
8. Cooling
Dan proses yang terakhir adalah Packaging 

Untuk pengetahuan semua, Mamee double decker dan juga mamee chef telah memenangi beberapa anugerah. Antaranya 
  1. Mamee Chef Curry Laksa rated Top 10 Best Instant Noodles in the World for 2014 by Theramenrater.com,
  2. Putra Brands Awards Bronze Recpient 2014 under Food Stuff Category
  3. Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient
Dan Mamee telah melancarkan produk baru iaitu Mamee Chef  dengan kerjasama dari chef selebriti, Datuk Chef Ismail. Pes Mamee Chef ‘s Thai Tom Yam dan Curry Laksa  dihasilkan menggunakan ramuan segar dan rempah ratus asli yang mampu menguasai hati semua bangsa di Malaysia. Mamee chef juga disertakan dengan pek ramuan tambahan iaitu cebisan sayuran dan juga udang bagi menambah lagi kelazatannya.

Bagi yang masih ragu2 dengan produk mamee dan juga Mamee chef, anda tak perlu risau kerana ianya telah mendapat sijil halal JAKIM dan anda boleh check sendiri [DISINI]


Ok…dah selesai kita melawat kilang Mamee, kita ker Mamee Jonker House plak yang terletak di Jonker Walk. Aku pon baru tahu tentang kewujudan kedai Mamee Jonker House ni. Kalau uols ker Jonker Walk, jgn lupa singgah sini. Meh layan gambar.

Kedatangan kami di sambut oleh Mamee Monster. Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE ☺☺

 

Antara barang² yang dijual disini. Ada cafe juga. Memang best lah. Sambil shopping boleh makan. Dan Antara aktiviti² kitorang kat sini:


Berkretiviti dengan mamee cup nih. Kita main color². Pastu kita buat mamee ikut citarasa sendiri. Yang ni expired date sampai 16 June 2014 jer sebab tak buat kat kilang…hehehe… Memang best lah lawatan ke kilang Mamee ni. Bila kita dapat tengok sendiri cara² mamee diproses. Satu pengalaman indah yang tak kan dilupakan. Dan juga:

Dapat bergambar dengan orang kuat Mamee ☺


Last but not least. Thanks for the goodies bag and note. Terima kasih juga buat nuffnang kerana memilih saya untuk Lawatan ke Kilang Mamee. Untuk maklumat lanjut dan juga info² lain, boleh layari www.mamee.com dan juga "LIKE" Mamee Chef @ www.facebook.com/mymameechef
-         

You Might Also Like

36 komen

  1. event tuari ea...memang suka dengan product mamee,bila tengok nie,rasa selamat makan semua product keluaran mamee kan

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya Fiza dapat melawat kilang Mamee ni.. kalau anak2 akak ni mesti teruja nak pergi sini.. :)

    ReplyDelete
  3. wahh.. rupanya ada jugak ranking mee segera dunia ya.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. dapat ilmu, dpt kenalan baru..best2

    ReplyDelete
  5. Pengalaman yang sangat menarik dapat tgk sendiri cara Mamee dihasilkan…

    ReplyDelete
  6. Salam K.Fiza..

    uuu..anak2 suka snek mamee tu..cma pernah rasa mee tarik..sedap2...

    ReplyDelete
  7. Woww... terkelu sekejap tengok keseronokannya... mesti byk menda baru yg fiza dapat pelajari/alami kan...

    ReplyDelete
  8. Bestnyerr terpilih dan dpt pergi..
    Seronok tuu

    ReplyDelete
  9. pergi yer . jeles sih . saya x dpt pergi sbb email masuk spam . lambat cek ...

    ReplyDelete
  10. seronok dpt join, klu x boleh together2 hehe

    ReplyDelete
  11. Bestnya..ramai jugak blogger yang ikut sama ye..gambar tecik sangt..tak jelas..heheh..:p

    ReplyDelete
  12. Caya lah kawan aku.. satu lawatan yg best ni.. nxt time kalau ada offer dr nuff lagi aku to spend my time.. hari tu x dpt join sbb aku kerja.. huhu..
    Nway entry mamee ni best.. at least aku dpt jg tgk beberapa proses pembuatan mamee wpun x dapek join..
    gud job babe..

    ReplyDelete
  13. SAYA DAPAT JEMPUTAN JUGAK.. TAPI TAK PERGI PASAL ADA KENDURI KAWIN KAT KL.. KALAU TAK BOLEH JUMPA HARI TU.. KILANG MAMEE DENGAN RUMAH SAYA PON TAK JAUH.. :)

    ReplyDelete
  14. Bnyak pengalaman ilmu yg diperolehi kan.. thanks sharing ye Fiza.. :)

    ReplyDelete
  15. fiza, pos cup moster blue kat kita pun tak pe.. nak way kenangan..

    ReplyDelete
  16. alaaa aritu pegi melaka tak tau pon ada jonker house ni..ada jer pi jonker walk..kalo up entri ni awal skit sempat gak singgah..huhhuuu.. pepon nampak happening giler..sumer pon sporting..

    ReplyDelete
  17. Memang terbaik Mamee ni..best Fiza dapt join aktiviti ni...byk benda baru yg kita dapat tau kan ttg Mamee..:)

    ReplyDelete
  18. dapat goodie agg ! tuh yang bestt .. hehee ~ best nya kalo dapat pegi hari tuhh.. jauhh sobb..sobb.. >_<

    ReplyDelete
  19. waaahh!! pegi kilang mamiiii!!syoknye...

    Dah follow =) follow me back ye kalau sudi ^^

    http://butikgebugebu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. seronokkan..banyak bawa balik mamee...hehehe

    ReplyDelete
  21. best gile... aktiviti menarik semua. Mamee Chef tu saya baru je try minggu lepas. Sedap. Rasa cam tomyam kat kedai. Siap ada udang dgn sayur kobis.

    ReplyDelete
  22. Hi! nice post..great fun day for all of us!

    ReplyDelete
  23. bestnyer ! dah macam zaman sekolah dulu pulak pegi kilang buat lawatan..hehe

    ReplyDelete
  24. Wah bestnya kak..Mamee Jonker House tue nampak klasik betul.. hehehe =D

    ReplyDelete
  25. kalau macam saya tak pernha ke sana ni boleh ker pegi ke sana? heee..suka tgok cenderati yg atas tu heeee

    ReplyDelete
  26. wah bestnya... saya dapat tp xpegi... jauh.... hihi

    ReplyDelete
  27. SERONOKNYA DAPAT PG KILANG DIA.. DAPAT TGK SENDIRI .. CARA DIA OR BUATKAN.. SY SUKA MAKAN MAMEE YG BBQ TU KRUK KRAPPP KRUKK KRAPP SY MAKAN

    ReplyDelete
  28. sayangnya terlepas pandnag email mamee hri tu.huhu

    menarikkan dpt tambah ilmu.
    dlu dlu suka makan kopok mamee tu..

    mee tarik mamee mmg sedap sbb ianya kenyal.. kat rumah ni pon byk stok cik abe beli.. ada perisa itik, kari & yang plastik hijo tu..

    ReplyDelete
  29. besnyaaaa... comel2 kartun2 kt situ. lama xmakan keropok mamee. baju biru tu sweet sangat.

    ReplyDelete
  30. suka sgt snack mamee monster tu...tk tau ada kilang ni kat jonker walk,,,klu x leh pi masa g melaka ritu,,,cam best je melwat kilang tu

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive