LESEN MEMANDU | Dah SETAHUN EXPIRED Rupanya!!!

Wednesday, July 09, 2014

Phewwwww...ramai betul orang kat pejabat pos harini. Lama gak lah beratur. Dekat 30 minit. Penat #makbanyakanak ni tau. Kaunter ada 4. Tapi yang bukaknya 2 sajork. Tetiba ternampak banner pasal lesen memandu baharu boleh renew kat pejabat pos. Pastu aku pon mula lah belek balik document yang diperlukan. Erkkkk...apsal lesen expired tahun 2013 nih? Mana lesen yang dah expired 2014??? Ok...aku dah cuak.

Dok fikir² balik. Ada ker aku renew last year? Cari² lagi kat dalam wallet. Tahun² sebelum ni ada. Tapi tahun ni yg sepatutnya expired nan hado. Sah....memang SETAHUN aku tak renew lesen memandu...ppfftttttt...Kelupaan tahap maksima dah ni. 

Gambar tu crop yer. Sebab gambar IC tak berapa nak cantik ☺

Sampai kat kaunter dia minta lesen yang dah expired. Aku cakap apa tau "Entahlah...tak jumpa plak. Yang dah expired tahun 2013 ni ada lah". Sekali dia check dalam system. Memang tak der pon sebab tak renew...hehehehe...Pada hal dah tau tak renew lesen. Nak cover sebenarnya. 

Memang careless betul lah. Alhamdulillah sebab dalam tempoh setahun ni tak pernah kena tahan dengan abang polisi dan JPJ lagi. Saman pon dah check. Memang aku pemandu yang berhemah sebab tak der saman...alhamdulillah lagi dan minta dijauhkan lah dari kena saman. Uols....sila check lesen memandu memasing yerp. Bila tarikh luputnya. Jangan jadi macam iols yerp. Dah setahun baru nak renew lesen.

Nak tambah sket. Kalau nak renew lesen baru tu. Make sure gambar IC kasi cun sket. Kalau belum tukar IC baru, silalah tukar. Sebab lesen memandu ni dia amik gambar dari IC. Disebabkan aku masih belum tukar IC baru. Maka redho lah pakai gambar lama...huhuhu...

Note: 1st time renew lesen sendiri sebenarnya. Sebelum ni En. bos yang buat ☺



You Might Also Like

55 komen

  1. mujur xde apa2 yg berlaku kak..cantikla lesen baru skrg nie.

    ReplyDelete
  2. Kak, nasib baik lerr... sy pon penah terlupa beberapa bulan, seb baik belek2 purse kalo tak memang setaun jugaklah tak renew hihii...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum fiza...bahaya tu dlm setahun x ada lesen memandu nasib baik x ada apa2 yg berlaku...:)

    ReplyDelete
  4. dasyat la akak..blh lak lupa ye..hehehe..

    sy bru nk tnye psl gmbr tu.. :P

    ReplyDelete
  5. salam k.fiza..
    hehe.berat nanang.. :p
    cantik kad lesen yg baru ni.. ^^

    ReplyDelete
  6. buat kat mana.. nak kena g renew gak ni

    ReplyDelete
  7. lol, setahun tak renew...nasib tak kena ditahan polis atau JPJ...

    ReplyDelete
  8. betul2 kelupaan tahap maximum nih ...

    ReplyDelete
  9. hahaha pestime dgr lewat setahun..dhsyt tol

    ReplyDelete
  10. biasa lah bila dah jadi #makbanyakanak ni... Saya pun pernah lupa renew lesen... dalam beberapa bulan jugak... hihihi
    Dah cantik lesen memenadu skrang ni.. mcm IC jer... macam lesen UK pun yer..

    ReplyDelete
  11. Peringatan buat semua jugak tu.. .jangan lalai nanti kena saman ...

    ReplyDelete
  12. Hahaha... terus check lesen gak... perghhh nasib lambat lagi 2015... :D idah selalu renew 3 tahun sekali... sebab kes nyanyuk gak laaa... :D

    ReplyDelete
  13. Renew untuk 5 tahun terus la kak... ����

    ReplyDelete
  14. Lesen aku exp bln 10 ni ... boleh tahan ko noks sampai sethn x renew lesen .... :)

    ReplyDelete
  15. Lesen aku exp bln 10 ni ... boleh tahan ko noks sampai sethn x renew lesen .... :)

    ReplyDelete
  16. hahhaaa apo nak jadi la... nampak nau banyak sangat sambut birthday la ni kan hehehee.

    ReplyDelete
  17. setahun?? rasa kelakar plak psl lama sgt tu..anyway salam ramadan

    ReplyDelete
  18. Saya buat lesen memandu untuk tempoh 5 tahun, lama nak expired. Setiap 5 tahun baru renew. Sekarang mudah, Kerajaan Malaysia laksanakan tempoh expired lesen memandu ialah pada hari birthday. Hari birthday, terus check lesen pastikan tarikhnya sudah expired atau belum. Happy belated birthday buat Fiza Rahman :)

    ReplyDelete
  19. renew aje terus utk 3 tahun senang fiza, setakat ni tak pernah kelupaan lagik ngeee

    ReplyDelete
  20. adoiii lamanyerrrr..ni dah sah2 tak cek langsung lesen kan?? tau pandu jer..hahhaaahaa..
    nasib baik tu dok ada lagi..
    memang berhemah sungguh ni..

    ReplyDelete
  21. hehehe...nasib baik tak kena tahan dgn sesape..

    ReplyDelete
  22. hahahahaha.. pecah rekod nih.. setahun memandu tanpe lesen. hahaha.
    kalo x sedar mmg kita tak takut kan.. cuba kalo kita tahu yang lesen kita dh mati.. konfem cuak kan!

    ReplyDelete
  23. perghh sempoi la LESEN baru Mama nooo sempoiii oooo

    ReplyDelete
  24. hahaha mmg kaudu lah kau Bedah.. setahun tak ada lesen..
    ehhh skrg kan lesen ikut date birthday.. means kau dah tak boleh lupa lagi dah bila date lesen kau meninggal.. aku haritu renew 2 days lambat lepas besday kena denda terus dia suruh buat 2 tahun.. phuiii

    ReplyDelete
  25. umang aiiii setahun fiza? hahahah lieya dulu 3-4 bulan....ingatkan paling teruk dah tu...ni setahun tuu haahahaha....mujur laa takde kene saman hahaahah...tapi dok putrajaya jarang ade roadblock so selamat le sikit heheheehe...

    tu laa baru nak tekejut tgk pic fiza cantik gile.....rupenye pic crop yeak haahahah...tertipu tepah!

    ReplyDelete
  26. bahaya kalu kena tahan dengan pak cik misai jpj

    ReplyDelete
  27. kita buat smpai 2020 dah.. ha..ha..
    tp kalau buat kt jpj cntik.. laki kita punya cm ic..

    ReplyDelete
  28. Memang tahap gaban...setahun lupa nak renew nih! hehe... Tapi betullah...sejak tarikh tukar ikut tarikh lahir ni makin tak ingat pula!

    ReplyDelete
  29. Saya baca entri nikan, saya gelak siap-siap kat diri sendiri. 4 tahun lepas saya lupa renew lesen beberapa bulan. 2 tahun yang lepas macam deja-vu pulak, saya terlupa sekali lagi beberapa bulan. Tapikan, tahun ni saya buat-buat lupa jek. Selamba je memandu dengan lesen dah expired. Sebabnya - saya nak buat IC baru tapi takda masa bulan puasa ni. Malas pun ya juga. So, lepas dah dapat IC baru nanti barulah saya renew lesen yang dah expired tu. Hehehe...rileks je kita. Kalau kena saman nanti, jangan meroyan sorang-sorang. Sendiri yang salah :)

    ReplyDelete
  30. Lahawlawala... nasib baik tak kena tahan JPJ kalau tak sah-sah kena saman Fiza ni tau...

    ReplyDelete
  31. sibuk sgt tu sampai terlupa nk renew lesen yer fiza...

    ReplyDelete
  32. lesen saya, masih guna masa saya apply lepas SPM tu...hahaha..setiap kali renew, cuma update yg slip tu aja :P

    ReplyDelete
  33. hahaha..kes lupa melampau ni...dah setahun tu... :)..noe lesen mati bulan 7 ni

    ReplyDelete
  34. Lama betul baru sedar dah expired lesen tu. Hehe. Alamak.. Kena tukar IC baru dulu la baru boleh tukar lesen macam ni kan.

    ReplyDelete
  35. Nasib baik tak pernah kena tahan kan. Kalau kat tempat kawasan Mieya ni. Hampir setiap petang, ada sahaja roadblock

    ReplyDelete
  36. patut lah pelik tadi gambo lesen bole ngiring gitu, ihik
    btw selamt dah daapt lesen canggih..
    akak punya still yg lama..tunggu besday next year :)

    ReplyDelete
  37. Ya Allah sabar je la fiza ni... hahah nasib baik xditahan polisi...bahaya betul...btw sekarang lesen renew tarikh besday kita kan? So senang sikit la nak ingat kot...

    ReplyDelete
  38. Adehhh... nasib lah ingat. Klu tak mau betrahun2 jadinya nanti huhu.. :D

    ReplyDelete
  39. pi renew kalau lamabt kena denda.kes saya dah lama tak reneun bertahun last amik lesen balik.kerja gila masa tu ...

    ReplyDelete
  40. alahai kak, mujur laa sebelum nih tak pernah kena tahan dgn roadblock.. tak psal2 je dpt saman..=D

    ReplyDelete
  41. sabaq j la sethaun tu kak. lama benor..
    saya dh renew last year. kemas kn lesen bru..

    ReplyDelete
  42. haha..dasyat.. lya plok bln 11 msuk 2 thn expired.. ni kes bertahun x memandu..selalu x alert mde2 mcm ni

    ReplyDelete
  43. gambar kat ic baru pun tak cun kak..hahah..sy renew lesen kt pjbt pos aje...lesen sy mati 2016 nti

    ReplyDelete
  44. Skrg lesen memandu dah cantik kan..mcm ic.. farah pun dh nk kena renew lesen jugak nie.. :)

    ReplyDelete
  45. woahhh.. alhamdulillah dlm setahun tak jd apa2 kan.. thn 2015 bru renew. pheww

    ReplyDelete
  46. kak renew kat post office mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kat mana² post office pon boleh. Akk renew kat PP Cyberjaya ni jer.

      Delete
    2. Kak.. setahun lesen mati boleh g renew kat pjbt pos mcm biasa kan

      Delete
  47. Salam.. tp xada dkenakam denda ape2 kan ? ^^"

    ReplyDelete
  48. Hai , saya nak tanya lesen saya tamat pada date bulan 3, tapi saya belum renew lesen memandu saya selama 3 bulan berepa denda akan kena ya!!

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive