Entry Terakhir 2014 | Selamat Datang 2015

Wednesday, December 31, 2014


Alhamdulillah...masih diberi peluang olehNYA untuk bernafas hingga saat ini. Aku harap ini bukan entry aku yang terakhir. Ajal kan...tak siapa yang tahu. Maaf di pinta andai sepanjang 2014 aku ber blog ni ada terlebih bicara dalam mengarang entry. Atau terkasar bahasa dalam meninggalkan komen di kotak komen kamu semua. Maaf kan aku sahabat.

Tinggal beberapa jam dari sekarang tahun 2014 akan melabuhkan tirainya. How time flies. Cepat betul masa berlalu. Tahun 2014 yang banyak dugaan buat kita semua. Bermula dengan kehilangan pesawat MH370. Tak lama lepas tu kita dikejutkan dengan tragedi MH17 yang menyanyat hati. Penutupnya...Banjir besar melanda Panti Timur. Hebat sungguh dugaan buat mereka semua.

Aku sendiri tak terkecuali. Dugaan tak pernah lari dari hidup kita semua. Hanya kekuatan, semangat dan doa yang mampu dipohon supaya dikembalikan aura² positive dalam diri ini. Kita lupakan kesedihan. Baik kita imbas kenangan suka duka 2014 ni.



Keterujaan seorang ibu bila anak sulong dah masuk Sekolah Rendah. Perasaan excited, sayu, pilu, sebak sumanya ada lah. Macam tak caya jer anak aku yang lahir 3.3kg dulu ni dah darjah 1.



Buat pertama kalinya aku join event blogger nih. Dan buat pertama kalinya aku bersua muka dengan kawan² blog yang selama ni hanya bersua di alam maya saja. Harap² tahun depan ada blogger event macam nih lagi.



Rezeki blogging....Alhamdulillah. Di beri peluang untuk join event UNIQLO ni. Dapat voucher RM500 tu. 1st time aku dapat blogging job macam nih. Task yang agak mencabar juga sebab aku berdua jer dengan qhalif. Dengan nak amik gambar lagi. Dengan nak layan karenah anak bujang ni lagi...phewwwww...



Diberi peluang Advertorial Job Mamee dengan melawat kilang mamee kat Melaka. Memang meriah. Dapat kenal ngan blogger² baru dan juga dapat bersua muka dengan blogger yang dah lama kenal. 



Perkara paling careless yang aku buat. Aku harap tak jadi macam ni lagi. Setahun aku memandu dengan lesen yang dah tamat tempoh.



Rezeki blogging yang terkumpul. Amount paling banyak pernah aku dapat.



Rezeki lagi bila dapat buat advertorial job untuk iPrice. Penutup untuk tahun 2014 nih.

Gittew lah kisahnya. Tahun 2014 ni juga dah beberapa kali aku menang giveaway/contest kat blog. Tak terkecuali dapat hadiah pemberian dari kawab blog jugak. Alhamdulillah atas rezeki dariNYA ini. Panjang plak kisah 2014 aku ni.

Ok...till we meet again. Selamat tinggal 2014. Selamat datang 2015. Semoga tahun baru ni memberi sinar baru buat kita semua. Dan semoga kita terus kuat dan bersemangat dalam menempuh kos sara hidup yang makin meningkat dan mencabar ini.  

Note: Selamat kembali jalan yang sesak...ahakssss...  


You Might Also Like

26 komen

  1. semmoga tahun depan makin banyak dapat advertorial job .kan??makluam la..dunia It ni dah makin meluas dan semakin ramai yang guna..jadi harap2 kita sebagai blogger dapat guna peluang yang ada ni..Kadang2 rasa jugak la tak menyesal jadi blogger sejak bertahun lepas..kalau sekarang baru nak jadi blogger mungkin 3,4 tahun lagi bau merasa nak dapat advertorial job..betul tak??heheh

    ReplyDelete
  2. tahniah utk semua :)
    rezeki Allah...
    salam tahun baru 2015 dari aida ye...

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru untuk fiza..

    ;)

    ReplyDelete
  4. Syukur alhamdulillah ;)
    Selamat tahun baru 2015 sis :)

    ReplyDelete
  5. banyak nuffang tu . alhamdulillah rezeki hujung tahun :D selamat tahun baru kak :D

    ReplyDelete
  6. Tahniah sis. Salam tahun baru 2015.

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baru buat Fiza sekeluarga.. Semoga 2015 membawa kejayaan yg lebih baik dari tahun2 sebelumnya... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  8. Semoga tahun 2015 akan membawa lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan buat Fiza sekeluarga... :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Fiza

    SELAMAT TAHUN BARU 2015

    Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

    ReplyDelete
  10. Byk dpt rezeki dr blog ... alhamdulillah. Semoga terus success noks! :D

    Bilalah kita nak bersua muka ni .

    ReplyDelete
  11. Selamat tahun baru Fiza! Semoga tahun 2015 ni akan memberi lebih banyak lagi peluang untuk kita sebagai blogger memajukan lagi dunia blogger.. ^_^
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  12. Wah.. Samalah kita. Anak sulong saya pon baru masuk darjah 1..

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah..tumpang gembira mendengarnya..banyak rezeki berblog ye..

    ReplyDelete
  14. Selamat tahun baru kak :) banyak kenangan manis yer di tahun 2014 :)

    ReplyDelete
  15. Singgah sini...

    Wauw,banyak rezeki di tahun 2014..moga tahun 2015 semakin bertambaj rezekinya...

    ReplyDelete
  16. Lambat sikit ucapan ni.. Selamat tahun baru ye kak.. :)

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah..moga ditahun baru ini bertambah lagi rezeki fiza

    ReplyDelete
  18. Semua tue memori terindah buat akak untuk tahun 2014 kan.. =D

    ReplyDelete
  19. banyak memori indah sepanjang tahun lepas ye
    saya setakat ni belum ada rezeki dalam dunia blogging
    tak apalah =)

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah tahniah kak
    kak, sy dpt juga yg mamee tu tp tu la last minute bru buka email .hukhuk

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah.. banyak kisah2 menarik akak tahun 2014. memori utk tahun lepas dan harap2 tahun ni pun ada memori indah2.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive