Kecoh!!!

Tuesday, December 09, 2014

Pernah tak jadi kat uolls, barang macam cincin ker, jam ker atau apa² barang sekali pon hilang? Pada hal dah cari kat tempat yang biasa kita letak barang² tu. Tapi tak der gak. Mula lah ko selongkar satu rumah mencari. Tapi sebenarnya barang tu ada jer kat tempat tempat biasa kita letak tu. Cuma bila kita cari dalam keadaan hati tak tenang dan kelam kabut. Barang depat mata pon kita tak nampak kan...kan...mengaku jer lah. Sebab aku baru jer kena hari ahad tu...cisssss....

Gambar ulang tayang. Abaikanlah kunci kereta ku yang dah uzur tu. 

Kecoh serumah bila kinci kereta ghaib tetiba. Dah siap nak keluar dah nih. Kononnya nak keluar awal ke Muzium Negara. Tapi di sebabkan kunci keta punya hal. Terus delay dekat 30 minit. Cuba recall balik kejadian hari sabtu. Memang keta dah kunci. Pastu naik rumah letak kat atas meja tu macam biasa  lah. 

Tapi kenapa tak ada? En. somi pon dah check kat meja tu. Maka...bermulalah adegan selongar menyelongkar seantero rumah. Check dalam poket seluar. Punggah katil. kot² ter letak kat atas katil atau jatuh celah² katil ker. Punggah plak bakul kat meja solek tu. Pastu intai² bawah kerusi kot terjatuh bawah tu. Cek celah² kusyen kot terselit dalam tu. Lagi best...gi cek dalam freezer kot² si budak bijak qhalif tu letak kunci dalam tu ker. Sebab dia pernah letak kunci motor abah dia dalam tu...ppffttt...

Tak ada wei. Soh plak si kimi turun tengok kot² tertinggal dalam keta. Pastu tanya plak kat pak guard kalau ada ternampak kunci tercicir ker....perghhhhhh...memang kecoh dan tegang. Nak tak nak, kena cari kunci spare. Dah nak kena punggah plak drawer dalam bilik tu. Aku ni pon dah macam mandor dok mundar mandir cari sambil dalam hati berdoa 'ya! allah...tunjukkan lah petunjukmu kat mana kunci keta tu'

Terus gi kat meja bulat sebab tergerak hati nak check balik kat situ, Nahhhhhh...elok jer ada atas meja tu dengan kinci rumah. Cuma kunci tu di tutupi oleh kertas. Komen si suami 'Abang dah check kat situ tadi. Tapi macam mana boleh tak tergerak nak selak kertas tu erk'...ppffttttt...Mampu senyum jer lah ☺☺

Note: Jeles jer tengok orang update pasal Big Bad Wolf. Rasa mcm nak gi jumaat ni sebab dah apply cuti ☺☺


You Might Also Like

19 komen

  1. kikiikki... lelaki kan... sama macam my husband semalam. beria cari hp.. rupanya dalam poket. chooiii sangat. buang masa... uhuhu

    ReplyDelete
  2. huwaaaaa..sama la kiteeeee..padahal sebelum tuh dh menggelabah dh mencarik merata..rase mcm nak tercabut jantung nie tp xsempat nak tercabut sbb smpt gam balik..sudahnye elok je duk ontok2 kat tmpt yg sama selalu letak..haiiiyoooo...

    ReplyDelete
  3. Selalu sangat gitu... Padahal brg tu ada je sebenarnya. Cuma tula bila kita cari dlm keadaan kecoh dan serabut confirm x jumpa. Huhu... Tapi bila dah brwnti mencari top2 ada kat tempat selalu kita letak :)

    ReplyDelete
  4. Biasa jgk terjadi. Rasanya mmg misteri la. Sbb mmg kadang2 dah cari dah kat tempat tu, tapi takde. Tapi kes fiza ni, mmg betul la tu tersorok bawah kertas. So, tak la mistewi sgt. Ehee.

    ReplyDelete
  5. Hahahaha... pernah kena... mmg tension bila jadi mcm tu....

    ReplyDelete
  6. pernah jadi..tengah kelam kabut memang gitu la..padahal ada jer depan mata..sampai bergaduh dah laki bini ni..hahahaa

    ReplyDelete
  7. Uhuhuhu...selalu gak jadi mcmtu...

    ReplyDelete
  8. Sejak usia meningkat ni I asyik lupa je. Kadang tu baru letak barang tetiba confused, kat mana tadi letaknya. Part macam ni pun pernah berlaku. Dah puas mencari serata dunialah senang cerita tetiba masa tempoh bertenang, nampak elok je benda yang dicari di tempat biasanya. Rasa macam nak buat lontar peluru je feeling masa tu.....

    ReplyDelete
  9. kannn,,memam selalu terjadii kat saya, dari barang dah kemass habis bersepahh,,huhu jom ke bid bad wolf hoho

    ReplyDelete
  10. pernah hari tu abah hilang kunci kereta jugak. puas cari rupanya dekat tepi sofa. hahah

    ReplyDelete
  11. hehe...banyak kali alami benda ni
    padahal dah cari tempat tu, boleh pula tak nampak kan

    ReplyDelete
  12. Pernah akak.. maybe betul macam akak cakap tue bila kita cari kalut2 mmg tak jumpa walupun ada kat depan mata..hehehe.. lepas nie simpan kat tempat senang nampak tau..=D

    ReplyDelete
  13. Ada berlaku jugak cenggitu tp udah lupa bila.....mmg mcm nak terkencing mencarinya tau...
    Sabau aje ler

    ReplyDelete
  14. Hahahahha kesiannya... selalu gitu la... cari merata.. rupanya mmg ada je kat tmpt yg kita cr tu...

    ReplyDelete
  15. hahahahahhaa tapi kan tapi kan kalau mintak suami yang mencari memang kita kena double check. sebab biasanya memang jadi kes mcm sis ni la. iols dah pernah kena pun mihmihmih

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive