Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia @ Muzium Negara

Wednesday, December 17, 2014


Muzium Negara kami datang gittew. Dah lama betul tak menjejakkan kaki ke sini. Last pergi masa zaman sekolah rendah dulu kot. Cer kira dah berapa tahun tu? Saja bawak anak² jalan² cuti sekolah ni. Tak dapat tidur hotel atau gi tepi pantai, gi Muzium Negara pon jadilah. Sambil timba ilmu pelajaran...cewahhh...


Kita bergambar dulu. Itu harus even tak der gambar #makbanyakanak dengan #jejakaidamanmalaya posing kat Muzium tu. Tapi tak per, gambar anak² dah mencukupi. Macam biasa, anak² aku ni memang payah nak berposing. Sorang ke kiri sorang plak ke kanan. Gasak ko lah nak.

Ok...mari membaca pengalaman aku ke Muzium Negara ni yerp. Kat Muzium ni terbahagi kepada 4 Galeri. Galeri A, B, C dan D. Kalau malas nak mendaki tangga, naik lif pon boleh. Macam kitorang ni main redah jer. Kalau nak ikutkan, start dari Galeri A lah kan. Tapi kotorang start dari Galeri B.

Galeri A: [Sejarah Awal]

Galeri ini membawa pengunjung menerokai proses pembentukan muka bumi serta menghayati cara hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak yang dipamerkan di sini. Pengunjung juga berpeluang mengenali evolusi alat-alat batu yang digunakan pada zaman Paleolitik, Hoabianh serta Neolitik. Antara artifak yang menarik perhatian ialah Manusia Perak, rangka manusia tertua yang hampir lengkap di Asia Tenggara yang ditemui di Negara ini berusia kira-kira 10,000-11,000 tahun dahulu.


Galeri ini menelusuri sejarah perkembangan tamadun Melayu menerusi pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara khasnya kerajaan-kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Fokus galeri ini adalah kepada Kerajaan Melayu Melaka yang merupakan era kegemilangan sejarah ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini.

Galeri C: [Era Kolonial]

Galeri ini menyelusuri peristiwa yang berlaku dari tahun 1511 hingga 1945. Ia memaparkan sejarah kedatangan kuasa asing bermula dari penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511 yang menandakan berakhirnya zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga pendudukan Jepun. Turut dimuatkan di dalam galeri ini adalah impak yang ditinggalkan oleh penjajah ke atas Tanah Melayu dari sudut politik, sosial dan ekonomi yang membawa kepada asas pembentukan Malaysia pada hari ini.

Galeri D: [Malaysia Kini]

Galeri ini menyingkap sejarah gerakan awal nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh-tokoh kebangsaan daripada pelbagai kaum yang berlatarbelakangkan kepelbagaian parti politik bermula daripada campur tangan Inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. Galeri ini juga memaparkan pencapaian negara selepas kemerdekaan hingga kini.


Kat sini dah haru biru di buatnya. Tengok lah nih, dah macam rumah sendiri di buatnya. Berlari sana sini. Usik itu ini...haishhhh....Tak senang dan tak sempat ibu ko nak membaca sambil amik gambar.


Penjaga singgahsana Kesultanan Perak. Posing bukan main lagi ko dik. Dah boleh jadi jaga kat situ...hehehe...


Turn abang kimi plak posing kat model Bahtera Majapahit.  


Dah puas IbuAbah terjerit² dan berlari² kejar hero ngan heroin kecik tu, seterusnya kami ke sini plak. Dataran Muzium Negara. Tengok bermacam² jenis senjata.

Pameran senjata yang kali pertama diadakan di Muzium Negara itu akan menghimpunkan lebih 360 senjata bermula daripada senjata prasejarah, zaman logam, tradisional sehinggalah ke senjata moden termasuk helikopter, kereta kebal, meriam dan senjata berat. Selain itu, ilustrasi gambar daripada pelbagai peristiwa yang berlaku di dunia antaranya peristiwa pengeboman Hiroshima, penghapusan etnik di Asia dan Eropah serta konflik keagamaan juga ditayangkan.


Posing dulu sebelum tengok senjata² yang ada. Budak bijak dua pusar ni takut dengar bunyi gajah beso kat belakang tu. Tapi ibu paksa gak dia posing...hahaha...Macam² jenis senjata ada. Tapi aku tak sempat nak amik gambar. Baru masuk separuh jalan anak² ajak ke toilet plak. Sebelum masuk tak nak usul plak nak gi toilet. Mengundang kebengangan jer tau. Kalau ada toilet dalam tu tak per gak. Ni nak menapak. Takkan nak patah balik kan. Jadinya...kita ronda² secepat yang mungkin.


Sebelum keluar tu, sempatlah bergambar ngan senjata ni. Jadilah daripada tak der kan even kurang sorang dalam gambar tu. Tiket masuk plak memang murah. Untuk masuk Muzium. RM2.00 untuk dewasa dan juga kanak² yang berumur 6-12 tahun. Untuk pameran  Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia plak RM5.00 untuk dewasa dan juga kanak² yang berumur 6-12 tahun.

Kalau dah tak tau nak bawak anak² gi mana, boleh lah bawa ke Muzium Negara nih. Pastu jangan lupa singgah cafe kat Muzium tu tau. Mee hoon sup ngan Mee Kari sedap wei....hehehe...

Note: Dah lama tak tengok laut. Rasa  macam nak gi PD jer. 


You Might Also Like

18 komen

  1. bile baca nie tetibe terpikir..last kite gie muzium negara nie time ade pameran hantu..uishh..mcm dh lama jer..heheh

    ReplyDelete
  2. heheh sama la jue g ritu tak larat ligan bebudak.. risau bebudak g sentuh barang2 tetiba pung jatuh.. haru kan..

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak masuk Muzium Negara ni. Menarik gak pameran tu. Kat muzium Shah Alam, hari tu lalu nampak macam ada pameran dinasour... Menarik utk anak2 tu!

    ReplyDelete
  4. Saya pon dah pergi melawat pameran ni.. :)

    ReplyDelete
  5. menarik jugak bawa anak2 ke sana.
    boleh gak kenalkan pada sejarah negara kita.
    makbapak nak cerita kat anak2 pon x reti kan.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Bagus idea p muzium ni. Dah lama liza tak p. Last 2010 rasanya bwk budak2 sek. Huhu..

    ReplyDelete
  7. Bagus bwk anak2 pegi muzium, tambah pengetahuan am.

    ReplyDelete
  8. Seronoknya. Kathy tak pernah sampai muzium negara pun.. :(

    ReplyDelete
  9. Bagus pameran2 mcm ni.. memberi maklumat yg baik utk bukan shj utk pengetahuan, malah utk pembelajaran anak2 juga nanti.. menarik.. :)

    ReplyDelete
  10. bawak budak2 memang gitu la..kerja ligan diaorang je la..hehehe

    ReplyDelete
  11. mee hun sup sedap? nampaknya kalau sis yg ke sana mee hoon sup tu jadi tumpuan rather than museum tu :-)

    ReplyDelete
  12. oh miss you la Muzium Negara, last ke Muzium tahun 2012, mase tu pregnant twin.. gagah nak melawat sambil belajar, dari opis ade join prog lawatan kan.. peluang la.. bila lg nak ke muzium, n mase tu gi ke istana negara yg lame, de lawatan raja kita kan... hahaha.. mase ari khamis, pakai baju batik lagi..hahaha... sonok arrr... nak gi lagi muzium bwk twin..

    ReplyDelete
  13. I tak masuk pun main gallery kat Muzium Negara tu. I gi tengok pameran jerk. Pastu posing-posing kat luar. Lepas tu masuk blog. Hahaha...

    Kalau tak kerana anak-anak maybe I tak teringin nak masuk muzium. Eh, macamana #makbanyakanak boleh sempat baca info ni? I langsung tak sempat tau, sibuk suruh anak-anak posing jerk!

    ReplyDelete
  14. dah lama kot tak pergi last msa zman skolah..huahua..
    byk juga galerinya kan..
    penat berjalan pekena bihun sup comfirm puas hati kan..

    ReplyDelete
  15. Wahhh seronok kemain la anak2 akak dapat jenjalan...amboiii sempat lagi akak promote mee hoon and mee kari tuh!..ekekeke...=D

    ReplyDelete
  16. tak pernah pun jejak kaki kat muzium nih..adoiii

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive