'ME' TIme lah Konon!!!

Tuesday, March 10, 2015


Bila nak cuti, meja kena kemas. Segala macam stationery kena simpan. Kalau tak nanti memang hilang lah barang ko. Bila nak cuti jer lah meja kemas, cantik dan tersusun. Tapi bila balik jer dari bercuti, kesucian dah diragut bila meja jadi serabut dibuatnya. Bila 5S nak datang menjengah, baru nak kelam kabut....hahaha....Ok, panjang plak mukadimahnya. 

Semalam apply cuti. Mood nak bekerja merudum tetiba. Rasa  malas nak kerja, boleh?? Tapi dah apply cuti awal². Kononnya nak 'ME' time kat umah. Nak relax. Rasa macam nak tido puas² kat umah. Nak 'ME' time kat luar, duit gaji dah nyawa² ikan sebab 16/2 aritu dah gaji. Seksa nak tunggu gaji bulan ni. Hari² mengira tarikh gaji. Ni yang menyampah kalau gaji awal sangat...cissss...

Sambung citer...Bila dah dok umah, tak der maknanya ko nak 'ME' time. Melainkan ko 'ME 'time kat luar. Kerja rumah tetap jalan jugak. Masak tetap masak sebab en. somi balik nak makan lunch. Mengemas pon iyer jugak. Gara² peristiwa KECOH last year, bilik masih tak kemas. Nak kemas pon ikut mood. Bilik tu lah letaknya mini store, mini library, playroom, computer room dan macam² lagi lah. Petang amik anak² plak.

Memang tak der istilah 'ME' time walaupon cuti. Kerja tetap jalan. Ini lah orang pompuan. Buat kerja memang non stop. Tiada istilah rehat yang sebetul² rehat. Celik jer mata pepagi dah buat tugasan rumah. Nak tido malam pon dok fikir kerja rumah apa lagi yang tak selesai lagi....hurrmmmmm...Nak tido puas² lah kononnya semalam kan, tapi dapat lelap dalam 15 minit jer. Tak bagi kerjasama tau mata ni.  

Note: Minggu ni last skolah. Bley lah relax sket next week. 


You Might Also Like

24 komen

  1. next week tak der lah terkejar2.. diaorg school holiday hantar taska jugak ker fiza?

    ReplyDelete
  2. Betul kan? Konon2 cuti nak relaks tapi nan hado! Keja rumah tetap jalan.

    ReplyDelete
  3. betul tu fiza...itulah kan wanita..time rehat dia adalah masa tidur..tu pun kekadang terbangun jugak

    ReplyDelete
  4. betul tu.. kalau dah duk umah, tak ade nye nak ME time... macam2 kerje umah nak kene buat, unless pergi bercuti kemana2, dapat lah jugak me time masa anak tidur. hehehe

    ReplyDelete
  5. cuti di pejabat tapi masih bekerja dekat rumah. :D

    ReplyDelete
  6. sm la kak..wktu cuti konon nk tdr pepuas, tp hampeh..

    ReplyDelete
  7. kehkehkeh..jadi mak takde nyer nak me time..nangis ar tepi bucu! :D

    ReplyDelete
  8. hahhaa...orang kata macam keluar mulut naga masuk mulut boya..lebih kurang la....ingt cuti nak rehat tapi badan penat buat kerja rumah..

    ReplyDelete
  9. JRG DPT 'ME' TIME KANNNN.. SABAR JEW LA.. HUHU

    ReplyDelete
  10. jap2..'ME' tu ape?? blur kejap..hihih

    ReplyDelete
  11. samalah noks ... tak ada istilah cuti bila bergelar mak2 ni ... kerja 24 jam non Stop tolak 5 atau 6 jam tidur mlm tu ... hehe. Celik mata saja dah start keja .. :)

    ReplyDelete
  12. boleh ME minggu depan ni fiza..ya xlama lg tu..

    ReplyDelete
  13. Me me me me... tidooo jer... kalau cuti tu takder makna nak cuti kecuali cuti dari kerja opis kan... hehehehe

    tapi happy lah dari serabut otak dari kerja kan...

    ReplyDelete
  14. Hehehehhehe. Betul jugak tu.. Mana ada masa ber'me-time'..

    ReplyDelete
  15. Next week dah cuti sekolah rupanya... Bolehlah kemas rumah sekemas-kemasnya :)

    ReplyDelete
  16. huhu gaji bulan ni memang buat terseksa nak menunggu nyaa. heeee. hrp2 next week awak dapat lah "me time" awak ehh. Goodluck and take care ^^

    ReplyDelete
  17. betul3..kalau dh duk umah mmg xde istilah ME time..huwaaaaa..

    ReplyDelete
  18. perempuan macam tu la...celik je mata sampai la nak pejam mata...tak henti2 buat keje...sebelum tidur sempat lg fikir...esok nk buat keje apa...

    ReplyDelete
  19. Klu ipong 5s yg dtg bestlah juga kan hehee..

    ReplyDelete
  20. ahaahha...samalah ..x suka kalau dapat gaji awal

    ReplyDelete
  21. kalau btl2 nak 'ME' time sila keluar dating berdua dengan cik abg la akak..baru boleh tolak tepi jap kerja2 rumah..hehehe

    ReplyDelete
  22. Mana ada istilah 'Me' time untuk mak-mak macam kita. Asal kata duduk kat rumah tu, memang jauh dari rilekslah. Lebih teruk dari buat kerja kat pejabat. Bukan setakat ambil cuti tahunan duduk rumah, even cuti sakit pun tetap kerjarumah kena bereskan. Kalau tidak, memang tak boleh tahan mata ni nak berehat, ambil nafas. Bertambah sakit jadinya....

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive