Dah 10 Tahun Berkhidmat!!!

Tuesday, April 14, 2015

Berkhidmat untuk company. Berkhidmat untuk suami pon dah nak masuk 10 tahun gak. Tapi tu kena tunggu bulan November nanti...hehehe...


14 April 2005 - 14 April 2015 = 10 Tahun

Sedar tak sedar dah 10 tahun aku berkhidmat kat company ni. How time flies. Setia betul kan. Nak curang rasa sayang. Sebab benefit yang company bagi pada pekerja. Insurance cover untuk suami dan anak², training, saham dan lain² lagi lah. 

Gambar kiri tu masa memula join company ni. Still UEM Land. Belum kawin lagi. Suci murni jer muka tu kan. Gambar kanan plak dah beranak pinak dah. Tapi muka maintain cute kan...bluekkkk...ekekeke....Tapi nama company dah bertukar jadi UEM Sunrise.

Masa memula interview, buat kat bangunan MCOBA. Situ bangunan UEM Group dulu. Penempatan aku plak kat Faber Tower, Jalan Klang Lama. Kat bangunan tu memang mostly UEM Group. Kat situlah PLUS, OPEL, UEM Land, UEM Builder dan lain² lagi lah. Memang best masa kerja kat Faber Tower sebab tempat makan pon senang dan murah. Banyak pilihan. 


Pastu setiap isnin semua staff UEM Group kena pakai uniform. Kemeja putih, seluar kaler dark blue dan juga kot. Macam dalam gambar tu. Siap ada name tag tau. Tak ingat dah kot tu fitting atau dorang bagi ikut size. Memag fefeeling wanita korporat lah setiap isnin....hahaha...Seronok jer tengok sebab seragam jer memasing dengan uniform. Tapi tu dulu. Skang dah tak der hari uniform dah. 

Dari Feber Tower, berpindah ke bangunan baru kat Mercu KL Sentral sana. Sebab dah ada bangunan sendiri kan, Tapi tu Group yang punya lah. Sewa tetap kena bayak...ahaksss...Makan kat sini pon ok. Sebab ada cafe. Tapi harga agak mahal jugak lah even ada staff discount. Kekadang gi makan kat bangunan depan Mercu Kl Sentral tu. Tak ingat dah bangunan apa. Kekaang gi Sooka sentral. Paling jauh, makan kat KL Sentral lah.

Memandangkan aku dah transfer department ke bahagian project, terpaksa lah berpindah randah lagi ke Cyberjaya. Maka tercampak lah aku kat Cyberjaya nih. 3 kali berpindah randah wei. Memang hazab sebab ko nak mengemas dan memunggah balik barang pindahan kan. Tapi yang best dekat dengan bangi. Dekat² pon adalah 20-30 minit perjalanan. Bergantung pada kesesakan lalulintas jugak lah. 

Skang ni penempatan aku bergantung kepada project. Habis jer project kat Cberjaya ni, berpindah lagi lah aku. Mungkin kat Bangi plak kot. Pindah lagi wei...ppffttt....Nak transfer department, lagi jauh lah perjalanan aku sebab dengarnya nanti suma pindah kat Solaris, Dutamas tu. Bangunan sendiri kan. 

Cuma yang tak bestnya skang adalah....ENVIRONMENT. Dah tak macam dulu. Semuanya berubah sejak merge. Aku rasa macam bukan kerja ngan GLC lagi dah. Faham² lah kan. Yang pasti, aku rindu zaman UEM Land. Rindu environment di UEM Land. Orang² lama pon ramai yang dah tak der...huhuhu... 

Apa² pon, SELAMAT ULANGTAHUN PERKHIDMATAN YANG KE 10 buat diri sendiri. Untung company sebab dapat staff yang setia macam aku....hahaha...Setia sampai bila pon tak tau lah nih. 

Note:  Alhamdulillah atas rezeki harini. 



You Might Also Like

22 komen

  1. wah lama tu fiza, mesti best keje sini kan

    ReplyDelete
  2. WAH..Diam tak diam dah 10 tahun bekerja kat company yang sama...tahniah fiza..

    ReplyDelete
  3. semoga terus maju jaya kak..lama dh tu..

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  5. happy anniversary... lama tu.. masih setia pd yg 1 :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah lama tu bertahan dgn company yg sama kan
    la pindah lagi..
    bertabah je la kan..

    selamat ulangtahun buat akak.
    kerja bagus bagus..

    nape x seragamkan pakai uniform tu kak. smart la

    ReplyDelete
  7. 10 tahun lama tu Fiza.. kira setia sangatlah tu...
    Cantik pulak bila seragam baju korporat tu...
    Selamat ulang tahun berkhimat ke 10 tahun ye Fiza :)

    ReplyDelete
  8. BESH KALU INGAT ZAMAN2 DULU.. SEKARANG PUN BESH GAK KANN.. KALU X DAH LOMPAT2 DAH KE COMPANY LAIN.. HEHEHE

    ReplyDelete
  9. kalo over 10years tu mmg dah kategori setia tu...tahniah beb....

    ye laa company bagi faedah bagus buat ape nak curang kan....maintain jek..keje elok2...all the best beb....

    ReplyDelete
  10. kalau selesa dgn kerja yg dijawat mesti setia selamanya ni...

    ReplyDelete
  11. selamat ulang tahun ...moga sucess di tempat sekarang yee

    ReplyDelete
  12. tahniah! company bagi apa dah 10 tahun berkhidmat?

    ReplyDelete
  13. Ok..selamat ulangtahun la yer..semoga menjadi pekerja contoh yang rajin..dan paling penting setia..semoga majikan tu baca ini artikel..haha

    ReplyDelete
  14. mesti gaji pun dah banyak nih..kan?

    ReplyDelete
  15. Tahniah2.. lama dah berkhidmat tu. Saya ada beberapa kali juga ke uem, tp di learning centre kat pj tu, ada taklimat. Sykt yg teguh.. semoga terus sukses... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  16. Wah...10 tahun kerja company sama.. kalau Sya agaknya bosan dah..haha

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah fiza, akak sempat bertahan 2 tahun je kerja office hour..
    moga dimurahkan reeki dan dimudahkan urusan sentiasa
    aamin :)

    ReplyDelete
  18. Tahniah noks! Aku pun baru jak sambut 10 tahun bekerja kat company aku bulan Jan tu ...

    ReplyDelete
  19. Tahniah! Lama tu tau 10 tahun. Sedekad, babe! Semoga terus kekal bercinta dengan company ni macam masa mula-mula join dulu. I pun sama. The current company nilah paling lama. Kot kena serbuk ngan orang Jap, terus taknak pindah-pindah keluar unless kena halau ler....

    ReplyDelete
  20. tahniah Kak Fiza.. dah 10 tahun tu setia ngan company..
    sayang sungguh ehehe.. selamat meneruskan pekerjaan acecee..
    skema lak..

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive