Janin/Bayi Meninggal Dalam Kandungan | Punca dan Langkah Pencegahan

Thursday, November 05, 2015

Janin/Bayi Meninggal Dalam Kandungan | Punca dan Langkah Pencegahan - Rasa sebak bila membaca status seorang sahabat baru² ni. Sahabat masa bekerja dan sahabat tempat meluah perasaan dahulu. Luahan seorang ibu yang kehilangan anak didalam kandungan waktu kandungan sudah 26 minggu. Tambah sebak bila kandungan kali ni adalah anak lelaki di mana ketiga² anak yang sebelum ni adalah perempuan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Tak dapat aku gambarkan kalau aku ditempat dia. Buat Liza dan Keluarga, moga terus kuat. Bertabahlah wahai sahabat. Anak syurga ini menanti kamu disana. Anak syurga yang bakal memimpin ibu dah ayahnya di Jannah nanti. Beruntung nya kamu. 

Tertanya² juga apa yang menyebabkan bayi didalam kandungan boleh maninggal. Ini jawapannya:


Menurut pandangan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, bukan semua kes bayi lahir mati dapat dikenal pasti puncanya kecuali dilakukan autopsi ke atas bayi tersebut. Kadangkala ujian autopsi telah dilakukan tetapi punca kematioan masih tidak diketahui. malah ada juga langsung tidak diketahui puncanya atau dikatakan takdir. 

Bagaimanapun bagi kebanyakan kes, ia boleh dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang tertentu semasa di dalam proses kehamilan dan prihatin terhadap kandungannya.

Apakah yang dikatakan istilah lahir mati atau stillbirth ini? 

Lahir mati adalah kematian bayi di dalam kandungan selepas 22 minggu dikandung sebelum bayi sempat dilahirkan. Maknanya bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin. Keguguran atau `keguguran spontan’ pula adalah `kehilangan’ kandungan yang berlaku sebelum ia berusia 22 minggu ataupun berat bayi kurang daripada 500gm jika usia kandungan tidak diketahui. 

Tanda dan simptom keadaan lahir mati
  • Apabila ibu mendapati bayinya tidak lagi bergerak untuk satu jangka masa yang panjang
  • Rahim tidak membesar melewati masa 
  • Tiada sebarang pergerakan atau degupan jantung pada bayi semasa menjalani ultrasound.
Apakah punca-punca ‘still birth’?

Punca Daripada Ibu:

Umur

- Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu muda iaitu umurnya 20 tahun ataupun hamil ketika berusia 40 tahun ke atas.

Menghidap Penyakit Tertentu

- Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi meneruskan kehamilan.

Sindrom Anti Phospolipid (APS)

- APS merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.

Trauma

- Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.

Tekanan

- Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stress di dalam darah dan memberi tumpuan pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin yang menjaga otak, jantung dan buah pinggang akan berada dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.

Sosial Ekonomi

- ‘Still birth’ juga terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang suka minum alkohol dan mengambil dadah sepanjang hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko ‘still birth’.

Punca Daripada Bayi:

Pembesaran Terbantut

- Risiko ‘still birth’ boleh berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar yang sempurna.

Pembentukan Kongenital

- Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.

Air Ketuban

- Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko ‘still birth’.

Plasenta

- Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal. Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.

Apa yang boleh mengganggu perkembangan janin?

Kesihatan Ibu

- Demam campak semasa hamil boleh menganggu pembentukan janin. Semasa demam, antibodi badan berperang dengan bakteria yang menyerang, secara tak langsung pembentukann janin juga terlibat sama dalam ‘peperangan’ itu. Walaupun janin berjaya hidup, tetapi tumbesarannya mungkin tidak lengkap terutama pada bahagian organ penting dan boleh membawa kepada kecacatan seumur hidup. Atau perlahan-lahan ia berdegup-degup dan akhirnya meninggal.

Jangkitan kuman

- Kuman terutamanya dari kucing, seperti bulu kucing, air liur, cakaran atau najis, boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui makanan dan mengganggu tumbesaran janin. Ini disebut sebagai toxoplasmosis. Jika terjadi jangkitan pada 12 minggu awal kehamilan boleh membawa kepada kecacatan anggota badan, organ dan mata.

Genetik

- Banyak penyakit yang boleh diwarisi menyebabkan kecacatan pada janin bayi, seperti Thalassemia. Sumbing juga dikaitkan dengan faktor genetik. Perkahwinan sedarah juga boleh menyebabkan kelainan pada gen bayi yang bakal dilahirkan.

Ubat-Ubatan

- Ubat-ubatan seperti steroid dan antibiotik, dikatakan boleh memberi kesan buruk terhadap janin terutama jika diambil melebihi dos. Namun, paracetamol selamat untuk dimakan.

Amalan pemakanan 

- Air sejuk memang sedap diminum apatah lagi sekiranya air itu sejuk dan manis. Tetapi semasa mengandung anda disarankan jangan minum air sejuk sebaliknya perbanyakan minum air suam, atau air masak biasa. Air sejuk selalunya akan beri kesan pada janin dalam kandungan. Kejadiannya boleh memberi kesan pada sistem pernafasan, otak atau jantung janin. 

Apakah langkah pencegahan bagi mengelak insiden lahir mati?
  • Mengawal itu kadangkala boleh dilakukan dengan mengelak daripada faktor-faktor berisiko semasa mengandung
  • Mengawal diabetes mahupun darah tinggi yang boleh mengurangkan risiko lahir mati
  • Mengelak daripada penyakit rubella dengan mendapatkan suntikan rubella lebih awal sebagai sebahagian daripada pelalian
  • Elakkan makan daging mentah dan membela kucing-kucing untuk menghalang daripada toxoplasmosis
  • Kerap mencuci tangan merupakan amalan baik yang boleh menghalang wanita hamil daripada dijangkiti penyakit
  • Tidak merokok mahupun menghisap dadah apalagi semasa hamil. Ini kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh meninggikan risiko insiden lahir mati
Dr. Jamiyah berkata, Hampir 50 peratus kes keguguran spontan di peringkat tiga bulan pertama disebabkan oleh masalah kromosom yang tidak normal ataupun kecacatan struktur anggota bayi. Uri dan tali pusat adalah saluran nyawa bayi untuk mendapatkan bekalan oksigen dan zat-zat makanan. Andai terdapat masalah bagi salah satu daripadanya bermakna terputuslah `saluran nyawa’ bayi. 

Ia boleh juga mengakibatkan gangguan teruk bagi kelancaran peredaran darah, oksigen dan zat-zat makanan kepada bayi. Uri dan tali pusat `sering dipersalahkan’ sebagai punca kematian bayi dalam kandungan ini namun ia masih merupakan `penyumbang’ sederhana di atas sebilangan kes lahir mati ini. Biarpun bukan kebiasaan, keadaan ibu juga mungkin bertanggungjawab kepada kematian bayi dalam kandungan. Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi serta rawatan ke atasnya kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati.

Sumber: [SINI] dan [SINI]

Note: Kita di uji dengan dugaan/ujian yang berbeza². Bersyukurlah kerana dugaan/ujian itu tanda kasihnya DIA pada kita. Yang buat kita makin dekat denganNYA.



You Might Also Like

14 komen

  1. Allahuakbar..sedihnye..dh la xjauh beza ngan kite..;(

    ReplyDelete
  2. teringat kat kawan sya,dua2 anak dia meninggal sorang seminggu selepas lahir dan sorang lagi 32 minggu dalam kandungan..sungguh sedih..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  4. Berdebar debar baca..sampai sekarang tak berani nak check lagi..huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. moga kawan fiza tu sabar ye.
    Allah Maha Berkuasa.

    ReplyDelete
  6. sedihnyaa..sebb baby dah besar dalam perut.. =( moga kak liza tabah.. yoorin plak yg risau ni.. masih stage awal kan..

    ReplyDelete
  7. Mmg x boleh bayangkan anak yg dikandung dah sempurna tubuh badan tiba2 x bernyawa dalam kandungan .. huhu

    ReplyDelete
  8. Mmg x boleh bayangkan anak yg dikandung dah sempurna tubuh badan tiba2 x bernyawa dalam kandungan .. huhu

    ReplyDelete
  9. alahai sedihnya...moga sahabat fiza tu tabah menghadapinya, inshaAllah moga ada rezeki yang lain selepas ini

    ReplyDelete
  10. Huhu.. Sedihkan.. Tapi Allah tahu apa yg terbaik.. Hanya insan terpilih akan lalui dugaan seberat ini..

    ReplyDelete
  11. Kesiannya...td rezeki tu...mungkin ada hikmahnya

    ReplyDelete
  12. takziah buat kwn akak.. mesti sedih xdpt selamatkan bayi lelaki. semoga tabah buat mereka sekeluarga

    ReplyDelete
  13. Takutnya. Kandungan nis baru berusia 14 minggu. risiko keguguran tu masih ada. :(

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive