Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur @ MAEPS

Monday, May 09, 2016


Hasil memborong.

Bila dah jadi ibu ni, ada dua benda yang menjadi kegilaan. Gila tengok baju/barang bebudak dengan gila tengok buku. Lupakanlah hasrat nak beli barang untuk diri sendiri sebab end up barang² anak jugak yang dibelinya.

Jumaat haritu menggila jap. Mau tak gila, buku murah² hoi!! berdesup dari office ker MAEPS Serdang. Ni 2nd time kot aku gi pesta buku. Last pergi tak ingat tahun bila. Tapi kat PWTC. Gi hari jumaat tak ramai sangat orang.

Sampai² jer mestilah cari parking dulu kan. Parking pon tak der lah crowded. Tapi nak naik kat dewan tu agak mencabar sket sebab berbukit. Ada disediakan transport. Tapi kita jalan kaki jer lah. Exercise gittew. Nengok orang kluar dewan bawak seplastik buku. Wow!! Murah sangat ker sampai banyak dorang borong.

Masuk jer dewan dah nampak Ana Muslim. Tetiba aku jadi blur jap. Tak tau nak terjah booth yang mana satu. Diskaun sana sini. Belek² buku.. Pilih² buku.. Jalan² cari buku. Gila jap lah nengok banyak sangat buku² murah yang best² sampai tak tau nak pilih tang mana. Last² ni lah hasil mencandat buku.


Buku ni satu singgit. Tanjat mak nyah. Apsal murah sangat haa!! Kulit tebal plak tu. Memang rugi lah tak beli. Buku untuk pra sekolah.


Ni plak tiga RM10. Murah ker mahal? Ker normal harga buku cenggini? Gasaklah. Dah beli pon.


Buku latihan. RM3.50 jer. Tapi cover bukan kulit tebal. Banyak buku latihan macam ni. Ada yang cover kulit tebal RM1.00 satu. Tapi kat dewan sebelah. Aku tak sempat masuk. Member office yg masuk dewan tu bagitau. Dewan khas untuk cari buku² latihan dan rujukan untuk skolah.


Buku bacaan untuk anak2. Ada less 15%. Memang tengah cari buku2 ni. Dah add cart kat website bookcafe. Kebetulan gi Pesta buku pastu jumpa plak buku² ni. Rembat terus lah kan. Buku 'IBU KUINGIN TAHU' pon memang dah lama nak beli tapi tak terbeli2. Sekali jumpa kat booth Telaga Biru. Ada less plak 20%. Terus beli.

Overall memang best lah. Tempat sejuk. Cuma nak memanjat gi dewan tu agak letih sket lah. Tapi demimu buku. Kalau tak kerana masa yang membataskan, memang banyak buku lagi yang nak diborong sebab murah. Tu baru satu dewan jer yang masuk. Dewan2 lain tak sempat masuk lagi... Huhuhuhu...

Hari ni last day Pesta Buku Antarabangsa. Silalah serbu. Rasanya mau lagi murah buku kalau dah last day nih. Rasa tak puas hati gi jumaat haritu sebab banyak buku yang tak sempat dibelek. Ada dewan yang tak sempat nak masuk. Tak sempat nak tengok novel sebab banyak orang borong novel. Tunggu tahun depan lah plak. 

Note: Buku yang ada tak habis baca lagi dah tambah buku baru... Hurrmmmm....
posted from Bloggeroid




You Might Also Like

2 komen

  1. Tak pernah lagi pergi PBAKL ni. Bila tah berkesempatan. Tengok la tahun depan ni harap dapat la jejak hendaknya.

    ReplyDelete
  2. nyesal tak pergi.harap akan ada lagi nanti.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive