The BIG BAD BOX SALE is BACK!!

Tuesday, May 24, 2016

Awoooooo….Bersiap sedia semua. Ada Serigala dah nak masuk KL. Serigala datang dengan kotak² yang banyak. Apa? Tak tau? Pada yang tahu tu. Bersiap sedialah. Pada yang belum tau, meh #ibuempatanak nak bagitau. The BIG BAD BOX SALE kembali lagi. Yang kecewa tak dapat terjah Pesta Buku Antarabangsa KL baru² ni. Jangan risau. Anda boleh tebus kekecewaan tu dengan meramaikan manusia kat The BIG BAD BOX SALE nih. 

Memang sedang elok sangat tarikh yang dipilih ni sebab semua orang dah gaji kan…muahahaha… Boleh lah borong sekotak buku. Bila tarikh dan di mana tempatnya? Tengok nih:


27 May - 5 Jun @ 10.00 am - 10.00 pm. Sila save the date ya. Kalau jenis pelupa tahap gaban. Set jer alarm kat handphone tu. Kalau tak nak bersesak², sila datang awal² pagi. Kalau boleh lepas subuh kluar umah...ngeeeee... Ada beberapa steps yang perlu anda lakukan.

STEPS 1: Pilih kotak pilihan kolbu

Kalau tak der budget, bley pilih kotak A nih

Kalau ada budget dan nak beli banyak buku, bley pilih kotak B 

Kalau budget berlebih lebihan. Nak kumpul dan buat stok buku untuk diri sendiri dan anak², boleh amik Family Package ni. Memang berbaloi² kot.

Macam student yang tak der cash tu, pakai Baucher Buku 1 Malaysia ni pon boleh.

STEP 2: Penuhkan kotak yang dah dipilih tadi dengan seberapa banyak buku idaman hati nurani. 

STEP 3: Dah penuh kotak sila pastikan kotak boleh ditutup serapat² nya. Pandai² lah susun buku tu yerp.

STEP 4: Seal it dan bayar. 

Senang jer kan. Rasa macam nak pergi. Tapi buku yang baru beli pon tak baca lagi. Jangan kata buku baru, buku yang dah lama beli pon tak baca² lagi. Aku memang jenis suka beli buku dan gila beli buku especially buku bebudak. Memang gila rambang mata nengok. Buku sendiri bacanya tak lagi. Tapi kalau novel sehari dua boleh khatam. Buku motivasi dan ilmiah plak dah baca separuh pastu lupa terus nak baca...ppffttt... 

Nak tau detail, sila terjah FB Big Bad Wolf Books

Note: Suka beli buku sebab suka menambah koleksi buku even baca pon tak lagi...ngeeeee....





You Might Also Like

13 komen

  1. Membaca ni ikut mood dan usia juga Fiza
    Kakak dulu masa muda suka betul baca novel bila dah tua ni suka yg bentuk motivasi dan keagamaan.

    ReplyDelete
  2. tk pernah pegi pon..nampak sangat bukan ulat buku..

    ReplyDelete
  3. hahahah tu yg takut nak g beli buku dah ni.. buku sedia ada pun bnyak tak baca.. buku novel sehari 2 zas abiss.. bukunovel omputih mau dekat 5,6 bulan last2 tak baca.. hahahah..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum FR, sampai 5 jun, best jugak cara pembeliannya. Menarik :)

    ReplyDelete
  5. Salam Noks ... dah lama tak singgah sini :)

    ReplyDelete
  6. uih..jimat banyak ni..kotak dalam 1 kaki panjang dia..saya agak 10 buku boleh dapat..

    ReplyDelete
  7. Alahai, saya ni kalau dengar BBW memang teruja tapi bila nak pergi tu kena fikir berpuluh kali. Memang asyik kena marah dengan suami sebabnya beli, simpan, beli, simpan!

    Tapi macam dah teruja pulak ni...

    ReplyDelete
  8. baru tau cara caranya. selama ni nampak iklan ingatkan dorang jual kotak >,< heheheh

    ReplyDelete
  9. Lama sangat dah tak pergi tempat serigala ni

    ReplyDelete
  10. Bab bab buku ni mak mmg kurang teruja..... maklumlah pemalas baca buku haha.....
    Tunggu anak anak bersuara nak pergi baru pergi.... Teruk betul mak cenggini ek

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive