WePrint Machine | Trend terbaru Mencetak Gambar dengan Aplikasi WeChat

Tuesday, September 06, 2016

Banyak betul gambar dalam Handphone kan. Tak cukup dalam phone, kat PC ada. Dalam thumb drive pon ada kan. Mengaku jer lah. Suka amik gambar tapi nak mencuci gambar tu bukan main malas lagi kan. Bukan apa, kekadang rasa malas nak gi kedai nak cuci gambar. End up kau perap jer lah gambar tu dalam phone. Aku lah tu… ngeeee… 


Tapi kan. Skang ni semua teknologi dihujung jari. Dulu ada photobooth. Itu pon kalau ada majlis kenduri kendara atau majlis² besar. Boleh lah kau bergambar dan dapat terus gambar tu. Tapi tak semua majlis ada sediakan photobooth nih. Nah… ni nak share satu machine yang membolehkan korang print jer gambar direct dari handphone. Macam gambar yang aku print ni. Omey angat kan... hehehe...


Ini lah machine nya. WePrint nama diberi… cewahhhh… WePrint Machine adalah mesin cetak terkini di pasaran yang membolehkan anda untuk mencetak foto serta merta dengan telefon pintar anda melalui aplikasi WeChat. Sila lah download aplikasi WeChat ni yerp. Machine We Print ni telah dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2015 lagi oleh Liberty Printing dan telah banyak terlibat dengan beratus-ratus pameran dan juga pameran bergerak, mempunyai beribu-ribu pengikut di Wechat serta sudah mencetak beribu-ribu salinan foto dalam setiap pameran yang disertai.

Macam mana nak pakai WePrint machine nih? Meh nengok cara² ya ni. 


1) Buka Aplikasi WeChat dan Scan QR code
2) Pilih state dan event 
3) Pilih gambar yang nak dicetak dan pilih 'Print Photo'
4) Crop sket gambar dan masukkan ID Code yang tertera pada machine
5) Tunggu sampai gambar siap dicetak


Untuk syarikat² yang gunakan perkhidmatan WePrint, boleh setting background kepada logo syarikat macam nih. 


Bukan itu jer tau Liberty Printing juga memberi peluang perniagaan kepada peniaga² runcit dan korporat yang ingin mengembangkan perniagaan dimana WePrint boleh menjadi alat pemasaran yang hebat bila skrin paparan dan template gambar digunakan sebagai pengiklan yang besar untuk mana2 perniagaan runcit dan korporat. Contoh nya masa kau tengah tunggu gambar yang sedang diproses. Mesti akan ada kluar iklan kat WePrint machine tu kan. Gittew lah konsepnya. 

Selain dari WePrint Machine, Liberty Printing ada menjual pelbagai jenis machine dan juga menyediakan perkhidmatan mencetak untuk T-Shirt, Mug, Button Badge, sticker dan banyak lagi lah. Kalau nak cari personalized gift dan pelbagai cenderahati lain, boleh terjah [www.tboox.com]


Ini ada berita baik buat korang yang nak mencuba mencetak gambar dengan WePrint Machine. Gunakan code yang diberi ni untuk dapatkan 10% discount. Sah sehingga 30 November 2016. Jadinya... Cepat² cuci gambar yang banyak dalam phone tu dengan WePrint Machine. Memang cantik dan berkualiti sangat gambar yang dicetak dari WePrint Machine nih. Sesuai dengan slogannya What can we print for you? Free instant high quality photos!



Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi:

Address

Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
Add: 6, 6A & 6B, 
Jalan Harmoni 1A/KU3, 
Kristal Klang Commercial Centre
42100 Klang, Selangor

Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)

Contact Number: 019-985 8151 (Elaine)

Email: order@libertyprinting.com.my

Website: http://www.weprint.asia

Facebook: https://www.facebook.com/weprintmachine



You Might Also Like

6 komen

  1. haha, sama la. gambo punyer banyak. nak mencuci punyala malas. hihihi

    ReplyDelete
  2. Samalah noks .. semua gambar terperap dlm memory card ja ..mls nak print hehe

    ReplyDelete
  3. Wahh... baguslah Fiza. Cuma kakak curious paper jenis apa dan size papaer yg diguna utk perinting boleh beli kat stationery outlet ke tak? nak kena klik juga link dia ni nak tahu. Interesting juga nampaknya.

    ReplyDelete
  4. oo mksdnya nak kene ada mesin tu dulula baru boleh print yer... kiranya kita nak kene ada depan mesin tu ek... sblm ni ngat ke kot pos ke camne.. hahha

    ReplyDelete
  5. Sama la dgn sy kak. Gambar mmng bnyk terperap dlm simpanan..

    ReplyDelete
  6. Salam Singgah Jumaat. Selamat hari raya Aidiladha in advance juga. Wah menarik sggh ni fiza

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive