11 Bulan... Kenapa Cepat Sangat Membesar ni

Tuesday, January 31, 2017

Alahaiiiii.... Kenapa lah cepat sangat kau membesar ni nak. Pejam celik pejam celik... Dah 11 bulan. Ibu masih berhutang kisah bersalin kan awak dalam kereta. Dok terperuk dalam draft tu. 


Ok... Mulut tu jangan nak melopong sangat yerp. Si anak soleh Iman Harraz ni kalau bergambar mesti cenggini. Tak boleh nak katup mulut tu gamaknya. Pipi layut kot. Macam biasa. Development baby untuk setiap tarikh 29 haribulah. Jadinya... Ahad haritu genaplah usia anak soleh Iman Harraz ni 11 bulan. Lagi empat tahun baru usia Iman Haraz bertambah... erkkkk... Hahaha.. Tu lah, siapa suruh lahir tahun lompat kan. Tak per lah. Kita ikut calendar islam yer dik.

Setakat 11 bulan ni, gigi masih lagi 2 batang. Tak tau bila nak bertambahnya. Tak apa lah. Tak der lah seriau sangat kan kalau nak menyusu tu... hahaha... Dan akhirnya anak soleh ni dah boleh merangkak. Leha hati ibu kau ni nak. Aku rasa dia dah boleh merangkak lama dah. Tapi anak soleh ni lagi suka mengesot. Merangkak kejap jer. Pastu balik kepada asal... mengesot. Nak jaga lutut lettew kan. Tak nak bagi hitam... ngeeee... Laju jer perginya.

Alhamdulillah... Syukur sangat. Iman Harraz masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Dan aku bakal dapat Ijazah dalan perjalanan penyusuan bulan depan. Sikit jer lagi nak setahun uolls. Memang struggle sebab stok susu aku dah lama kosong. Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Harini perah susu untuk bekalan esok. Berapa banyak yang dapat, banyaktu jugaklah yang Iman Harraz minum.

Doa tak putus-putus setiap kali lepas solat dan semasa mengepam. Doa supaya dicukupkan susu untuk Iman Harraz. Doa supaya aku dapat susukan Iman Harraz sampai 2 tahun. Syukur jugak sebab aku masih istiqomah sediakan makanan hasil air tangan sendiri. Iman Harraz memang kuat makan dan kuat menyusu.

Benda yang paling aku tak tahan dengan si dobot Iman Harraz nih. Dia tersangatlah kuat mengutip. Haritu cebisan kertas. Memang kau tak sempat dah nak korek. Few last week cebisan play doh. Ya! allah... Elok jer dia mengunyah. Memang sodaqallahulazim lah jawabnya. Tak boleh nak buat apa dah. Korang ada petua tak macam mana nak elak baby suka mengutip nih... ppffttt...

Sekarang dalam fasa nak belajar berdiri dan berjalan. Melasak jer dia sekarang ni. Kena extra attention. Kalau tak... gedebuk jatuh. Suka kucing ni. Kalau nampak kucing kemahen menyengih lagi. Itu jer lah kishnya. Terpanjang pulak. Tunggu next development pulak... hehehe... 

Note: Betul ker minyak naik lagi? Tambah stress aku :-(



You Might Also Like

3 komen

  1. Happy 11 months, Iman Harraz! Pandai posing pandang kamera ye...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Assalammualaikum Iman Harraz cumil...

    ReplyDelete
  3. Comel nya - tembam - rasa mcm Nak cubit pipi tu

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive