LAZADA Surprise Box Sempena 5th Anniversary LAZADA Malaysia!!

Wednesday, March 22, 2017

LAZADA Surprise Box Sempena 5th Anniversary LAZADA Malaysia | Sana sini kecoh pasal LAZADA Surprise Box. Tak sangka pulak aku antara blogger yang bertuah untuk menerima surprise box dari Lazada. Siapa yang tak kenal dengan Lazada kan. Peneraju eCommerce yang menjalankan pusat pembelian dan penjualan online nombor 1 di Asia Tenggara. Kenapa Lazada bermurah hati nak bagi surprise boz? Sebab penubuhan Lazada sudah masuk tahun yang ke 5. Happy 5th Anniversary Lazada. Lazada yang sambut birthday, kita pulak yang dapat hadiah kan. 


Tengok ni. Kejutan apakah ini? My Lazada Surprise Box. Last week… Balik office lepas hantar anak pergi klinik, nampak ada 2 kotak besar dari Lazada Malaysia. Memang tersangatlah surprise. Tengok gambar mereka yang dah dapat Lazada Surprise Box macam kecik jer kotaknya. Sekali bila dapat… Besar rupanya. Bukan sekotak, tapi dua kotak terus. Jenuhlah aku yang petite angkat 2 kotak ni masuk dalam kereta 

Unboxing Lazada Surprise Box

Apa yang aku dapat? Memang kotak tu penuh dengan barang. Anak-anak pulak yang excited terlebih. Tak sabar-sabar suruh bukak. Banyak barang untuk anak jer. Tengok  nih:


Mau tak teruja kau bila dapat barang-barang ni secara percuma sahaja. Rezeki masing-masing sebab setiap kotak barang dan jenama yang diterima adalah berlainan. Tapi yang pasti, semua barang-barang dari Lazada tersangatlah best. Antara jenama yang aku dapat... AVENT, KHIND, PONEY, HUGGIES, CARRIE JUNIOR dan HIMALAYA. Antara barang yang aku suka: 


Memang best lah Baby Porridge cooker ni. Tak payah aku pakai noxxa lagi sebab cooker ni memang direka bentuk khas untuk memasak makanan baby. Yang paling best, cooker ni ada setting untuk 5 jenis bubur. Bubur Daging, Bubur Nasi, Bubur Bijirin, Bubur Makanan Laut atau Bubur Tulang. Kau pilih nak masak bubur jenis apa. Lepas tu kau tekan jer dekat setting yang dah sedia ada sebab ianya menggunakan kawalan komputer mikro. 

Ada 4 phase cooking patterns mengikut umur bayi. Kalau anak kau 6 bulan, kau pilih phase 2 sebab bayi seusia ni baru nak belajar mengunyah dan menelan. Dah mungkin bubur yang dihasilkan lebih lembut dan halus gittew. Korang boleh klik jer link kat bawah gambar tu kalau nak tahu lebih lanjut. 


Macam tahu-tahu jer aku ni ibu yang masih menyusukan anak. Dia bagi Philips Avent Breast Care ni. Dalam bag ni ada Disposable Day Breast Pad untuk siang dan malam, Breast Care Thermo Pads 2 In 1, Moisturizing Nipple Cream  dan juga Washable pouch. Yang ni memang wajib ada untuk ibu-ibu menyusu tau. 

Yang Breast Care Thermo Pads 2 In 1 ni memang terbaik. Penggunaan nya ada 2 cara. Warm and cold. Untuk warm... korang kena rendam dalam air panas selama 10 minit sebab fungsinya adalah untuk merangsang aliran susu ibu sebelum penyusuan. Manakala untuk cold pulak korang letak dalam freezer. Tujuannya untuk melegakan sakit dada dan bengkak susu. Klik jer link tu kalau nak beli yerp. 


Korang yang nak shopping dengan harga murah boleh terjah LAZADA sekarang sebab Lazada tengah buat sale besar-besaran dengan discount sehingga 90% bermuala dari 22 - 24 March sempena ulangtahun kelahiran Lazada yang ke 5, Dengan ratusan ribu product dari pelbagai kategori termasuk kecantikan dan kesihatan, peralatan rumah, fesyen, telefon dan tablet, perkakas elektronik dan barangan rumah, Lazada adalah tempat untuk dituju bagi memenuhi keperluan membeli-belah korang. 

Happy 5th Birthday to you Lazada. Terima kasih Lazada sebab menceriakan hari #makanakempat dengan pemberian Surprise Box yang penuh dengan barang. Jangan lupa tau, Lazada 5th Birthday Sale ni hanya 3 hari sahaja. Terjah ➨ Lazada Malaysia cepat!!! 





You Might Also Like

8 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive