Pigeon | Newborn Pure Skincare Series

Tuesday, May 09, 2017

Newborn Pure Skincare Series 


Seperti yang kita sedia maklum, bayi memiliki kulit yang sangat sensitive. Terutama sekali kulit bayi yang baru dilahirkan. Sebab itulah pentingnya pemilihan mandian bayi sebab kalau silap beli boleh menyebabkan kulit bayi jadi kemerahan dan timbul ruam kerana ketidakserasian pada product. Di sinilah kita sebagai parents kena alert dengan kandungan yang terdapat dalam mandian bayi kerana kebanyakan product mandian bayi mengandungi Paraben, Alkohol dan bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 


Jadinya... Kalau nak membeli mandian bayi, pastikan kandungan nya bebas dari bahan kimia. Memahami keperluan ibu bapa yang inginkan product yang bebas dari bahan kimia, Pigeon telah mengeluarkan product barunya iaitu Newborn Pure Skincare Series yang terdiri dari Calming Oil, Purifying Body Wash, Moisturizing Lotion, Nourishing Shampoo dan Protective Cream. Dan aku berpeluang untuk mencuba 2 daripada 4 product Newborn Pure Skincare Series iaitu:

Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash



Product yang dirumus khas untuk membersihkan dan menyucikan kulit halus bayi secara perlahan-lahan tanpa menyebabkan sebarang iritasi. Yang pasti ianya product yang bebas daripada Paraben, Formaldehid, Alkohol dan mana-mana bahan lain yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi. Selain daripada itu, dapat mengekalkan lapisan perlindungan lemak kulir dengan memastikan tahap pH yang seimbang. Memang best sangat lah sebab baunya yang wangi.

Harga untuk Pigeon Newborn Pure Purifying Body Wash, 200ml RM59.00

Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion



Yang best dengan Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion ni, ianya merebak dengan mudah untuk penyerapan yang lebih pantas. Mengandungi bahan-bahan pelembap semulajadi untuk perlindungan pada kulit bayi. Lepas sapu lotion ni kay badan Harraz, memang tak rasa melekit pon. Tak macam sesetengah lotion yang masih rasa melekit lepas disapu pada kulit.

Harga untuk Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion, 200ml RM59.00

Siapa yang tak kenal dengan jenama Pigeon kan. Mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam penjagaan kulit bayi dan Product Pure Skincare Series yang dihasilkan di Jepun ni mengikut standard kualiti tertinggi untuk product penjagaan kulit bayi dan diuji untuk memastikan penggunaan yang selamat pada semua jenis kulit

Kalau  nak tahu lebih lanjut mengenai product Newborn Pure Skincare Series Pegion atau berminat nak membeli produk ni boleh dapatkan di:

website 


Facebook 



You Might Also Like

3 komen

  1. Dengan packaging begitu... sesuai sangat ler untuk buat gift :)

    ReplyDelete
  2. sabun baby bau wangi kan, lepas mandi harumnya berganda ;)

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive