Cerita Kuih Raya Dan Juadah Pagi Raya

Wednesday, July 12, 2017

Cerita pasal raya lagi harini. Semalam kisah Cerita Raya 2017. Kali ni pasal Cerita Kuih Raya Dan Juadah Pagi Raya.  Malas aku nak letak dapam satu entry, Nanti panjang berjela dan korang pon malas nak baca kan. Jadinya... Buat separate entry jer lah. Ada citer aku nak membebel kat blog. Kita mulakan dengan cerita kuih raya dulu. 

Raya tahun ni aku buat kuih. Tetiba roh rajin datang bertandang. Ada jugak beli kuih 2 jenis. Tapi tu kuih puasa sebab belum raya lagi dah habis... ppffttt... Aku buat kuih pon last minute. Lagi seminggu nak raya baru buat. Ramai jer spesis last minute ni sebab kedai bakery penuh masa aku nak beli bahan-bahan buat kuih. 


Hajat dihati nak buat 4 jenis kuih. Tapi sebab kekangan masa dan tenaga. Dapat buat 3 jenis pon dah kira ok. Kuih-kuih yang aku pilih pon resepi nya tersangatlah simple. Aku malas nak buat kuih yang leceh dan banyak bahan... hahaha.. Gigih aku bersengkang mata sampai pagi dan sampai terlajak sahur lah demi sebalang kuih raya. Untuk 1st day tu aku buat Honey Nestum Almond Cookies. Tajuk bukan main panjang lagi. 1st time buat dan alhamdulillah... menjadi kejadianny. Rasa pon sedap. Dapat lah jugak sebalang setengah sebab bayak dah masuk mulut. Risau jer aku takut tak sempat raya kuih dah habis.. hehehe...


Kuih kedua aku buat Cornflakes Almond Crunchy. Time buat kuih ni aku boleh tertido sementara nak tunggu doh dalam freezer 30 minit. Sudahnya... Semalaman doh ni duduk dalam freezer. Malam baru buat. Nasib menjadi dan sedap jugak kejadiannya. Kuih ketiga pulak aku buat kuih yang terpaling senang nak buat. Crunchy Caramel Almond atau Florentine Cookies. Dapat sebalang besar. Kalau nak beli mahal woihhh!! Better buat sendiri. Tapi bahan-bahan nak buat kuih ni pon mahal. No wonder orang jual mahal. Tapi kalau setakat nak makan sendiri, lagi jimat kalau kau buat. 

Kuih seterusnya memang tak dapat diteruskan sebab dah kepenatan ditambah dengan tak cuup tidur. Konon nak buat choc chips. Tapi tak sempat. Bahan-bahan ada lagi. Nanti-nanti lah sambung buat kuih. Memang jimat sebenarnya bila buat kuih sendiri ni. Harga kuih sekarang pon dah mahal. Sekian cerita pasal kuih raya. Kita sambung cerita menu raya pulak.


Untuk juadah pagi raya, aku masak rendang ayam, ayam masak bali dengan nasi impit. Semua aku buat dengan kudrat aku sendiri. Cuma hubs tolong pergi pasar dengan basuh ayam. Agak mencabar jugak masak secara solo dengan nak layan anak-anak. Dengan anak yang menyusu dan dengan kau yang puasa kan. Macam rendang ayam tu aku masak dalam noxxa jer. Jimat sikit masa dan tenaga kan.

Ayam bali pulak aku buat malam sebab nak perap ayam tu dulu. Tak susah pon nak masak ayam bali. Cuma nak bagi sedap kau perap lama sikit. Sambil masak sambil kemas dapur. Malam sikit baru rebus nasi impit. Pakai Noxxa juga. HP 30 minit jer. Lemang tu pulak beli jer. Boleh tahan jugak harga lemang kan. Sebatang RM10. Alhamdulillah... sedap lemang nya. Konon nak beli lagi. Tapi dah tak ada. 

Abaikanlah pinggan mangkuk aku tu. Tengok orang lain punya set pinggan mangkuk semua cantik-cantik. Aku pakai apa yang ada jer. Bercampur-campur. Rasa macam nak jugak beli set pinggan mangkuk tu. Tapi nafsu belum ada lagi. 

Note: Malam raya memang kau orang yang terakhir tidur. Selagi tak selesai selagi tu lah tak boleh nak lelap mata. 

You Might Also Like

32 komen

  1. HUwaaaa semua sedap... Adehh.. Rindu nak raya lagi..

    ReplyDelete
  2. terliur tengok menu pagi raya tu...sedap..

    ReplyDelete
  3. okay tu dapat buat 3 drpd plan nk 4 kn...terbaikkk

    ReplyDelete
  4. rajinya msk..cik nor harapkan kakak jer,..hihi

    ReplyDelete
  5. Saya setuju tu, sebelum raya memang isteri yang paling akhir tidur... hehe...

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Fiza.rajinnya buat semua..

    ReplyDelete
  7. Crunchy Caramel Almond sedap nih!

    ReplyDelete
  8. Dah nak habis raya dah. Rindu semua makanan ni. Akak takmo buat open house? Hehehe

    ReplyDelete
  9. Cornflakes Almond Crunchy favourite all time! Serius sedap. Nakresepi..hihi

    ReplyDelete
  10. Lemang sekarang makin mahal.

    Member buat business lemang, sehari untung berapa ribu....

    ReplyDelete
  11. Alamakkk...baca entry ni teringin pulak nak makan kuih raya. Tapi tapi kat umahh kita dah habissss

    ReplyDelete
  12. Wah meriahnya menu raya! nampak sedap pulak tu. yummm..

    ReplyDelete
  13. Lazatnya juadah tu. Saya wajib melantak lemang and rendang di awal pagi raya. Hehe

    ReplyDelete
  14. Xpernah mkn ayam msk bali tu..ada resipi x?

    ReplyDelete
  15. Kuih raya SA dah licin..ni mengidam biskut mazola plak..

    ReplyDelete
  16. Bagusnye sempat buat. Saya tak sempat pun nak buat. Eh, sebenarnya malas hahahha

    ReplyDelete
  17. saya pun buat dua jenis gak. kuih raya tak boleh buat awal sangat nanti tak sempat raya.tapi masalahnya pas raya lambat pulak kuih tu nak 'laku'. Hehe. nampak sedap ayam bali, tak pernah makan lagi

    ReplyDelete
  18. selalu kuih raya ni sedap makan time bulan puasa. bulan puasa je confirm licin kuih, tak menyempat raya. hahaha Raya tahun ni pun Alja sekeluarga ala kadar je sebab emak dekat umrah. so suasana jd lain.

    ReplyDelete
  19. Rendang tu nampak sedap! Aku la yg malas nak buat benda2 ni masa Tahun Baru Cina xD

    ReplyDelete
  20. Tahun ni tak buat kuih raya. kami beli je hehe

    ReplyDelete
  21. rasa macam nak raya balikla....tapi memang malam raya la paling penat hihi tido lambattt pastu awal2 pagi dah kena baangun..

    ReplyDelete
  22. Bestnya sempat masak macam macam untuk raya! Kuih tu nampak sedap

    ReplyDelete
  23. Kuih raya favorrite bisukut arab dan biskut suji. Kalah ada yang tu, memang hadap sampai licin la bekas, hahaha

    ReplyDelete
  24. tahun ni xjumpa pulak tuan rumah hidang almond crunchy. nak buat sendiri pun tak sempat. haha

    ReplyDelete
  25. I like the Cornflakes Almond Crunchy, if i dapat sebalang mesti habis semua.

    ReplyDelete
  26. Saya suka makan nasi dagang masa hari raya. Org terengganu la katakan. Hehehe

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive