Dual Language Program (DLP) Dan Senarai Sekolah Yang Terlibat
Friday, December 27, 2019
Dual Language Program (DLP) Dan Senarai Sekolah Yang Terlibat | Bila sistem pendidikan makin kehadapan sejajar dengan teknologi yang makin maju, maka wujudlah program untuk meningkatknan lagi daya saing anak-anak. Antaranya DualLanguage Programe (DLP). Untuk parents semua, anda pernah dengar Dual Language Program @ DLP tak? Especially untuk parents yang ada anak bakal naik darjah 1 tahun depan. Saya tahu pasal Dual Language Program ini pon masa Qahirah darjah 1 tahun 2017 dulu. Actually Dual Language Program ni sudah diperkenalkan pada tahun 2016 lagi. Tak semua sekolah ada sistem Dual Language Program (DLP) ni. Hanya sekolah-sekolah terpilih sahaja.
Dual Language Program (DLP) Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Saya percaya mesti ada lagi parents yang masih tak familiar atau tak pernah dengar atau tak tahu pon pasal Dual Language Program (DLP) ni kan. Ini sangat penting untuk anda ambil tahu sebab ini untuk masa depan anak-anak. Kalau salah pilih, anak yang akan jadi mangsa sebab program DLP ni bila anda dah join, anda tak boleh suka suki tarik diri dan tak boleh buat separuh jalan. Once dah join, anda kena teruskan sebab program ni sampai sekolah menengah. Saya percaya dalam sesi orientasi akan ada penjelasan berkenaan dengan Dual Language Program (DLP) ni. Sana sini tengah sibuk orientasi anak- anak kan. Sila ambil tahu apa itu Dual Language Program (DLP).
Apa itu Dual Language Program (DLP)
Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.
Kriteria Sekolah DLP
Mempunyai sumber yang mencukupi. Sumber adalah merujuk kepada buku teks, bahan rujukan, bahan bantu mengajar dan lain-lain bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran. Pengetua/Guru Besar/Guru bersedia untuk melaksanakan DLP. Pengetua/Guru Besar perlu mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek untuk memastikan bilangan guru dan murid yang mencukupi.
Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi persetujuan secara bertulis kepada pihak sekolah untuk membolehkan anak mereka mengikuti DLP. PIBG juga perlu bersetuju dan menyokong pelaksanaan DLP.
Jelas dah faham kan maksudnya. Sekolah Qahirah dan Qhalif ada buat Dual Language Program (DLP) ni. Tapi saya tek berapa jelas program ni macam mana sebab abah dia yang pergi masa orientasi dulu. Kebetulan saya ada terbaca pasal program ni dan saya rasa patut share. Jadi... Kalau sekolah anak anda ada program ni, anda boleh nilai sendiri kemampuan anak korang macam mana.
Senarai Nama Sekolah Rendah Dan Menengah Yang Terlibat Dalam Dual Language Program (DLP)
Seperti yang saya cerita kan di atas, tak semua sekolah yang terlibat dengan Dual Language Program (DLP) ni. Ianya hanya melibatkan 300 buah sekolah sahaja. Boleh semak senarai sekolah di bawah ni:
Senarai Nama Sekolah Rendah Dan Menengah Yang Terlibat Dalam Dual Language Program (DLP)
Seperti yang saya cerita kan di atas, tak semua sekolah yang terlibat dengan Dual Language Program (DLP) ni. Ianya hanya melibatkan 300 buah sekolah sahaja. Boleh semak senarai sekolah di bawah ni:
Senarai Sekolah Menengah
Senarai Sekolah Rendah
Bagi pendapat saya, kalau anak anda mahir dan fasih berbahasa Inggeris, boleh jer kalau nak masukkan program ni. Tapi kalau anak tu tak berapa nak mahir dan tak fasih bahasa Inggeris, anda kena fikir banyak kali. Kesian dekat anak kalau diorang tak dapat nak catch up nanti. Lagi serabut kalau bahasa Iggeris kita pon berterabur dan tak tahu nak ajar anak macam mana. Macam yang saya terangkan kat atas tu. Once anda dah join, anda tak boleh tarik diri.
Lepas tu kan, kalau tiba-tiba nak kena pindah rumah ker kan. Kalau dah join Dual Language Program (DLP) ni, anda kena cari jugak sekolah yang ada program ni. Kalau anak naik naik sekolah menengah pon macam tu jugak. Tak boleh pilih sebarangan sekolah. Kena sekolah yang ada Dual Language Program (DLP) ni jugak. Jangan main-main. Sebab tu kena fikir betul-betul Ini ada pendapat seorang parents yang anaknya ambil DLP. Baca kat [SINI]
Actually program ni bagus untuk anak-anak mantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris. Tapi kita sebagai parents, patut tahu tahap kemampuan anak kita. Jangan sebab kita nak sangat anak masuk program ni semata-mata untuk dia menguasai Bahasa Inggeris sedang kan kita tahu anak kita tak mampu sebenarnya. Kesian tau dekat anak. Ini hanya pendapat saya saja.
Note: Next week dah back to normal routine bila anak-anak dah start sekolah... hurmmm...
20 komen
tak sure lah sekolah syafi ada buat juga ke tak. ni baru tau pasal dlp ni
ReplyDeleteBagus juga dlp ni...
ReplyDeleteMcm mrs pip, kita ajar anak anak dual language kat rumah since lahir coz nak anak anak boleh catch up bila masuk sekolah nak blajar bahasa ... tak fasih bertutur bi pun tak pa, asalkan anak anak faham maksud bi tu, so komunikasi akan lebih baik ... mencabar juga sistem pendidikan akan dtg ni.,,,
Pernah dengar pasal program ni beberapa tahun lepas. Ada baca rintihan ibu bapa yang merayu untuk keluarkan anak dari program ni tapi tak boleh.
ReplyDeleteSedang subjek makin sukar setiap tahun, anak dah tercicir... kesian. Darjah 1-3 mungkin tak de masalah... tapi bila naik darjah 4 dan seterusnya, pencapaian anak-anak mula merosot.
Tapi macam Fiza cakaplah, kalau anak memang mahir English dan parents memang maklum tentang ni boleh teruskan. Sesuatu yang baik untuk anak juga sebenarnya... cuma kena struggle lebih.
eeee, stresss nya macam-macam program nak kena ambil tahu, I abru nak berehat from thinking school stuff,
ReplyDeletei kat sekolah stress memanjang, sekarang anak-anak pula terpaksa lalui benda yang sama I lalui. nangis mak tapi mungkin ini salah satu faktor nak kasi masa anak-anak terisi I ikut kan je la..
Setuju dgn DLP ni...
ReplyDeleteowh program baru..lagi 2 tahun anak masuk skolah rendah..konfem masa tu makin bertambah program..
ReplyDeleteDLP ni kena tengok penguasaan bahasa Inggeris. Kalau ok, insya allah ok. Ada anak kawan masuk DLP tak score so mak dia tukarkan ke kelas biasa. Terus score. Rupanya anak dia tak faham sangat pembelajaran dalam bahasa inggeris. Tapi program ni bagus juga...
ReplyDeleteSistem pendidikan sekarang amat jauh berbeza dan parents pun kena catch up skali. Tak boleh dah nak harap cikgu 100%...
ReplyDeleteBagus program ni. Kalau dulu mungkin tak terasa sangat kepentingan Bahasa Inggeris... Sekarang memang cukup penting. Sama juga dengan bahasa-bahasa lain termasuk Bahasa Cina. Kemahiran berbahasa cukup diperlukan tapi janganlah sampai mengenepikan bahasa ibunda juga kan. :)
ReplyDeletetak byk sek offer dlp ni...kluster school pun ada yg takde tawarkan...dia ada pro n cons..utk cikgu cam kelam kelibut sikit mengajar
ReplyDeleteokla tu..kena bagi belajar dua bhasa..ikut kemampuan anak2
ReplyDeleteAs a parents mmg kena pikir jauh.. even anak masih kecik tp dah dedahkan dgn pelbagai bahasa. Selain die mudah serasi dgn environment, die mudah bgaul dgn pelbagai kaum. Smpai fmly dok ketawa ank sleng org putih..hehe..
ReplyDeleteJujur saya katakan. Disebabkan subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, saya boleh menguasai bahasa tersebut.
ReplyDeleterasanya memang penting sgt bahasa english nie walaupun 2nd language.Bahasa nie dlm jiwa kan2
ReplyDeleteSemoga anak-anak huda boleh belajar dan kuasai 2 bahasa ini di sekolah.
ReplyDeletethis is good for the kids. I agree with your points in the article
ReplyDeleteIs good to explore children with variety languages. They catch faster than adult.
ReplyDeleteAnak anak saya dua dua masuk kelas DLP. Bagus masukkan anak kelas DLP ni sebab manalah tahu rezeki mereka sekolah menengah nanti dapat masuk MRSM atau SBP kan. Memnag bahasa Inggeris digunakan sepenuhnya
ReplyDeleteMari lihat dari sisi gelap dlp program. Ada pelajar join dlp class since tahun 1 hingga tahun 6. Bagus coz PdP dlm bahasa inggeris bagi subject science dah maths. Continued dlp class dari tingkatan 1-3 masih bagus PdP dlm bahasa inggeris bagi subject science dan maths. Tetapi apabila masuk tingkatan 4 akan betlaku konflik disebabkan pelajar akan mengikuti samada Stem A @ Stem B @ Stem C. Pelajar tidak lagi akan berada dlm dlp class dan akan masuk ke kelas yg mana dipilih pelajar tersebut. Di sini akan timbul konflik pembelajaran kerana hanya Stem A sahaja dikategori sebagai dlp class. Sekiranya pelajar tersebut memulih Stem B @ Stem C ianya tidak dikategorikan sebagai dlp class walau pun perbezaan Stem A dan Stem B hanya 1 subject iaitu Stem A mengambil sebject biology manakala Stem B mengambil subject GKT (grafik komunikasi teknikal senang ckp lukisan kejuruteraan) Stem A dan Stem B belajar subject yg sama iaitu science, maths, add maths, fizik kimia tetapi hanya class Stem A sahaja PdP subject tersebut dlm bahasa inggeris kerana ia dikategorikan sebagai dlp class. Manakala Pelajar yg mengambil Stem B pula belajar subject tersebut PdP dalam bahasa melayu sedangkan jelas di sini pelajar Stem B mengambil subject science, maths, add maths, fizik, dan kimia. Mereka ini lah yg menjadi mangsa keadaan dimana terpaksa struggle utk blaja subject tersebut dlm bahasa melayu tanpa dibekalkan buku teks dwi bahasa sebagai mana class stem A dan PdP pula dlm bahasa melayu sedangkan mereka ini dari sekolah kebangsaan sehingga tingkatan3 di sekolah menengah telah mempelajarisubject science dan maths dlm bahasa inggeris masuk tingkatan 4 kene pulak blaja subject2 tersebut dlm bahasa melayu memang haru biru pelajar2 ini kerana kurang memahami. Ramai yg mengeluh mahu stay dlp class kerana mereka telah sinonim belajar dlm bahasa inggeris subject science dan marhs tetapi mereka tdk mahu mengambil biology sahaja.Setelah diajukan permasalahan ini Pihak sekolah menyatakan bahawa tidak mampu utk menyediakan guru yg dpt membuat PdP dalam bahasa inggeris maka ibu bapa lah yg akan pening kepala kerana next year anak akan mengambil peperiksaan SPM. Saya merasa kesal memberi kebenaran utk membenarkan anak saya mengikuti dlp class dari tingkatan 1. Sekiranya pihak sekolah menjelaskan lebih awal permasaalahan ini akan berlaku kerana kekurangan guru yg berpotensi menbuat PdP dlm bahasa inggeris bagi subject science, maths, add maths, fizik dan kimia bagi class stem B sudah pasti saya memilih agar anak saya di tempatkan dlm class PdP dalam bahasa melayu dari tingkatan 1 lagi agar dia dpt menguasai pembelajaran subject science dan maths dlm bahasa melayu selama 5 tahun. Tiada sebarang solusi yg win2 situation dicapai hasil dari perbincangan dgn pihak sekolah,ppd & jpn. Point disini ialah bagaimana pelajar dlp class yg telah sinonim belajar subject science & maths dlm bahasa inggeris terpaksa mengikuti pembelajaran subject tersebut dlm bahasa melayu tanpa buku teks dwi bahasa.Mereka ini telah berada dlm dlp class selama 9 tahun persekolahan dan mendpt kejutan utk belajar subject tersebut dlm tempoh 2 tahun (tingkatan 4-5). Ini ada lah realiti yg terjadi dan ramai ibu bapa terlepas pandang kerana semasa kita sign persetujuan membenarkan akan mengikuti dlp class , dijqnjikan bahawa akan berada di class yg sama sehingga tingkatan 5(jika tidak berpindah sekolah)
ReplyDeleteAnak saya menyertai dlp class tahun 2016 ketika beliau di tahun 1 sehinggalah tahun 6 semuanya bagus PdP bagi subject science & maths sgt bagus.guru pun bagus. Pelajar fluent english. Kemudian bila masuk tingkatan satu guru di sekolah menengah menempatkannya dlm dlp class dan saya dimaklumkan dia akan berada dlm class tersebut sehingga tingkatan 5. Semuanya baik baik belaka sehingga tingkatan 3. Tetapi apabila memasuki tingkatan 4 disinilah bermuka konflik kepada pelajar dlp class tersebut kerana mereka perlu memilih utk mengikuti Stem A @ Stem B @ Stem C…. Haaaaa disini segala masalah akan timbul sedangkan mereka ini bakal menduduki SPM tahun hadapannya… Disini bermulanya masalah kerana mereka akan diletakkan dlm class yg PdP bagi subject science dan maths dalam bahasa melayu.Sekolah masih belum mempunyai kapasiti guru yg mampu membuat PdP dalam Bahasa inggeris. Pihak sekolah akan meletakkan Stem A sahaja sebagai dlp class. Manakala Stem B dan Stem C adalah PdP dlm bahasa melayu. Konflik berlaku apabila pelajar dlp class memilih utk stem B dan Stem C . Untuk pengetahuan Stem A dan Stem B mempelajari subject yg sama kecuali satu subject sahaja yg berbeza iaitu Stem A mengambil subject biology manakala Stem B mengambil subject gkt ( grafik komunikasi teknikal iaitu lukisan kejuruteraan yg ditukar nama je)Stem A dan Stem B mempelajari subject yg sama iaitu science, maths, add maths, fizik dan kimia. Stem A PdP dlm bahasa inggeris manakala Stem C dalam bahasa melayu… bekas pelajar dlp class(yg dah berada dlm dlp class selama 9thn) akan mengikuti pembelajaran subject 2 science & maths itu dlm bahasa melayu… bayangkan betapa haru biru pelajar tersebut utk berusaha memahaminya. Menjadi lebih malang mereka ini tidak dibekalkan dengan buku teks dwi bahasa kerana sekolah hanya mempunyai buku teks dwi bahasa utk class Stem A sahaja tanpa memikirkan masalah yg dihadapi pelajar2 dlp yg memilih Stem B dan Stem C. Sudahlah tiada buku teks dwi bahasa yg dijual di mana2 bookshop kerana ia ditempah khas oleh pihak kpm bagi pelajar dlp. So pelajar2 dlp yg memilih utk stem B dan Stem C dibiarkan sahaja tidak dipedulikan nasib mereka yg merasa down sebab tidak faham pembelajaran subject 2 science & maths yg diajar dlm bahasa melayu… Sedih tapi ini realiti yg berlaku. Saya menyuarakan permasalahan ini kerana tidak semua pelajar competent utk memahami dan menguasai subject2 science dan matematik dlm bahasa melayu dalam tempoh yg singkat tambahan mereka ini telah begitu sinonim Dengan PdP dlm bahasa inggeris. Ketirisan ini wajar di pandang serius oleh pihak sekolah, ppd, jpn dan Kpm. Jangan baling batu sembunyi tangan. Dah cipta masalah kene lah pandai untuk menanganinya. Pelajar2 bukan lah tikus makmal pihak kpm. Mohon pandang serius perkara ini kerana saya sebagai parent hilang kepercayaan terhadap sistem kpm sekarang ini. Semoga aduan yg telah saya buat kepada kpm, jpn dan sekolah dipandang serius. Jangan pula ibarat mencurah air di daun keladi. Apabila melibatkan pendidikan anak saya jadi seorg yg sgt protective. Banyak ketirisan dalam program DLP class di peringkat menengah tapi di diamkan sahaja. Mohon pihak berwajib cakna dan mencari solusi supaya akan datang tiada lagi perkara berbangkit sebegini. Jangan lah melaksanakan program ibarat melepas batuk di tangga. Di awal program cantik tetapi di akhirnya pelajar derita.
ReplyDelete