Welcome Back To School 2020 | Sekolah Baru & Kawan Baru

Friday, January 31, 2020

Welcome Back To School 2020 | Sekolah Baru & Kawan Baru. Dah sebulan pon sekolah. Tapi nak cerita juga kisah anak-anak kembali ke sekolah. Tahun ni tak macam tahun-tahun sebelumnya. Bila tahun ni semua nya bermula dengan serba baru. Macam baru masuk sekolah dulu sebab anak-anak bersekolah di sekolah baru bermula tahun 2020 ni. Memang pada mulanya, anak-anak rasa sedih sebab terpaksa pindah sekolah. Yang paling nampak sedihnya sudah semesti nya anak dara tu lah. The one and only princess. Siap cakap tak boleh ke kalau kita sekolah dekat sekolah yang sama saja. Tak payah tukar sekolah… hurmmm…


Berat sangat permintaan tu wahai anak. Duduk dekat Nilai nak sekolah dekat Bangi. Jauh juga jaraknya. Macam Iman Hakimi, tak terasa sangat sebab dia dah habis sekolah. Dah bersama dari Tahun 1 hingga 6. Memang kena cari kawan baru lah start Form 1 sebab Kawan-kawan pon dah tentu tak sekolah dekat sekolah menengah yang sama kan. Macam Qahirah, dah 3 tahun sekolah dekat Bangi. Dah biasa dengan kawan-kawan dekat sekolah. Memang terasa sayang lah nak tinggalkan sekolah dengan kawan-kawan sedia ada. Qhalif pon, tak terasa sangat kot sebab setahun saja sekolah dekat situ. Bukan anak-anak saja sedih, ibu dia pon sedih juga. Nak left group WhatsApp sekolah anak-anak pon rasa sayang… haiishhhh…

Kalau ikutkan hati, tak nak ambil cuti. Tapi bila mengenangkan anak-anak akan mula bersekolah di sekolah baru, kena lah ambil cuti juga. Sebab kau kena mulakan semua dari bawah. Kena fikirkan anak-anak nak transit dekat mana dan naik van sekolah macam mana. Kalau sebelum ni, Pagi-pagi abah diorang hantar pergi sekolah. Balik sekolah pula saya yang ambil. Tengah hari memang tak ambil transit sebab van ambil dari sekolah agama terus hantar diorang dekat rumah. Qahirah dengan Qhalif sama sesi. Jadi… Memang kakak lah yang uruskan adik. Jimat sikit kan. 


Memang agak serabut juga sebab Qahirah dengan Qhalif tak sama sesi. Jadinya… Iman Hakimi kena uruskan adik pula sebab dia sekolah petang dan sama sesi dengan Qhalif. Tahun ni, pergi dan balik sekolah anak-anak kena naik Van. Kalau dulu saya ambil anak-anak balik sekolah. Tapi disebabkan jarak dari rumah ke sekolah tak berapa dekat, naik van saja lah. Iman Hakimi pula pergi sekolah naik basikal sebab jarak dari rumah ke sekolah kira dekat juga. Berat hati sebenarnya. Tapi tawakal saja. Doa banyak-banyak supaya perjalanan pergi sekolah dan balik sekolah dia dipermudahkan olehNYA dan terpelihara keselamatannya.


Hari pertama persekolahan memang kami hantar dan ambil. Qahirah lah yang paling berdebar. Siap cakap… “Abah… Kita rasa macam nak nangis”. Qhalif pula mula-mula steady jer. Tak lama lepas tu nampak bergenang air mata.. huhuhu… Kalau ibu pon rasa nak nangis sebab rasa macam stranger kan. Nak kena mula dari bawah. Nak kena cari kawan. Hari kedua dah start naik van. Yang best nya dekat sekolah sini, ada kelas KAFA sekali. Seminggu ada 3 kali sahaja. Dan Kelas KAFA dalam kelas yang sama. Habis kelas KAFA, rehat sekejap. Lepas tu masuk belajar untuk sekolah Kebangsaan pula.

Masalah pula bila tak ada kelas KAFA hari rabu dengan jumaat. Bukan apa, tak sama jadual dengan abang kimi pula. Iman Hakimi kena pergi awal sebab hari Rabu dia ada Kokurikulum. Jumaat pon kena awal sebab nak pergi solat Jumaat kan. Nak tinggal kan Qhalif handle diri sendiri, tak berani lagi lah. Nak tak nak, terpaksa juga cari transit untuk setiap Rabu dan Jumaat. Dekat nursery Harraz je. Charge RM80.00 termasuk makan untuk setiap Rabu dan Jumaat. 

Perbelanjaan Persekolahan


Macam biasa, bulan December memang kena standby duit lebih sikit untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak. Dekat mana lagi shopping kalau bukan dekat Pasaraya Hari-Hari. Kalau sebelum ni awal bulan December dah shopping. Tapi kali ni lewat sikit sebab kami sibuk dengan urusan pindah rumah. Last minute shopping pon ramai juga orang. Tahun ni kira jimat sikit lah sebab tak perlu beli baju melayu sekolah agama, sampin dengan kain hijau. 

Qahirah punya  

Tapi yang bertambah nya bila beli baju sekolah menengah. Makin bertambah saiz maka bertambah lah harga nya. Seluar sekolah menengah je dah RM36.00 sehelai. Total perbelanjaan baju dan kasut sekolah saja lebih kurang RM500. Tu pon tak termasuk perbelanjaan untuk stationery, buku-buku dan yuran sekolah anak-anak. Macam yuran KAFA, setahun RM60 sorang. Jimat banyak dah berbanding tahun lepas. Setiap bulan kena spend RM45 (yuran + mengaji) untuk 3 orang anak.

Iman Hakimi punya. Qhalif punya tak ingat berapa sebab resit tak tahu letak mana

Kalau ikut total semua perbelanjaan cecah ribuan ringgit juga lah. Saya yang anak 3 yang masih bersekolah ni pon terasa. Macam mana lah yang ada anak ramai tu kan. Mana yang boleh di pakai, kita recycle balik. Macam bag sekolah dengan baju sekolah. Masih elok lagi. Cuma tambah 2-3 pasang saja. Sebab seminggu hanya 3 kali saja pakai baju sekolah. Lagi 2 hari pakai baju Pendidikan Jasmani (PJ). Memang perbelanjaan agak struggle sikit untuk bulan december dengan January ni.

Note: Alhamdulillah... Anak-anak dah mula suka dengan sekolah baru ☺


You Might Also Like

1 komen

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan anak2 dalam menuntut ilmu. Aamiin

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive