Zakat Perniagaan Berjumlah RM2 Juta Kepada 14 Negeri Dari McDonald’s Malaysia

Wednesday, November 24, 2021

Zakat Perniagaan Berjumlah RM2 Juta Kepada 14 Negeri Dari McDonald’s Malaysia | Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan jika ia telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Hasil daripada perniagaan yang melibatkan barangan atau perkhidmatan, maka zakat perniagaan wajib dikeluarkan. Itu lah yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia dengan mangambil inisiatif membayar Zakat perniagaan sejak lima tahun lalu setelah syarikat itu diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. yang merupakan sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.


Zakat Perniagaan Berjumlah RM2 Juta Kepada 14 Negeri Dari McDonald’s Malaysia

Difahamkan juga jumlah pembayaran Zakat bagi tahu 2021 yang berjumlah RM2 juta itu merupakan jumlah terbesar dan tertinggi pernah dicatatkan semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar Zakat perniagaan. Sumbangan Zakat perniagaan tersebut telah diberikan kepada semua 14 negeri di Malaysia menerusi wakil kesemua 14 Agensi Pungutan Zakat, yang disampaikan oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar dan disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary pada Majlis Penyampaian Zakat yang telah diadakan di McDonald’s Putrajaya Presint 2.


Menurut kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia,  “membantu komuniti yang memerlukan melalui program tanggungjawab sosial korporat mahu pun melalui sumbangan zakat merupakan teras nilai McDonald’s dalam menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan dan ianya amat bermakna bila McDonald’s Malaysia mampu menyumbang sebanyak RM2 juta dalam zakat. Inisiatif dalam membantu masyarakat ini sudah menjadi satu komitmen syarikat sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dan pandemik COVID-19”.

Tambah Azmir lagi, “daripada lima rukun Islam, Zakat merupakan salah satu daripada nya dan sudah menjadi tuntutan dalam agama untuk syarikat membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan, lebih-lebih lagi entiti perniagaan adalah 100 peratus milik umat Islam dengan operasi di lebih 300 buah restoran di seluruh negara yang dikendalikan. Sumbangan kepada semua 14 negeri ini diharap dapat membantu kerana sudah menjadi keutamaan dalam menyantuni komuniti serta akan terus memberikan bantuan buat golongan miskin ini”.


Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP merupakan sijiil yang mengiktiraf perniagaan Malaysia dalam sumbangan zakat korporat di negeri-negeri Wilayah Persekutuan dan McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan ini pada tahun 2019. Manakala Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP telah diterima oleh McDonald’s Malaysia pada bulan Oktober 2020. Sijil-sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat ini melengkapi Pensijilan Halal yang sedia dimiliki McDonald’s Malaysia.

Kata Azmir, “Status Halal di McDonald’s Malaysia merangkumi banyak aspek seperti kebersihan restoran, program komuniti yang disertai oleh Syarikat serta seluruh rantaian bekalan sumber dan operasi daripada rasa makanan dan bahan ramuan halal”.

McDonald’s Malaysia juga telah menubuhkan Jawatankuasa Halal Dalaman untuk memantau pematuhan secara menyeluruh pada tahun 2013 bagi memastikan McDonald’s Malaysia sentiasa mematuhi standard Halal yang ketat. Syarikat juga aktif dalam penglibatan pelbagai program Halal seperti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan Sidang Kemuncak Halal Sedunia. McDonald’s Malaysia juga merupakan antara restoran khidmat segera pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

You Might Also Like

1 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive