Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan Dalam Tasneem Marketplace

Monday, August 22, 2022

Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan Dalam Tasneem Marketplace | Dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kadar inflasi yang tinggi secara tidak langsung menyebabkan kos barangan keperluan harian turut memberi impak yang besar buat kita semua. Situasi ini memaksa ramai di antara kita mencari jalan alternatif dengan mencari pendapatan sampingan dalam meneruskan kelangsungan hidup. Terutama buat mereka yang tidak mempunya pendapatan tetap, surirumah dan tidak terkecuali juga buat pelajar. 


Banyak platform mudah yang boleh kita dapati pada masa kini yang boleh membantu golongan berpendapatan sederhana yang komited ingin memperoleh income minima sehingga 4 angka sebulan. Ia nya bukan sahaja tertakluk kepada golongan berpendapatan sederhana, tetapi sesiapa juga boleh sertai untuk menjana pendapatan dengan platform yang sedia ada ini. Antaranya dengan Tasneem Marketplace. Saya mengenali produk Tasneem ni daripada produk Balm Tasneem Naturel yang mereka perkenalkan suatu masa dahulu. Dan tidak sangka sekarang ini produk Tasneem mengorak Langkah dengan tertubuhnya Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan Dalam Tasneem Marketplace.

Tasneem Marketplace Gabungan 5 Jenama Bantu Jana Pendapatan

Kalau anda nak tahu, Tasneem Marketplace ini merupakan sebuah platform di bawah Tasneem Business Legacy yang merupakan sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan juga Twobirds dimana ianya banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi. Baru-baru ini mereka mengumumkan usahasama dengan produk hasil dari kolaborasi bersama jenama-jenama besar Malaysia. seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI), Eyyoo dan pelbagai lagi jenama yang bakal menyusul melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace yang merupakan gedung produk bayi, kanak-kanak dan keluarga di bawah satu bumbung


Tujuan kolaborasi Tasneem Naturel bersama beberapa jenama besar Malaysia melalui Tasneem Marketplase adalah bagi membantu ramai golongan suri rumah yang mahu menjana pendapatan dengan mudah. Selain daripada itu, usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.

Apa tujuan Tasneem Marketplace Ini Diwujudkan?

Tujuan Tasneem Marketplace ini diwujudkan adalah selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah dan membantu kehidupan wanita di Malaysia menjana pendapatan dengan mudah dan senang selain dapat menikmati pelbagai ganjaran yang bakal ditawarkan. Pihak Tasneem Marketplace juga meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022 nanti.

Jom Daftar Di Tasneem Marketplace Sebagai Reseller

Pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. Ini lah peluang untuk jana pendapatan sampingan mahupun sepenuh masa tanpa perlu keluarkan sebarang modal dengan mendaftar sebagai TMP Business Partner. Yang paling best, semua produk dijamin asli dan selamat dari risiko tidak diingini kerana di Tasneem Market Place (TMP) tiada isu terbeli produk tiruan.


Jom daftar di Tasneem Marketplace, platform tambah duit saku yang mudah dan fleksibel!. Anda juga boleh nikmati cashback minimum 3% dengan Tasneem Marketplace! Tidak perlu keluarkan modal kerana HQ yang akan uruskan proses pengeposan produk kepada pelanggan. Anda juga akan di ajar mengenai pelan pemasaran jitu untuk bantu dapatkan pelanggan. Penyata pendapatan juga disediakan. Itu lah keistimewaan TMP Business Partner. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari:


You Might Also Like

0 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive