Beramal Sambil Menggalakkan Kanak-kanak untuk Bermain dan Belajar

Tuesday, November 08, 2022

Beramal Sambil Menggalakkan Kanak-kanak untuk Bermain dan Belajar | Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa, sesiapa sahaja akan terpesona dengan lautan. Kehidupan di laut dalam bagaikan menyimpan seribu rahsia. Ia bukan sahaja menyediakan pelbagai trivia yang menakjubkan, tetapi juga mencetuskan imaginasi kita semua.

IKEA
Koleksi baharu BLÃ…VINGAD daripada IKEA menginspirasikan kanak-kanak untuk memelihara lautan, dengan hasil jualannya disalurkan kepada badan-badan amal tempatan 

Justeru, sempena Hari Kanak-kanak ini, IKEA Malaysia telah melancarkan koleksi BLÃ…VINGAD bagi memupuk minat dalam kehidupan laut serta pemeliharaannya. Daripada pelbagai jenis mainan lembut hingga kepada tekstil bertemakan akuatik, permainan memancing dan pencahayaan yang indah, rangkaian ini terdiri daripada produk-produk yang mengujakan bagi membangkitkan rasa ingin tahu tentang lautan serta beraneka jenis makhluk yang berteduh di dalamnya.

Aktiviti bermain amatlah penting dalam kehidupan di rumah, kerana kanak-kanak belajar untuk berinteraksi, mencipta, bersantai, dan meneroka melalui mainan. Sesungguhnya, mainan itu bukanlah satu kemewahan, ia adalah satu keperluan. Bagi memupuk amalan saling memberi sempena musim keraian ini, IKEA Malaysia turut menganjurkan kempen amal Bermain Demi Masa Depan bagi menawarkan peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk bermain. Bagi setiap mainan IKEA terpilih yang dijual antara 27 Oktober dan 27 Disember, RM1 akan disalurkan kepada rakan-rakan kongsi amal tempatannya, termasuk Persatuan Perlindungan Kanak-kanak dan Yayasan Dignity for Children.

Menjalinkan Harapan dan Kepentingan Kanak-kanak

Rangkaian BLÃ…VINGAD berilhamkan penemuan daripada Panel Penasihat Kanak-kanak IKEA, yang telah mengumpul pandangan daripada kanak-kanak berumur 8 hingga 14 tahun dari seluruh dunia. Dapatannya menunjukkan bahawa kanak-kanak mengambil berat tentang lautan, khususnya makhluk yang tinggal di dalamnya. 

Justeru, IKEA memfokuskan visi reka bentuknya pada kehidupan marin di samping mengambil langkah-langkah kecil yang bermakna, misalnya memasukkan bahan lestari seperti poliester kitar semula 100%, yang terdapat dalam barangan tertentu seperti mainan lembut. Panel itu turut difahamkan tentang haiwan-haiwan lautan yang paling disukai kanak-kanak, sekali gus membawa kepada penciptaan watak-watak yang dipaparkan dalam BLÃ…VINGAD, iaitu ikan lumba-lumba, orca, paus biru, penyu dan kurita.

Menurut Jorge Omar Santoyo Henaine, Pembangun Reka Bentuk Produk di IKEA, “Mainan merupakan nadi Kanak-kanak IKEA, dan kami terinspirasi untuk mencipta produk yang menawarkan lebih peluang kepada kanak-kanak dan keluarga untuk bermain. Melalui proses reka bentuk ini, kami menyedari betapa pentingnya untuk terus membangunkan rangkaian produk yang bukan sahaja menggalakkan aktiviti bermain, tetapi juga memenuhi keperluan terhadap kelengkapan rumah yang berfungsi.”

Koleksi BLÃ…VINGAD menepati falsafah IKEA untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik di rumah. Melalui mainan, orang dewasa serta kanak-kanak dapat berinteraksi, mencipta, bersantai, dan meneroka bersama-sama. Aktiviti bermain memberikan banyak manfaat kepada kita semua, lebih-lebih lagi ia dapat menyokong perkembangan kanak-kanak selain memacu daya kreativiti mereka. 

Menyelam ke Alam Laut Bersama dengan Haiwan-Haiwan Kegemaran Kanak-Kanak

Panel Penasihat Kanak-kanak IKEA memainkan peranan penting dalam mengenal pasti makhluk lautan yang digemari kanak-kanak. Mereka mendapati kanak-kanak tertarik kepada haiwan-haiwan tertentu atas pelbagai sebab, termasuk sifat kerjasama ikan paus, daya kebolehsuaian kurita, dan kecerdasan ikan lumba-lumba.

Ciri unik setiap haiwan digambarkan dalam mainan lembut BLÃ…VINGAD, yang menjadi ‘teman’ ideal demi keselesaan dan mainan kanak-kanak.

IKEA

Aktiviti bermain bukan sahaja untuk berseronok, tetapi juga untuk meluangkan masa berkualiti bersama dengan anak-anak anda. Dengan reka bentuk yang bertemakan akuatik serta pencahayaan lembut yang sepadan, tekstil dan peralatan tempat tidur kanak-kanak BLÃ…VINGAD mewujudkan suasana yang menyeronokkan untuk kanak-kanak membaca kisah tentang laut dan lantas terus terlena dibuai mimpi.

IKEA

Koleksi ini turut dilengkapkan dengan aktiviti yang interaktif, menyeronokkan dan berunsurkan pendidikan. Kertas warna gulung akan menawarkan waktu bermain yang mengujakan kepada kanak-kanak. 

IKEA

Koleksi BLÃ…VINGAD boleh didapati di semua gedung IKEA di Malaysia, termasuk secara dalam talian di IKEA.my. Nantikan lebih maklumat terkini di laman web dan platform sosial media IKEA Malaysia. Jangan ke mana-mana!

You Might Also Like

0 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive