Ganjaran Lebih Dari RM1,000,000 Sempena Sushi King Raikan Satu Juta Ahli!!

Tuesday, May 23, 2023

Ganjaran Lebih Dari RM1,000,000 Sempena Sushi King Raikan Satu Juta Ahli!! | Sushi King telah mencatatkan pencapaian sebanyak satu juta ahli dalam loyalty program melalui Aplikasi Sushi King pada Mac 2023 yang lalu. Rangkaian restoran sushi Jepun terbesar di Malaysia ini sangat teruja untuk melancarkan Kempen 1 Juta Ahli dengan menawarkan hadiah bernilai lebih RM1,000,000 yang bermula pada 1 Mei sehingga 31 Mei 2023 melalui kempen Spin and Win.

Raikan satu juta ahli

Kempen Spin and Win boleh disertai oleh ahli Sushi King dengan berbelanja sebanyak RM50 dalam satu resit dimana setiap ahli berpeluang untuk memenangi hadiah ekslusif seperti percutian ke Jepun, telefon Oppo N2 Flip, Apple Watch SE, 600,000 jumlah Mata Smile dan banyak lagi. Lebih tinggi jumlah yang dibelanjakan, lebih besar peluang anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Sebagai tanda terima kasih kepada semua satu juta ahli yang telah menjadikan Sushi King sebagai tempat yang mengembirakan, Sushi King komited untuk terus menyediakan masakan Jepun yang berkualiti kepada semua kerana pencapaian dalam mencapai satu juta ahli dalam loyalty program Sushi King adalah bukti kecintaan ahli terhadap budaya makanan Jepun yang dibawakan oleh Sushi King ini.

Menurut Pengarah Urusan Sushi King Sdn. Bhd, Encik Hiroki Mori, “tanpa pelanggan yang telah lama menyokong, pencapaian untuk mencapai satu juta ahli tidak mungkin tercapai, dan kami dengan rasa rendah diri amat berterima kasih. Kami berharap pelanggan dapat menikmati pengalaman menikmati makanan mereka yang istimewa dan tidak dapat dilupakan melalui kempen ini.

Raikan satu juta ahli

Sushi King telah memberikan ganjaran bermanfaat yang membolehkan ahli memperoleh dan menebus Mata Smile, Ganjaran Hari Lahir, Ganjaran Kejutan, Setem Senyuman dan banyak lagi sejak program loyalty dilancarkan pada Januri 2019. Melalui program ini, ahli akan menjadi antara yang pertama menerima maklumat terkini tentang promosi Sushi King, menikmati kejutan ganjaran di Happy Sushi Place dan banyak lagi.

“Di Sushi King, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan pelanggan kami dan berkongsi minat kami dalam masakan Jepun dengan lebih satu juta ahli. Matlamat kami adalah untuk membawa kebahagiaan dan 'Senyuman' sebenar pada wajah ahli kami melalui inisiatif program kesetiaan yang semakin berkembang. Semasa kami meraikan lebih banyak kejayaan, kami tidak sabar-sabar untuk melayani pelanggan kami dengan lebih banyak promosi menarik dan tawaran menu baharu yang lazat dalam pengalaman menjamu selera yang menyeronokkan yang patut mereka terima,” tambah Encik Hiroki.

Kepada yang belum menjadi ahli, anda boleh memuat turun Aplikasi Sushi King sekarang melalui Google Play Store, Apple App Store atau Galeri Aplikasi Huawei dan daftar hari ini untuk peluang memenangi hadiah utama ke Jepun, telefon Oppo N2 Flip, Apple Watch SE, 600,000 jumlah Mata Smile dan lebih banyak hadiah menarik bernilai lebih RM 1,000,000!

Raikan satu juta ahli

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Spin & Win Sushi King’s 1 Million Ahli Bahagia, lawati laman web rasmi di www.sushi-king.com, dan ikuti akaun media sosial Sushi King di Facebook (@sushikingasia) dan Instagram (@sushikingmalaysia).


You Might Also Like

0 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive